Sunday, October 14, 2012

ULANGKAJI SIRI 15 SEJARAH SPM 2012

Bab 8 TG 4 (Kesan kedatangan Islam terhadap politik: Pentadbiran) , (Kesan kedatangan Islam terhadap ekonomi : Perdagangan, Penggunaan mata wang, Percukaian)

Pengaruh Islam Terhadap Politik

Pentadbiran dan Pemerintahan
a.      Ulama sebagai penasihat Sultan:
i.      Melaka: Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, Qadi Yusuf.
ii.     Kelantan : Tuk Pulau Condong
iii.    Terengganu: Tuk Pulau Manis
b.     Pengaruh Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan
i.      Gelaran sultan – bayangan Allah di muka bumi
ii.     Gelaran Khalifatul Mukminin – pemimpin orang Mukmin : Sultan Mahmud Melaka dan Sultan Abdul Ghafar Muhyidin Pahang.
iii.    Nasab sultan dari Iskandar Zulkarnain. Sebelum in daripada Dewa.
iv.     Kekal sebagai institusi warisan – sultan kuasa tertinggi
v.      Pentadbiran dibantu oleh pembesar spt Bendahara, laksamana, Temenggong dan Penghulu Bendahari.
 vi.    Ulama jadi penasihat Sultan.
 vii.   Konsep daulat ikatan taat setia terhadap sultan
viii.   Adat istiadat yang membabitkab budaya istana – gambarkan kedaulatan sultan
ix.     Amalan protokol atau hijabah – pengaruh Umaiyah
x.      Upacara lafaz taat setia = baiah dalam pelantikan sultan
xi.     Pengganti sultan dilantik sebelum pemakaman sultan = spt dalam Bani Umaiyah

1.Pengaruh Islam terhadap Ekonomi:
a) Perdagangan
Kegiatan perdagangan semasa Kesultanan Melayu Melaka.
• Aktiviti perniagaan berkembang
• Pedagang tempatan terlibat dengan rangkaian perdagangan
Timur Barat
• Menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur.
• Wujud jawatan penting seperti syahbandar sebagai ketua
pelabuhan
• Wujud jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
• Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan undang-undang
perniagaan
• Wujud sistem sukat dan timbang
• Terdapat paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka
• Urusan perdagangan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah
pertukaran barang dan
• kaedah jual beli.

b) Mata Wang
Ciri - ciri yang terdapat pada mata wang di Johor pada abad ke 16.
  • Diperbuat daripada timah
  • Dikenali sebagai wang katun
  • Berbentuk bulat dan enam segi
  • Tidak mempunyai tarikh
  • Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.
  • Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun 1527.
  • Mata wang emas ini dikenali kupang
  • Mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram) dan 40 grains (2.6 gram)
  • Ditulis dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.
  • Di bahagian belakang pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin
c) Percukaian
Sistem percukaian pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
• Cukai paling asas ialah cukai tetap atau cukai import ditetapkan oleh pemerintah
• Para pedagang dari India,Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6 peratus
• Pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai sebanyak 5 peratus.
• Barang seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.
• Cukai diraja dikenakan terhadap orang asing yang menetap di Melaka
• Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3 peratus.
• Orang asing dari tempat-tempat lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6 peratus.


Pengaruh Islam mempengaruhi perkembangan ekonomi di negeri-negeri Melayu.
• Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
• Walau bagaimanapun,golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan .
• Penegasan bersabit larangan amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun
• Melaka dan Hukum Kanun Pahang.
• Pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan
• membayar zakat harta.
• Kutipan zakat disimpan oleh baitulmal.
• Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.
• Harta ini akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara.


No comments: