Sunday, October 14, 2012

ULANGKAJI SIRI 9 SEJARAH SPM 2012

Bab 2 Tg 4 (Aspek peningkatan Tamadun (Ekonomi dan Sosial)
Peningkatan Ekonomi 
Kegiatan ekonomi awal – bercucuk tanam, ternak, dan hasil barangan – sara diri.
Peningkatan tamadun – ekonomi komersil – lebihan pengeluaran – perdagangan – tukar barang @ barter.Wujud barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam, dan perhiasan.

Tamadun Yunani
1.  Semua negara Kota kecuali Sparta sebab muka bumi tidak subur – gunung-ganang,.
2.  Kawasan lain wujud peningkatan perdagangan lalui jalan laut seperti dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.
3.  Kurang tanah , Athens dan Corinth kurang makanan. Dibawa dari luar. Athens dapat dari Selatan dan Laut Hitam. Jadi pusat pengumpulan barangan dari timur.
4.  Perdagangan kena cukai – rakyat lari ke tempat lain spt Alexandria pada zaman Graeco-Roman 300sm.

Tamadun India
1.   Pesat berkembang pada 3SM. Libatkan perdagangan dalaman dan luaran.
2.   Pusat perdagangan – Anga, Kalinga, dan Karusa. Hasilkan senjata, gading , emas, berlian dan mutiara.
3.   Hubungan dagang antara Maurya dengan Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara – alam melayu sejak 100 M- jual rempah, gading, besi, dan bedak wangi. Tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi dari China. Bentuk Perdagangan Maritim.
4.   Pelabuhan penting : Tamralipti, Ghantasala, Kadura di Timur , Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bhg Barat.
5.  Wujud persatuan dagang dan perusahaan : Sresthin di setiap bandar. Spt. Persatuan tukang kayu, kulit, dll. Matlamat untuk: kawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
6.   Wujud undang-undang bagi kawal persatuan diawasi Raja.
7.  Mata wang  digunakan. Zaman Gupta wang emas. Bukti ada dasar kewangan dan ekonomi yg sistematik.
8. Perkembangan dagang Maurya disokong dengan perusahaan tekstil, Kain Kapas, dan sutera. Sutera di Benares dan Bengal. Perdagangan lain - Emas, mutiara , batu permata, pertanian dan buah-buahan..
9.  Cukai ada – untuk sara tentera, pentadbir, dan raja.

Tamadun China
1. Pesat – Dinasti Shang. Pencapaian dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan dan pembentukan persatuan perniagaan – muncul kelas pertengahan.
2.  Bidang pertanian ; Dinasti Han  - perkenalkan batas tanaman, kolar kuda tarik tenggala, kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.
3.  Zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching – cipta alat pertanian, sistem tanaman secara bergilir untuk suburkan tanah, Bukit ditereskan – Dinasti Shang, Sistem pengairan spt terusan – pertanian terkawal dan pengawalan banjir .
4.   Perusahaan logam dan tembikar sejak Dinasti Han.
5.  Didagang ke Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat. Lalui Jalan Sutera Darat, dan Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Kepesatan berkembang dengan adanya jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

Peningkatan Sosial
    Meliputi aspek pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraanseni binasistem sosial serta sains dan teknologi
Pendidikan
Tamadun Yunani
1.    Di Athes lahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan jasmani.  Manusia cemerlang penuhi tuntutan mental dan fizikal.- sumbang kesejahteraan kehidupan manusia. Lahirkan tokoh spt: Thucidides dan Herodutus. Pusat Cendekiawan Yunani dlm. Zaman Pericles. Penulis Sains dan teknologi – Thales, Anaximandez, Heraclitus, dan Anaxagoras.
2.   Tumpuan pada pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal, dan menulis.
3.   Sparta – pendidikan lahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada negara kotanya.
4.   Pentingkan latihan fizikal dan kemahiran senjata.
5.   Perkembangan bila banyak sekolah didirikan di Athens, Thebes, Elea,dan Miletus.
·        
Tamadun Rom
1.   Menekankan ilmu praktikal dan semangat setia kepada Rom. Terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang beri kesejahteraan hidup.
2.   Peringkat awal banyak tiru Yunani.  Pusat pendidikan lahirkan jurutera , ahli falsafah, dan sejarawan. Dapat membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya dan penulisan kegemilangan Rom.
·        
Tamadun India
1.   Bermula Zaman Vedik. Pentingkan keagamaan dan agama Hindu. Didominasi lelaki. Tumpuan pada pengkajian kitab Veda dan penggunaan bahasa Sanskrit. Kaedah, hafalan.
2.   Berteraskan Hindu dan Budhha untuk sediakan manusia selepas mati. Pendidikan tinggi – Kolej Brahmin – 100SM. Sebelumnya di idtana dan di rumah. Abd 4 M – Universiti Budhha: Nalanda.
3.   Untuk capai taraf Brahmin – hafal kitab veda kandungan: ritual, mantera, dan lagu agama. Juga belajar saintifik dan falsafah. Telah tingkatkan ilmu sains.
4.   Zaman seterusnya – untuk tambahkan ilmu dan atasi buta huruf, dan dapatkan jawatan awam..
·        
Tamadun China
1.   Hargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan. Matlamat lulus peperiksaan awam – yang tertua di dunia.
2.   3 peringkat – pendidikan rendah, menengah, dan tinggi. Rendah – tumpukan kegiatan mengenal dan hafal ideogram dan 9 buku suci tanpa faham maknanya. Menengah – karangan dan sastera. Tinggi – terjemahkan kitab suci.
3.   Kepentingan – utk pentadbiran. Peperiksaan awam 3 tahap. 1- Hsiu Tai : setaraf ijazah pertama di daerah , lulus jadi pegawai kerajaan, dua kali dalam 3 tahun, 2 -  Chun Jen : sarjana di ibu kota daerah, 3 tahun sekali, dan 3 – Chin Shih : Doktor Falsafah di ibu kota empayar hadapan maharaja, lulus jadi pendidik, 3 tahun sekali

Falsafah

 Ramai ahli falsafah menunjukkan kemajuan dalam ilmu – Guna akal cari jawapan yang Logik untuk selesai masalah kehidupan manusia.

·Tamadun Yunani
1.   Ahli falsafah : Herodotus, Socrates,  Plato, Aristotle, Thucydides, Zeno. Isu utama – individualisme, kehidupan manusia, dan demokrasi.
2.   Karya: Herodotus – History of Persian Wars, bapa sejarah.Thucydides – pengasas sejarah saintifik, tulis secara penyelidikan – Peloponesian Wars.
3.   Karya Plato – Republic – negara baik diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.
4.   Aristotle – Guru kepada Alexander The Great – bincang cara berfikir yang teratur.
·        
Tamadun Rom
1. Kurang ahli falsafah – guna pengaruh Yunani spt Zeno – Falsafah Stoik @ Stoisisme. Bincang kebagiaan hidup dan nasib seseorang bergantung pada alam.
·        
Tamadun India
1.   Falsafah tertua. 2 bentuk pemikiran besar : 1 – Berseumberkan Veda, 2 – Menolak kitab Veda.
2.   Veda ada tiga – Rig Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda. Sumber falsafah dlm. Eda – Upanishad 700 – 600SM , Mahabaratta, dan Bhagavad. – Falsafah Bersumberkan Veda
3.    Falsafah tolak Veda ikut ajaran carvaka, Janinisme, dan Buddhisme.
·       
 Tamadun China
1.    Beri penekanan pada hal hubungan manusia dengan manusia lain.
2.   Ahlinya: Kung Fu Tze @ Confucius – Confucianisme. Loa Tze – Toaisme. Mo Tzu @ Motze@ Mencius tolak beberapa ajaran Confucius. Fikir cara lahirkan masyarakat yang baik. Baik buruk ahklak manusia bergantung pada alam sekitarnya.
3.    Falsafah legalisme – undang-undang dapat wujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.

Sains dan Teknologi

Berlaku dalam bidang Matematik, Astronomi, Perubatan dan Teknologi pembuatan perahu dan kertas. Dipengaruhi dengan teknologi dalam Tamadun Mesir Purba dan Babylon. Perkembangan ilmuan ini dikembang secara kolektif dalam semua tamadun.

Tamadun Yunani
1. Ilmuan :- Thales – matematik – ilmu geometri Mesir Purba, Phytogaras – Teorem Phytogras – ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
2.  Hippocrates – Bapa perubatan , Archimedes – ahli matematik dan fizik – teori isi padu air dan graviti. Ptolemy – astronomi Yunani.
·       
Tamadun Rom
1.  Boethius – ahli matematik – asas matematiknya diambil dari Yunani. Kaitkan dengan muzik, geometri, dan astronomi.

Tamadun India
1.  Cabang pengetahuan Vedik. Pengetahuan astronomi ada dalam Rig Veda. Ilmu matematik wujud zaman Gupta. Ahli matematik India tekah tahu konsep geometri. Perkenalkan sistem nombor – angka Brahmin dibaca dari kiri ke kanan, dan angka Kharosti – wujud dalam zaman Asoka. Dalam tamadun Yunani – herodianic dan ionic.
2.   Ahli matematik – Aryabhata Varahmihira.
3.   Ilmu perubatan ada kaitan dengan yoga.
·        
Tamadun Cina
1.   Ilmu Perubatan dihubung dengan Yin dan Yang – Kuasa Pasif dan Aktif.
2.   Teknologi buat kertas 106 M – Chan Lun – mencampurkan rami, sayur, dan buluh – dijadikan pulpa – diskrinkan dan diratakan, tembikar, kapal layar, dan perahu. Pelayaran dibuat dengan penciptaan layar yang lebih kukuh – wujud juga dalam Tamadun Rom dan India.- Tingkatkan aktiviti perdagangan maritim.

Bahasa dan Kesusasteraan

Tamadun Yunani
1.  Penggunaan bahasa Yunani. Selepas itu Latin zaman empayar Rom. Tokoh penting: Homer dan Hesiod. Hesiod penyair  hasil dua buku : Theology – ilmu tentang asal usul manusia dan ketuhanan dan Works and Days. Homer: Iliad dan Odyssey – Kisah perang Achaea dan Troy.

Tamadun Rom
1.  Dua penyajak Rom : Cicero ( 106 – 43M ) dan Virgil ( 70 – 19M ). Meningkatkan semangat patriotisme. Capai keagungan zaman Augutus Caesar ( 27 – 14 SM

Tamadun India
1.  Epik Mahabarattha dan Ramayana – cerita peperangan dua tentera, baik dan jahat. Ramayana cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita. Bahasa digunakan – Sanskrit.

Tamadun Cina
1.  Wujud 7 dialek : Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis, dan Fukien.
2.  Kebangkitan sastera disokong kerajaan. Dinasti Han , Sau-ma Chien tingkatkan sastera prosa, karyanya Shih Chi. Menceritakan aspek sosial, sejarah kerajaan, pemimpin, dan ilmu pengetahuan, dikutinya seterusnya.
3.  Puisi : Tokohnya – Tu Fu, Li Po, dan Po Chu-I dlm Dinasti Tang.
4.  Dinasti Han – cerpen dan sajak.

Sistem Sosial
Tamadun Yunani
1. Organisasi Yunani 3 kumpulan. Warganegara – ada hak politik , penduduk bukan warganegara – tiada hak politik , dan golongan hamba – tiada hak politik.
2.  Sparta – 3 kelas sosial: Warganegara Sparta tulen, para pekerja/artisan/pedagang, dan Helot – usahakan tanah dan minoriti

Tamadun Rom
1.    3 kelas : warganegara Rom, bukan warganegara – penduduk yang ditakluki, dan hamba.

Tamadun India
1.  Wujud sistem kasta – unik, 4 kasta: Brahmin, Ksyatria, Vaisya, dan Sudra. Perkahwinan ikut   kelas

Tamadun Cina
1.    3 kelas utama: golongan atasan – pentadbir spt maharaja/keluarganya/bangsawan/sida- sida, rakyat bawahan spt petani/artisan, dan hamba. Kumpulan 2 dan 3 – kumpulan sokongan.
2.     Confucius bahagikan 4 kelas: golongan sarjana spt pegawai kerajaan yg berpendidikan, golongan petani – tulang belakan ekonomi Cina, golongan tukang, dan golongan pedagang.
3.     Kelas golongan tidak tetatp, mereka bertukarkan berdasarkan pencapaian pendidikan.




No comments: