Tuesday, October 9, 2012

ULANGKAJI SIRI 4 SEJARAH SPM 2012

BAB 6 TG 5


Langkah-langkah pembentukan Malaysia

Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak, Sabah dan Brunei
Menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
Rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.


Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
• ditubuhkan pada Julai 1961.
• Pengerusi JPPK ialah Donald Stephens.
• Peranan JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia.
• Mengumpul pandangan penduduk.
• Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Brunei menghantar pemerhati menghadiri tiga mesyuarat terakhir
• Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir johari, Lee Kuan Yew, Tun Datu Mustapha Datu Harun


Pembentukan Suruhanjaya Cobbold oleh British
  • Mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
  • Memberikan pertimbangan kepada pandangan dan pendapat untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru
  • Suruhanjaya Cobbold meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
  • Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British
  • Menurut laporan Suruhanjaya ini, penduduk Sarawak dan Sabah satu per tiga menyokong, satu per tiga menyokong bersyarat dan satu per tiga lagi inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
  • Cadangan Suruhanjaya ini diperincikan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie.
• Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasanMalysia.
• Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.
• Menerima memorandom yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
• Mula menjalankan tugas Februari hingga April 1962.
• Jun 1962 mengemukan laporan kepada kerajaan British.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong tanpa syarat.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dengan syarat.
• Iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

Cadangan Suruhanjaya Cobbold
• Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948.
• Sarawak dan sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresen.
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
• Jaminan hak dan kedudukan bumiputera.

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Ditubuhkan pada Ogos 1962.
• Diketuai oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak.
• Mereka mengunjungi Sarawak dan Sabah menerangkan penubuhan Malysia.
• Mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali.
• Bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah kedalam Persekutuan Malaysia.
• Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

Sebab tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda
• Laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan
• Tentangan daripada Indonesia
• Tentangan Filipina
• Brunei menarik diri pada saat-saat akhir
• Tekanan komunis

Peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963
• Diluluskan oleh Parlimen Britain
• Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia
• Parlimen Tanah Melayu meluluskan Perjanjian Malaysia
• Diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Singapura
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sarawak
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sabah
• Yang Dipetuan Agong memperkenankan Akta Malaysia

Kandungan Akta Malaysia
• Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
• Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan , Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan
• Sarawak dan Sabaah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam
• Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen
• Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang
Melayu di Persekutuan Tanah Melayu


CONTOH-CONTOH SOALAN :

Apakah faktor politik yang menyebabkan pembentukan Malaysia?
- Ancaman komunis
- Mempercepatkan kemerdekaan
- Proses dekolonisasi kerajaan British terhadap negara kecil

Mengapakah idea penggabungan Singapura oleh Lee Kuan Yew pada awalnya ditolak oleh Tunku
Abdul Rahman?
- Akan berlaku ketidakseimbangan penduduk

Bgaimanakah pembentukan Malaysia dapat mengukuhkan ekonomi di kalangan negara anggota?
- Pasaran yang lebih luas
- Memanfaat keistimewaan sumber kekayaan bahan mentah
- Mengalakkan pelaburan
- Menggalakkan perkembangan industri

Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold?
- Meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak atas gagasan Malaysia
- Membuat penilaian mengenai pendapat penduduk
- Mengemukakan cadangan mengenai pandangan penduduk kepada pihak British

Nyatakan laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya tersebut.
- Satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tanpa syarat
- Satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia dengan syarat kepentingan mereka dilindungi
- Satu per tiga lagi mahukan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia


Apakah cadangan Suruhanjaya tersebut?
- Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
- Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
- Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
- Penentuan tarikh penubuhan Malaysia
- Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

Terangkan fakor-faktor pembentukan Malaysia dari segi politik dan ekonomi.
Faktor pembentukan Malaysia dari segi politik :
  • Bimbang perkembangan pengaruh Barisan Sosialis
  • Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada April 1961
  • Pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti kepimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP)
  • Ini mengugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura
  • Barisan Sosialis dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai gerakan berhaluan Kiri
  • Ancaman komunis menjadi faktor pembentukan Malaysia
  • Persekutuan Tannah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membenteras pengaruh Parti Komunis Malayaya (PKM)
  • Clandestint Communist Organization (CCO) bematlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
  • Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan menjadi benteng bagi menghadapi ancaman kominis.
  • Memepercepatkan kemerdekaaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.
  • Proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 menimbulkan usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.
Faktor pembentukan Malaysia dari segi Ekonomi
  • Mewujudkan pasaran bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian
  • Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanafaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini
  • Tanah Melayu, Sarawak dan Brunie kaya dengan bahan mentah, Sabah mempunyai balak
  • Brunei kaya dengan sumber minyak
Terangkan tuntutan Sarawak dan Sabah sebagai syarat menyertai Malaysia.
  • Perkara 20 menyenaraikan tuntutan-tuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
  • Laporan Jawatankuasa ini memuatkan tuntutan tersebut dan tuntutan ini kemudiannya menjadi asas kepada perlembagaan Malaysia yang baru
  • Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah
  • Terdapat sedikit perbezaan antara pembahagian kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu
  • Memasukkan hak wilayah asingan dalam pembentukan perlembagaan Malaysia
  • Antara perkara penting yang disentuh dalam hak wilayah asingan termasuklah
          • Ketua negeri
          • Bahasa kebangsaan
          • Agama Islam
          • Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen
          • Kerakyatan
          • Peruntukan kewangan
          • Pelajaran

No comments: