Tuesday, November 5, 2013

CONTOH 5 KERTAS 3 SEJARAH 2013

CONTOH 5

SOALAN 8: RUMUSAN

Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh
Malaysia mengambil langkah-langkah yang dinamis untuk memastikan negara-negara terus bersaing di peringkat antarabangsa
Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Malaysia dalam  bidang politik, ekonomi dan sosial telah menjadi contoh bagi beberapa buah negara Dunia Ketiga
Sejarah membuktikan betapa penting sebuah negara maju menjalin hubungan dengan negara luar bagi menjamin kesejahteraan nagara
Perkembangan semasa memainkan peranan penting dalam menentukan dasar luar Malaysia
Malaysia menjalinkan hubungan dengan semua negara di dunia

Iktibar kepada diri
Berdasarkan pengetahuan yang diperoleh:
Iktibar kepada diri ialah kita perlu sentiasa bekerjasama antara satu sama lain
Kita perlu berusaha untuk memastikan hubungan tersebut terjalin dengan baik
Kita juga perlu proaktif dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan semua

Iktibar kepada bangsa
Bangsa Malaysia harus bersikap positif dalam menjalankan hubungan dengan semua bangsa di dunia
Setiap masalah haruslah ditangani secara berhemah, rasional dan secara rundingan
Bangsa Malaysia harus mengamalkan nilai-nilai murni supaya disegani oleh masyarakat dunia

Iktibar kepada negara
Negara harus menjalinkan hubungan dengan semua negara untuk keamanan sejagat
Malaysia harus bertindak proaktif bagi kemajuan negara
Malaysia perlu tegas dalam penentuan dasar luarnya agar tidak ditindas oleh negara luar

Harapan kepada masa depan negara

Agar Malaysia menjadi sebuah negara maju setanding dengan negara-negara lain supaya Malaysia muncul negara yang aman makmur di persada dunia


***CALON SPM BOLEH PRINT DAN BAWA BERSAMA PADA 14 NOV 2013 KELAK SEMUA BAHAN BERCETAK.

PERHATIAN

1.      BACA SOALAN KERTAS 3 KELAK DENGAN TELITI.
2.      FAHAMI KEHENDAK SOALAN.
3.      GUNA BUKU TEKS SECARA MAKSIMUM.
4.      JAWAB DALAM BENTUK ESEI.
5.      PERHATIKAN MARKAH YANG DIPERUNTUKKAN.
6.      JAWAPAN HENDAKLAH MELEBIHI MARKAH YANG DIPERUNTUKKAN.
7.      LEBIHKAN JAWAPAN ANDA SEBANYAK 3 ATAU 4 ISI.
8.      TULISAN HENDAKLAH BOLEH DIBACA DAN KEMAS.
9.      BUAT PEMERENGGANAN YANG KEMAS.
10.  JAWAB SEMUA SOALAN.
11.  JANGAN BIARKAN ANDA KERUGIAN MARKAH DENGAN MEMBIARKAN ATAU MNGHANTAR KERTAS KOSONG.
12.  JIKA ANDA BETUL-BETUL FOKUS DAN FAHAMKAN SOALAN DENGAN BAIK….WAJARAN 20 MARKAH AKAN ANDA PEROLEH.
13.  JANGAN PUTUS ASA.
14.  SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA.


DOA SAYA AGAR ANDA BERJAYA MEMPEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG ......UNTUK SEMUA CALON SEJARAH SPM 2013........

No comments: