Sunday, October 14, 2012

ULANGKAJI SIRI 16 SEJARAH SPM 2012

Bab 9 TG 4 ( Zaman Gelap, Zaman Reformation)


1. ZAMAN GELAP DI EROPAH

a) Maksud Zaman Gelap
• Eropah mengalami zaman mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
• merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
• Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
• Eropah mengalami kemorosotan dalam perdagangan
• Eropah mengalami kemorosotan dalam kehidupan perbandaran

b) Ciri-ciri zaman gelap
Politik
• Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran wilayah musnah
• Berlaku huru-hara
• Kemunculan golongan Baron
• Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
• Petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
• Jika tidak mampu , mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan tanah
• Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
• Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
• Pembentukan sistem feudal
• Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak rajaa
• Golongan pembesar mendapat naungan daripada pihak istana

Ekonomi
• Kegiatan ekonomi terhad
• Perdagangaan diganggu orang-orang Gasar seperti Viking dan Magyar
• Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
• Perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
• Hanya menumpukan kepada kegiataan pertanian
• Perniagaan secara kecil-kecilan
• Perniagaan meneerusi sistem tukar barang
• Penggunaan mataa wang dalam urusan peerdagangan terhad


Sosial
• Sifat gereja yang mengongkong / memiliki kuasa / hartanah
• Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama / keakhiratan
• Kemerosotan kehidupan perbandaran
• Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan



Persamaan sistem feudal di Eropah dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional
• Raja menjadi penaung dalam negara
• Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
• Raja mempunyai pembesar-pembesar
• Pembesar-pembesar itu mendapat naungan daripada istana
• Pembesar memberi khidmat kepada raja
• Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar


GERAKAN REFORMATION


Maksud Reformation.
• Suatu gerakan yang berlaaku di Eropah Barat pada abad ke 16
• Berasal daripada perkataan reform yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik / membentuk sesuatu yang baru
• Mempunyai kaitan dengan agama Kristian


Tokoh gerakan Reformation
• Martin Luther
• Huldreich Zwingli
• John Calvin


Faktor-faktor  gerakan Reformation.
• Berlaku kepincangan , rasuah dan penyelewengan apabila Gereja Katolik meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
• Menentang gaya hidup penguasa gereja Katolik yang mirip kepada gaya hidup pemerintah dan golongan bangsawan
• Menentang gaya hidup penguasa yang tidak begitu mencerminkan kehidupan keagamaan
• Menentang amalan institusi gereja Katolik yang menjual sijil Indulgences iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa
• Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan cepat dan murah
• Tindakan Martin Luther ,profesor ilmu teologi menentang amalan indulgences
• Luther berpendapat dalam bidang pengibadatan,manusia harus bergantung kepada kekuatan rohaninya
• Kejayaan gerakan ini didorong oleh penyebaran mazhab protestant




Kesan gerakan Reformation.
• Agama Kristian terpecah kepada dua mazhab utama iaitu Katolik dan Protestan
• Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
• Dalam jangka masa panjang timbul sikap toleransi antara penganut berbagai mazhab Kristian dari segi mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka
• Kuasa institusi gereja telah dicabar secara terbuka
• Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki baru semakin kurang
• Monarki baru ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom
• Raja England ( Raja Henry VIII ) telah membebaskan diri daripada Paus di Rom dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican





No comments: