PERHATIAN DAN MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR SEJARAH…..
PERINGKAT SPM.
Sebab-sebab calon tak dapat markah Cemerlang Kertas 2(Struktur dan Esei)
Ø Kurang fakta/ tak ingat fakta / tak bersedia / samar-samar tentang tajuk-tajuk sejarah di tingkatan 4 & 5 –perlu persediaan awal dan berterusan
Ø Tak jawab semua soalan/ ceraian – pastikan cuba menjawab semua soalan / jangan keluar awal dalam pep. SPM.
Ø Tak habis jawab / tak lengkap/ salin soalan sahaja / jumlah fakta kurang daripada peruntukan markah- pelajar perlu kira fakta / huraian / contoh / jawapan mesti melebihi jumlah markah yang diperuntukkan.
Ø Jawapan campur aduk dan tak ikut kehendak pecahan soalan / pengulangan fakta - rangka jawapan sangat perlu
Ø Intro & penutup yang panjang (tiada markah) / bahagian B Kertas 2 (intro & penutup tak perlu)
Ø Tak faham konsep / istilah sejarah spt tamadun, Zaman Gelap, renaissance, imperialisme,nasionalisme, dll.- kuasai / fahamilah istilah berkaitan .
Ø Penguasaan bahasa lemah & tulisan buruk.- baiki tulisan
Ø Calon kurang mahir tentang teknik menjawab dengan betul.- kuasai teknik menjawab –tanya guru sejarah.
Ø Calon lemah dalam KBKK – Perlu cukup latihan dan rajin untuk berfikir. Pelajar sebenarnya hanya perlu berfikir sedikit, Cuma memberi pandangan.
Ø Pengurusan masa amat lemah-urus masa menjawab (buat pembahagian masa)
Ø Calon kurang membaca / tak baca. – Tanamkan sikap rajin membaca dan jadikan ia amalan setiap hari, pasti menguntungkan pelajar – UBAH SIKAP SEKARANG.
MASALAH CALON
1. Kurang membaca / menguasai fakta sejarah dalam buku Teks Tg. 4 & 5 –Perlu banyak membaca.
2. Tak ingat fakta – Perbanyakkan latihan
3. Kurang latihan menjawab soalan esei.
4. Tak ada masa ulangkaji –jadual
5. SPM Sejarah sukatan semakan 2002 dan 2003.( sukar membuat ramalan dan elak daripada meramal soalan)
CIRI-CIRI JAWAPAN YANG BAIK (KERTAS 2 SEJARAH-B)
Ø Bilangan isi / fakta cukup (Fakta/ isi ikut markah yang dicatatkan dihujung soalan, 1 Fakta / Huraian / Contoh = 1 markah)
Ø Jawapan mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah (jika 5 markah – isi mesti sama dengan jumlah atau lebih)
Ø Intro / pengenalan/ penutup tak perlu
Ø Jawapan dalam bentuk esei ( seelok-eloknya 1 isi 1 perenggan / ayat mesti lengkap )
Ø Jawapan tidak boleh dikemukakan dalam bentuk jadual / rajah/ carta/ ayat tergantung
( mesti ayat lengkap/ gramatis)
Ø Tulisan jelas, kemas dan bersih, mudah dibaca dan mudah diteliti
Ø Jawapan ikut arahan dan jawab semua ceraian soalan a,b dan c. Pastikan tidak bertukar nombor soalan pada kertas jawapan.
Ø Membuat rangka jawapan untuk penguasaan fakta/ mengikut keutamaan/ susunan/ kronologi
Ø Utamakan fakta dan huraian serta contoh sebagaimana di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 4 & 5.
Kunci Kata istilah yang sering digunakan dalam soalan esei kertas 2
Huraikan | Pelajar dikehendaki menerangkan aspek satu-satu perkara dan beri ulasan / komen |
Halkan | Beri rumusan yang ringkas di samping menerangkan atau menghuraikan aspek-aspek satu-satu perkara. |
Jelaskan/ Terangkan/Nyatakan | Dikehendaki menerangkan atau menyatakan sesuatu peristiwa yang berlaku |
Sebutkan/ Namakan/ Bincangkan | Sesuatu kumpulan atau nama tokoh dikemukakan dalam soalan dan pelajar perlu menyebut tepat & jelas spt. Isi-isi perjanjian, perjuangan tokoh dan beberapa istilah sejarah |
Apakah | Sebab terjadinya sesuatu peristiwa sejarah |
Faktor-faktor / ciri-ciri | Soalan ini mengemukakan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau perkara |
Bagaimanakah | Menjelaskan cara atau langkah-langkah sehingga tercetusnya sesuatu peristiwa atau perkara yang berlakunya boleh menyebabkan berlaku pula peristiwa yang lain. |
Kesan | Pelajar perlu menyatakan ciri-ciri penting akibat daripada sesuatu peristiwa Merangkumi aspek negatif & positif |
Mengapakah | Berikan sebab-sebab berlakunya peristiwa |
Sejauhmanakah / Bincangkan | Mengemukakan semua aspek tentang sesuatu masalah, menjelaskan semua butir seperti kesan positif & negatif , kejayaan, kegagalan, dsb.perlu kefahaman yang menyeluruh tentang sesuatu tajuk. |
Pada pendapat/ pandangan anda/ berdasarkan pengetahuan sejarah anda | Berikan ulasan / komen yang sesuai yang ada kaitan dengan tajukyang disoal. |
PERINGATAN : | Walaupun soalan berbeza tetapi teknik / taktik menjawab masih sama. (ayat lengkap / gramatis) |
No comments:
Post a Comment