Sunday, October 14, 2012

ULANGKAJI SIRI 11 SEJARAH SPM 2012

Bab 4 (Penyebaran Islam : Cara, penerimaan, penentangan, penyelesaian)

Penyebaran Islam di Makkah
  • Islam disebarkan secara rahsia selama tiga tahun kepada ahli keluarga, sahabat dan kaum kerabat baginda
  • Orang yang awa memeluk Islam ialah Kadhijah Khuwailiad (isteri), Ali bin Abu Talib (sepupu), Zaid bin Harith (anak angkat) dan Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
  • Baginda menyebarkan Islam secara terbuka selama 10 tahun
  • Banyak dijalankan di rumah Ali bin Abu Talib dan di Bukit Safa.
  • Ramai yang menentang terutama Abu Lahab.
Penerimaan Terhadap Islam
1.        Islam diterima

 Ajaran Islam yang memberi layanan sama sesama manusia
  •             Kemurnian ajaran Islam
  •             Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW berdakwah
  •             Nilai akhlak Islam lebih baik daripada nilai akhlak Arab Jahiliah.
  •             Nabi Muhammad SAW membaca al-Quran untuk menjawab sebarang pertanyaan
  •             Baginda menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikutnya.
  •             Keperibadian Nabi Muhammad SAW yang mulia

2.       Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah merupakan kunci kejayaan perkembangan Islam di  Makkah
3.       Jasa dan perjuangan Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam harus disanjung tinggi.

Penentangan Terhadap Islam

1.        Islam ditentang kerana
a.       Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan
b.      Prinsip sama taraf sesama manusia dalam agama Islam bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab jahiliah yang mementingkan darjat orang atasan
c.       Konsep persaudaraan dalam Islam amat bertentangan dengan konsep assabiah Arab Jahiliah
d.      Orang Quraisy mempunyai anggapan yang salah terhadap tugas nabi
e.       Menggugat ekonomi Arab Jahiliah terutama dalam perusahaan patung berhala

2.       Islam ditentang dengan cara
            Mengejek ajaran Islam melalui puisi.
            Tohmahan dan tuduhan yang tidak baik kepada Nabi Muhammad SAW
            Menggunakan kekerasan
            Menawarkan kedudukan, wanita dan harta kepada Nabi
            Melakukan pemulauan

Nabi Muhammad SAW Menyelesaikan Masalah
  • Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan
  • Nabi Muhammad SAW dan Zaid bin Harithah menyebarkan Islam ke Taif tetapi kuang berkesan
  • Pada tahun 622 M Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah bersama dengan pengikutnya
  • Di Madinah, Nabi Muhammad SAW berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang unggul dan meneruskan dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab