Sunday, October 14, 2012

ULANGKAJI SIRI 8 SEJARAH SPM 2012

BAB 1 TG 4.

Tajuk: Tamadun Hwang Ho
Lokasi tamadun Hwang Ho
• Dilembah Hwang Ho yang subur(Sungai Kuning)
• Bersifat setempat kerana bergunung ganang dan berpadang pasir
.
 Dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho
• Dinasti Hsia
• Dinasti Shang
• Dinasti Chou
• Dinasti Ching
• Dinasti Chin

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho

(a) Petempatan awal
• Berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar
• Anyang merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho
• Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
• Di bandar ini, terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran
• Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar
• Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
• Bandar ini juga dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani


(b) Organisasi sosial masyarakat Shang
• Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
• Lapisan bawah terdiri daripada petani yang membentuk sebahagian besar penduduk
• Golongan petani mendiami kawasan luar bandar
• Golongan artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
• Gangsa digunakan untuk bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan


• Disebabkan hanya golongan pembesar sahaja yang mampu miliki tentera dan senjata gangsa, mereka menggunakan keistimewaan ini untuk menundukkan golongan bawahan.
• Golongan hamba ialah golongan paling bawah
• Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang

(c) Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat Tamadun Hwang
• Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing iaitu tentera berkuda dan tentera berjalan kaki
• Petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan
• Golongan artisan mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar
• Golongan hamba sebagai tentera paksaan
• Selain itu, golongan hamba digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan
• Golongan hamba juga dijadikan korban dalam upacara penyembahan



(d) Sistem pemerintahan Dinasti Shang.
• Sistem pemerintahan berbentuk beraja
• Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara yang lebih muda atau anak lelaki raja
• Raja mempunyai wibawa politik, ekonomi, sosial dan agama
• Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
• Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
• Tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama
• Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan yang berhak mentadbir wilayahnya
• Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang



(e) Sistem pentadbiran Dinasti Chou
• Raja-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayahwilayah
• melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
• Raja Chou dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal ehwal monarki dan undang-undang
• Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesarpembesar feudal
• Raja-Raja Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah, memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
• Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang
• Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan



(f) Agama dan kepercayaan
• Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politisme
• Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
• Mereka juga menyembah tuhan syurga(Shang Ti) dan tuhan bumi(tu), menyembah sungai, bukit dan gunung
• Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik.tarian dan upacara korban
• Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh
• Tulang oracle digunakan untuk meramal sesuatu keadaan
• Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan
• Rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian
• Amalan ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China
• Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea untuk mencipta tulisan.
• Tulisan China berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol
• Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanakkanak, bulan, matahari dan sungai



(g) Penciptaan Sistem Kalendar
• Dicipta semasa Dinasti Shang.
• 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
• Untuk menentukan musim menanam dan menuai.
• Untuk menjalankan aktiviti harian.
• Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian.



Sumbangan Tamadun Hwang Ho
(a) Bidang politik/pemerintahan
• Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
• Gelaran raja ditukar kepada maharaja
• Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
• Amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20
(b) Bidang ekonomi
• Pembinaan sistem pengairan dengan membina terusan untuk mengairi
• kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir
• Kemajuan dalam teknologi pembajakan
• Penciptaan cangkul dan sabit
• Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
• Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi



(c) Sistem Tulisan
• Berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
• Pengunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan
• Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah China
• Terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

(d) Bidang agama dan kepercayaan
• Pemujaan roh nenek moyang
• Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan mengikut kesesuaian masa
• Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan , duit kertas dan barangan perhiasan
• Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui diteruskan hingga ke hari ini
• Orang China mempercayai alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada unsur saling melengkapi iaitu Yin dan Yang
• Konsep Feng Hsui berlandaskan falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar

(e) Sistem kalendar
• Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
• 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
• Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
• Untuk menjalankan aktiviti harian.
• Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian.



(f) Pengamalan falsafah perang Sun Tzu
• Karyanya the Art of War membincang kan selok belok perang dan cara menangani musuh dalam
pelbagai bahasa
• Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan


TAJUK :  TAMADUN
Maksud tamadun

- Berasal daripada bahasa Arab iaitu perkataan mudun dan madain
- Madana iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
- Perkataan bahasa Inggeris iaitu Civilization
- Berasal daripada bahasa Greek iaitu Civitas yang bermaksud bandar
- Peradaban manusia

Maksud tamadun mengikut pandangan masyarakat Barat dan Islam

- Masyarakat barat : pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran
- Menurut Gordon Childe : pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan sesebuah tamadun dalam masyarakat
- Menurut Darcy Riberio dan R.A. Buchanan : menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun
- Menurut Islam : tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat
- Menurut Syed Naquib al-Attas : tamadun ialah pencapaian tahap tata susila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
- Menurut Richard Sullivan : unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun
- Tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian bentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi mesti diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral


Ciri masyarakat bertamadun.

- Pertempatan kekal
- Kehidupan berorganisasi
- Sistem pemerintahan
- Pengkhususan pekerjaan
- Agama dan kepercayaan
- Bahasa dan sistem tulisan




No comments: