Tuesday, October 9, 2012

ULANGKAJI SIRI 2 SEJARAH SPM 2012



 BAB 3 TG 5

Sistem Jemaah Menteri di Kelantan bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.
• Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I(1801-1836).
• Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya.
• Sultan Muhammad II(1836-1886) telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri dengan mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.
• Setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
• Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.
• Lapan badan Jemaah Menteri itu lalah:
• Jemaah Penasihat Raja
- mengurus perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
• Jemaah Menteri Istana
- mengurus istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
• Jemaah Menteri Keadilandan Kehakiman

- mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
• Jemaah Menteri Dalam Negeri
-Menjaga keamanan negeri.
• Jemaah Menteri Luar Negeri
-Mengurus dasar dan hal ehwal luar negara.
• Jemaah Menteri Perbendaharaan
-Mengendali harta benda dan hasil mahsur.
• Jemaah Menteri Peperangan
-Mengurus pertahanan dan keamanan negeri.
• Jemaah Menteri Pentadbiran danPenggimarahan Negeri
-Mengurus kemajuan dan pembangunan negeri.


Unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di negeri Sembilan
• Negeri sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
• Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat palin, bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
• Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, buapak dan Anak Buah walaupun Yang Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.
• Setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
• Setiap Luak ditadbir oleh Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
• Undang dipertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
• Lembaga dilantik oleh Buapak .Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
• Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.
• Buapak merupakan ketua Perut.Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah, khususnya yang berkaitan dengan adat.
• Setiap anggota Perut dikenali sebagai anak Buah.
• Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetepi mengagihkan tersebut kepada individu mengikut pangkat.
• Ini menunjukkan sistem pemilihan pemimpin mempunyai unsur demokrasi.


Persamaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911.
• Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta
• Agama Islam sebagai agama negeri
• Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki dan beragama Islam
• Raja merupakan waris pemerintah
• Raja berhak memilih Menteri Besar / dilantik oleh Sultan
• Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja
• Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri dan rakyat
• Mesyuarat kerajaan dikutuai oleh Menteri Besar
• Jemaah Menteri mempunyai kuasa perundangan


Perbezaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911.
• Undang-undang tersebut diperkenal untuk negeri masing-masing.
• Tarikh Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu diperkenalkan pada tahun 1911 manakala Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
• Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar manakala Undang-Undang Tubuh Negeri Terenggan oleh Sultan Zainal Abidin III.
• Undang-undang Johor dikenali Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor manakala undang-undang Terengganu dikenali sebagi Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu atau Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdsarkan keadilan.




No comments: