Hijrah
Berlaku pada 12 Sept 622M ( 1 H ). Berlaku secara rahsia dan berperingkat. Muhamad hijrah bersama Abu Bakar AsSiddiq – perjalanan 12 hari. Umar secara sendirian dan terang-terangan.
Konsep Hijrah
Maknanya:
- Maksud perkataan Arab – berpindah.
- Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah .
- Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran.
- Pengertian lain – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.
- Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam spt berikut:
- Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
- Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.
- Orang Islam Makkah diberi jaminan kjeselamatan dan diberi tempat tinggal.
- Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.
Cara penghijrahan Nabi Muhamad saw
- Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan
- Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi.
- Bersama Abu bakar meninggalkan Makkah .
- Bersembunyi di gua Thur = Dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar – intip kegiatan orang Quraish, Asma binti Abu Bakar – menghantar makanan, Amir bin Fuhairah – gembala kambing agar susu kambing diberi kepada baginda.
- Dipandu oleh Abdullah bin Arqat – waktu itu belum Islam lagi.
Sebab dan Tujuan Hijrah
1. Perintah Allah swt menerusi wahyu. Firman spt: Surah al- Anfal.
2. Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.
3. Satu strategi bukan kekecewaan penyebaran.
4. Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.
5. Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Memerlukan pemimpin dan mendamaikan ketegangan.
Kepentingan Hijrah
1. Dakwah Islamaiah dapat dilakukan dengan aman. Dan dilakukan secara terangan.
2. Peluang untuk mendamaikan amasyarakat Arab di madinah.
3. Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam makkah dan Madinah.
4. Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.
5. Wujud golongan Muhajirin dan Ansar.Muhajirin bermaksud – berpindah. Ansar bermaksud – menolong ( Nasara ) Golongan ansar membantu Muhajirin dengan cara:
a. Menjaga keselamatan
b. Menyediakan modal untuk berniaga
6. Kemanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera sebagai sebuah negara.
7. Wujud takwim Hijrah. Mula digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin kedua – Umar al Khatab.
8. Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’. Fungsi mnasjid pelbagai seperti:
a. Beribadat
b. Belajar
c. Tempat bertemu dan berbincang akan masalah
d. Aktiviti jual beli.
9. Pertukaran nama Madinah Al Munawarah daripada Yathrib. Pusat tamadun islam dan agama.
10. Menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah kecemerlangan.
11. Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk Islam.
12. Memperlihatkan wanita beperanan menggerakkan kemajuan negara. Cth puteri Abu bakar Assiddiq – Asma’ – menghantar makanan dan berita semasa persembunyian Nabi di Gua Thur.
13. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung halaman.
14. Kebijaksanaan nabi mengaur strategi untuk berhijrah.
15. Kwujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah dariapda Quraish.
Piagam Madinah atau Sahifah Madinah
Aspek penting Piagam Madinah
- Nabi Muhammad s.a.w pemimpin Madinah
- Nabi Muhammad s.a.w sebagai hakim
- Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing
- Masyarakat Madinah bebas mengamalkan adat masing-masing
- Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah
- Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
- Undang-undang Islam digunapakai secara menyeluruh
- Peraturan kekeluargaan dalam kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
- Masyarakat Madinah dituntut bekerjasama untuk memajukan ekonomi negara
- Unsur riba dan penipuan dalam perniagaan dihapuskan
- Anggota masyarakat Madinah diminta mempertahankan negara
- Keselamatan bukan Islam terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah
Kepentingan Piagam Madinah
- Model kerajaan Islam yang unggul
- Peraturan yang lengkap berkaitan dengan dunia dan akhirat
- Amalan riba, penipuan, rasuah, dan penindasan tidak dibenarkan
- Nabi Muhammad s.a.w berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah
- Menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam
- Masyarakat Madinah dapat mendiami sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang lengkap dan sempurna.
- Syariah Islam diperkenalkan
- Perlembagaan negara disusun terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan.
- Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik
- Negara Madinah menjadi kuat dan disegani.
Penyebaran Islam
Tindakan / strategi / usaha Nabi Muhammad dalam penyebaran Islam
• Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan
Semenanjung Tanah Arab
• Tidak memaksa memeluk Islam
• Menggunakan diplomasi
• Menunjukkan nilai-nilai yang baik
• Menyeru memeluk Islam melalui warkah
• Mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut
Sebab peperangan dibenarkan dalam Islam
• Mempertahankan maruah diri
• Mempertahankan agama
• Mempertahankan negara
• Dengan keizinan Allah
Contoh peperangan
• Perang Badar 2H
• Perang Uhud 3H
• Perang Khandak 5H
• Perang Tabuk 8H
Peperangan dalam Islam
• Allah telah memberi keizinan untuk berperang
• Setelah diserang oleh musuh
• Mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga
• Menjaga maruah negara
• Tidak memusnahkan harta benda
• Menentang kezaliman
• Mempertahankan diri
• Islam menganjurkan perdamaian
• Di medan perang tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati
• Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan
• Akhlak tentera Islam mestilah mulia, saling bertolak ansur dan menunjukkan teladan yang baik
Pembukaan
Semula Kota Makkah
Sebab
1.
Tempat kelahiran Nabi Muhamad saw dan tempat lahirnya Islam.
2.
Orang Quraish melanggar perjanjian Hudaibiyah 630M.
3.
Satu strategi jangka panjang dalam penyebaran Islam.
4.
Kedudukan Madinah akan menjadi lebih mantap.
Cara:
1.
Tanpa kekerasan
2. Peringkat awal menghantar tentera Islam – empat pasukan 10000 orang.
3. Diketuai oleh Khalid Al Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Saad bin Ubadah, dan
Zubair Al Awwam.. Masuk Makkah melalui 4 penjaru.
4. Keyakinan dan setia kawan kunci kejayaan tentera Islam.
5. Pengislaman Abu Sufian dan AL Abbas – memudahkan lagi Makkah dibuka. Selain
jaminan keselamatan penduduk Makkah.
Kesan
1.
Sebelum memasuki Makkah Abu Sufian dan bapa saudara nabi Al Abbas telah memeluk
Islam.
2. Menunjukkan persaudaraan dengan mereka yang memasuki rumah Abu Sfian tidak akan
ditentang.
No comments:
Post a Comment