Tajuk : Tamadun China dan Tamadun India (Bab 2 : tingkatan 4)
1a. Apakah tujuan pendidikan dalam tamadun India?
- menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.
- meningkatkan ilmu sains
- menambah ilmu
- mengatasi buta huruf
- mendapat jawatan dalam pemerintahan
1b. Bagaimanakah seseorang itu boleh mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan?
- menghafal pelbagai buku agama
- khususnya Veda
- yang mengandungi peraturan ritual/mantera/lagu-lagu agama
- mempelajari karya sainstifik/falsafah
1c. Nyatakan ciri-ciri pendidikan dalam tamadun China mengikut peringkat berikut:
(i) Peringkat rendah.
- tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami makna
(ii) Peringkat Menengah
- tumpuan terhadap karangan dan sastera
(iii) Peringkat Tinggi
- tumpuan menterjemah buku suci
1d. Bagaimanakah peperiksaan awam China dijalankan?
- dikendalikan dengan ketat
- meniru dikenakan hukuman mati
- pemeriksa akan dikurung sebelum hari peperiksaan untuk elak penipuan
- calon ditempatkan dalam bilik
- makanan disediakan
- calon dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan
1e. Pada pendapat anda, apakah matlamat sistem pendidikan di negara kita pada hari ini?
- menekankan masyarakat penyayang
- menekankan teknologi tinggi
- menekankan kemahiran
- menekankan hidup bersatu padu
- (mana-mana yang difikirkan munasabah dan berkaitan)
Tajuk Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun lain di dunia (Bab 6, Tingkatan 4)
2a. Namakan tamadun lain di dunia yang bertembung dengan tamadun Islam.
- Tamadun Yunani
- Tamadun Rom
- Tamadun Parsi
- Tamadun Eropah
- Tamadun India
- Tamadun China
- Tamadun Mesopotamia
- Tamadun Mesir Purba
2b. Tuliskan dua cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
- Perdagangan/perniagaan
- hubungan diplomatik
- penaklukan/ketenteraan
- kebudayaan
- intelektual
2c. Jelaskan dua kesan pertembungan dari satu sudut keagamaan yang dapat memberi sumbangan kepada peradaban manusia.
- Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya dan juga mereka di bawah taklukannya
- Islam membawa satu nilai akidah/syariah
- Kepercayaan kepada Allah s.w.t
- Islam menyediakan sistem perundangan berdasarkan al-Quran dan hadis
- Islam mudah diterima kerana bersifat sarwajagat
- Ajaran Islam tidak terbatas kepada bangsa atau kawasan geografi
- Islam juga tidak menghapuskan cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat.
2d. Namakan dua orang cendekiawan Islam yang terkenal dalam bidang ilmu mantik dan falsafah.
- Ibnu Sina
- Al-Kindi
- Al-Razi
- Ibn al-Arabi
- Ibn Rushd
- Imam Ghazali
2e. Sebagai seorang pelajar, apakah peranan anda untuk memastikan kegemilangan sesebuah tamadun itu sentiasa terpelihara?
- meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan
- berfikiran terbuka
- sanggup menerima perubahan yang membawa kebaikan
- menghormati budaya dan adat resam kaum lain
- berkemahiran tinggi
- berdisiplin
- berkeyakinan
- bekerjasama
- berinovasi
- inovatif
- kreatif
- memupuk perpaduan
- (mana-mana yang munasabah)
Nasionalisme di Asia Tenggara (Bab 1, Tingkatan 5)
3a. Apakah maksud nasionalisme?
- perasaan cinta akan bangsa dan negara
- gerakan membebaskan tanah air
- tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik
- pembebasan daripada cengkeman ekonomi/kebudayaan asing
3b. Berikan satu faktor yang menyebabkan tercetusnya gerakan nasionalisme di Thailand.
Tahap 1
- Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
- penentangan terhadap raja berkuasa mutlak
- perkembangan sistem pendidikan barat
- pendedahan terhadap fahaman liberal
- sistem demokrasi
- sistem raja berperlembagaan
- kelemahan sistem pentadbiran
- sikap boros raja Vajiravudh
Tahap 2
- rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi kapitalis barat
- rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi orang cina
3c. Senaraikan cara Phibul Songram memajukan sosio ekonomi pribumi di Thailand
- meluluskan undang-undang
- menyekat kebebasan / penguasaan ekonomi orang cina
- sekolah cina dibubarkan
- akhbar cina dibubarkan
- penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
- jawatan tertinggi dalam kerajaan diberikan kepada penganut Budha
3d. Bagaimanakah pengenalan birokrasi barat mampu mempertahankan kedaulatan Thailand?
- pemerintah/pentadbir yang moden dan cekap
- kuasa barat tiada alasan campurtangan
- menggunakan kepakaran pelbagai negara barat/80 penasihat barat
- persaingan kuasa barat menyelamatkan Siam
- Wujud pentadbir berpendidikan Barat
3e. Pada pendapat anda mengapakah semangat nasionalisme perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi?
- dapat mengekalkan kedaulatan negara
- memperkukuh taat setia kepada negara
- memupuk taat setia kepada pemerintah
- memupuk perasaan bangga pada negara
- muncul semangat ingin meningkatkan imej negara
- negara akan aman damai
- rakyat hidup bersatu padu
- rakyat mematuhi undang-undang negara
- dapat memupuk semangat jati diri
- mewujudkan kestabilan negara
- wujud rasa sayang akan negara
- rela mempertahankan maruah negara.
Soalan 4 (berkaitan dengan Dasar Pembangunan Sosial - Bab 8 , tg 5 iaitu memartabatkan BM, Sukan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan) tidak dimasukkan di sini kerana sudah ada dalam soalan ujian di dlm blog ini.
Bahagian B
Soalan 5 : Bab 5 tingkatan 4: Penyebaran Islam, ms 129-131.
5a. Jelaskan prinsip peperangan yang dibenarkan dalam Islam. (10 markah)
- Allah s.w.t telah memberi keizinan untuk berperang
- Setelah wahyu diturunkan oleh Allah
- berperang setelah diserang oleh musuh
- mencari kemanan
- supaya tempat ibadat terjaga
- menjaga maruah negara
- tidak memusnahkan harta benda
- menentang kezaliman
- mempertahankan diri
- Islam menganjurkan perdamaian
- di medan perang, tentera Islam dilarang membunuh
- orang yang lemah
- orang tua
- kanak-kanak
- wanita
- orang yang sakit
- orang yang menyerah diri
- orang yang tidak berdoasa
- dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan
- tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
- dilarang meroboh tempat ibadat
- akhlak tentera Islam mestilah mulia
- saling bertolak ansur
- menunjukkan teladan yang baik
5b. Terangkan konsep toleransi dalam perang Badar.
- tawanan Arab Quraisy dalam perang Badar diampunkan
- tawanan wanita dibebaskan
- tawanan kanak-kanak dibebaskan
- tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri
- tawanan lelaki yang berjaya mengajar 10 orang kanak-kanak Islam
- membaca dan menulis sehingga pandai akan dibebaskan
5c. Pada pandangan anda mengapakah kita perlu berusaha mengelakkan peperangan?
- untuk mengekalkan kemanan
- mewujudkan kestabilan politik
- mengelak kemusnahan harta benda
- mengelak inflasi
- mengelak korban nyawa manusia
- mengelak orang awam menjadi mangsa
- mengelak pengangguran
- menjamin kelestarian tamadun manusia.
- (mana-mana jawapan munasabah)
Soalan 6 (berkaitan dengan Bab 10 : kemasukan imigran) ada dimasukkan dalam Gerakan Interaksi Sejarah Set 5)
Soalan 7 (berkaitan dengan Bab 2 tg 5 :Gerakan Islah, Kaum Muda)
7a. Apakah yang anda faham dengan Gerakan Islah?
- gerakan yang mendorong masyarakat melayu supaya memperbetulkan pandangan mereka terhadap Islam
- dipelopori oleh intelektual Melayu dari Timur Tengah/Al-Azhar/Kaherah
- Gerakan dipimpin oleh Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr Burhanudin al-Helmy
- Golongan ini dikenali sebagai kaum muda
- akhbar dan majalah diterbitkan sebagai saluran gerakan Islah
- contoh, al-Imam, Neraca, Idaran Zaman dan Pengasuh
7b. Huraikan matlamat perjuangan kaum muda dalam Gerakan Islah di Tanah Melayu
- menyampaikan idea/menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
- menggesa orang Melayu memajukan ekonomi
- pendidikan
- politik
- sosialorang Islam
- mengkritik raja yang tidak berperanan penting memajukan orang melayu
- menghadapi penentangan kaum tua
- kaum tua merupakan golongan alim ulama
- menekankan soal fardhu ain / akhirat sahaja
- bergerak baik di negeri-negeri Selat sahaja
- negeri-negeri Melayu menghalang pengaruh kaum muda melalui undang-undang
- menghalang sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan
- menghalang risalah/ buku kaum muda dibawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
- mendirikan madrasah
- menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan dunia dan akhirat
- Fardhu ain, ilmu hisab/bahasa inggeris diajar kepada kanak-kanak
- memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapatkan pendidikan
- menyemat sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran
7c. Pada pandangan anda, mengapakah akhbar, majalah dan novel memainkan peranan penting dalam menggerakkan nasionalisme di Tanah Melayu?
- menyebarkan isu berkaitan sosial, ekonomi / politik
- pembaca mendapat idea baru
- pendedahan yang banyak tentang gerakan nasionalisme di dalam / luar negara
- dapat menilai kesan penjajahan terhadap kemajuan ekonomi/pendidikan/politik
- menjadi media utama bacaan rakya
- mudah diperoleh
- menyampaikan mesej yang jelas tentang semangat kebangsaan
- (mana-mana jawapan yang munasabah)
Soalan 8 merupakan faktor-faktor pembentukan Malaysia. Pelajar boleh melihat soalan ini lebih kurang sama dengan Peperiksaan Penggal 1 2011.(ada dalam blog ini)
Soalan 9 (merupakan bab 9 iaitu tajuk Perang Dunia 1 - ada dimuatkan dalam Soalan Zon B 2011 , ada dlm blog ini juga)
HARAPAN KEPADA SEMUA CALON SEJARAH SPM : SEMOGA KEJAYAAN BERSAMA ANDA.......
UNTUK MAKLUMAN PELAJAR ST THOMAS, SOALAN-SOALAN DARI NEGERI-NEGERI LAIN SEBENARNYA ADA ANTARANYA YANG SUDAH DIMASUKKAN DALAM SET 4 DAN SET 5. MISALNYA SOALAN 1 P.PINANG ADA DLM SET 5. OLEH ITU KUASAI SEMUA SET YANG CIKGU BERIKAN. OK...SALAM MAJU JAYA.
Soalan 9 (merupakan bab 9 iaitu tajuk Perang Dunia 1 - ada dimuatkan dalam Soalan Zon B 2011 , ada dlm blog ini juga)
HARAPAN KEPADA SEMUA CALON SEJARAH SPM : SEMOGA KEJAYAAN BERSAMA ANDA.......
UNTUK MAKLUMAN PELAJAR ST THOMAS, SOALAN-SOALAN DARI NEGERI-NEGERI LAIN SEBENARNYA ADA ANTARANYA YANG SUDAH DIMASUKKAN DALAM SET 4 DAN SET 5. MISALNYA SOALAN 1 P.PINANG ADA DLM SET 5. OLEH ITU KUASAI SEMUA SET YANG CIKGU BERIKAN. OK...SALAM MAJU JAYA.
No comments:
Post a Comment