Blog Panitia Sejarah SMK St. Thomas
INTERAKSI SEJARAH.....
Wednesday, October 10, 2012
Analisis Sejarah SPM
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pengenalan.
Sejarah merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan dengan tujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Oleh demikian selaku seorang guru sejarah, saya ingin berkongsi minat dan sedikit kepakaran dalam bidang ini untuk membantu para pelajar khususnya mempelajari dan menguasai subjek ini. Hasil kerja ini sekadar membantu para pelajar yang dikasihi untuk menguasai subjek sejarah dengan baik dan seterusnya memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek tersebut. Justeru itu para pelajar terutama pelajar SMK St Thomas Kuching dialu-alukan untuk melayari blog ini. Saya amat mengharapkan agar hasil usaha/kerja ini dapat membantu sebarang kesulitan yang dihadapi oleh para pelajar untuk menguasai subjek sejarah peringkat SPM terutamanya.
Tumpuan.
Memandangkan terlalu banyak laman web mempamerkan bahan bantuan berbentuk nota, maka saya memberi sedikit kelainan iaitu dengan berfokuskan analisis soalan sejarah dari tahun ke tahun. Dalam kajian ini analisis dimulakan dari sukatan terbaru peringkat peperiksaan SPM iaitu dari tahun 2004. Dengan menganalisis serta mentafsir soalan-soalan SPM dari tahun 2004 hingga yang terkini, maka kajian ini menemukan tema, bab, topik dan seterusnya sub-topik untuk dikemukan dalam bentuk soalan. Penekanan kepada kajian ini adalah terhadap Kertas 2 (1249/2) peringkat SPM.
Berikut adalah jadual analisis yang para pelajar boleh analisis dan tafsir sendiri dan seterusnya boleh mengandaikan soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan yang akan datang, namun pelajar diingatkan agar tidak hanya berpandukan analisis ini kerana persediaan rapi perlulah dilakukan dari awal lagi iaitu dengan menguasai buku teks tingkatan 4 dan 5. Apa yang dihasilkan ini sekadar membantu mengarahkan pelajar dengan memberikan penekanan kepada fokus peperiksaan.
Jadual analisis SPM 2004 hingga terkini. Jadual ini berdasarkan kekerapan peperiksaan yang diadakan di sekolah SMK St Thomas. Pelajar lain boleh membuat berdasarkan peperiksaan di sekolah pelajar sendiri. Dengan melihat kepada kekerapan soalan dan andaian topik, ini mungkin sedikit sebanyak boleh mengingati pelajar akan topik yang belum dibaca dan membuat persediaan kepada topik-topik yang hendak dibaca dengan lebih mendalam lagi
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment