Tuesday, October 9, 2012

ULANGKAJI SIRI 6 SEJARAH SPM 2012

BAB 8, TG 5


Nyatakan langkah-langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 

Kata kunci
Huraian
Barnes
Laporan Barnes mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan.
Bahasa
Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah rendah dan bahasa Inggeris peringkat menengah
Tentang
Ditentang oleh masyarakat Cina
Fenn-Wu
Laporan Fenn-Wu  mencadangkan sekolah vernakular Cina dikekalkan
Ordinan
Ordinan Pelajaran mencadangkan dua sistem persekolahan
Permintaan
Pengajaran bahasa Cina dan Tamil disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa.
Razak
Penyata Razak diperkenalkan iaitu sistem persekolahan yang sama

Nyatakan cadangan-cadangan dalam Penyata Razak 1956 yang kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.  

Kata kunci
Huraian
Sama
Sistem persekolahan yang sama
Seragam
Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.
Umum
Sekolah Umum (rendah) menggunakan pengantar bahasa Melayu
Jenis
Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar
Melayu
Sekolah Menengah Melayu menggunakan pengantar bahasa Melayu
Inggeris
Sekolah Menengah Inggeris menggunakan pengantar bahasa Inggeris.
Wajib
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah.


Nyatakan perkara-perkara yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961.

Kata kunci
Huraian
Percuma
Pelajaran percuma kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan.
Rendah
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah
Semua
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah menengah.
Islam
Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam.
Bahasa
Bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat 15 orang murid
Peperiksaan
Peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan.

Apakah matlamat sistem persekolahan aneka jurusan yang telah diperkenalkan pada tahun 1965? 


Kata kunci
Huraian
Gagal
Menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
Pelajaran
Menyediakan pelajaran sehingga berumur 15 tahun
Kemahiran
Memberikan pelbagai kursus kemahiran
Mahir
Melahirkan tenaga mahir
Pasaran
Sebagai persediaan untuk pasaran kerja.

Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu  sebagai Bahasa Kebangsaan? 


Kata kunci
Huraian
Perlembagaan
Menyatakan  kedudukannya dalam Perlembagaan Malaysia
DBP
Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Lancar
Pelancaran “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa”.
Slogan
Memperkenalkan Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”.
Pengantar
Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar
Contoh
Sekolah Alam Shah / Sekolah Sri Putri / Sekolah Sultan Abdul Halim
Akta
Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967
Tukar
Bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris ditukar kepada bahasa kebangsaan
UKM
Penubuhan UKM membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Mahkamah
Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah.

Nyatakan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Kata kunci
Huraian
Panduan
Panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.
Perpaduan
Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan 
Tunjang
Kebudayaan Melayu sebagai tunjang.
Terima
Unsur budaya lain yang sesuai boleh diterima.
Islam
Agama Islam sebagai unsur yang terpenting.
Peribadi
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
Kualiti
Meningkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian.
Seimbang
Seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

Jelaskankan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk menjadikan sukan sebagai alat perpaduan di negara kita ?

Kata kunci
Huraian
Perpaduan
Berperanan sebagai alat perpaduan
Patriotik
Menyemarakkan semangat patriotik
Penyertaan
Penyertaan tidak terhad kepada kaum tertentu sahaja
Peluang
Membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
Sekolah
Peringkat sekolah, sukan adalah aktiviti kokurikulum yang  digalakkan
MSSM
Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia  (MSSM)
Ditubuhkan
MSSM ditubuhkan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan.
SUKMA
Mengadakan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali
Kaum
SUKMA jelas memainkan peranan mengeratkan perpaduan antara kaum

Senaraikan cabaran yang perlu diatasi untuk mewujudkan negara Malaysia yang maju sepenuhnya menjelang 2020. 

Kata kunci
Huraian
Bersatu
Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Bebas
Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
Demokratik
Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
Moral
Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika.
Liberal
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
Maju
Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
Penyayang
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang
Adil
Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
Makmur
Memupuk dan membina masyarakat makmur


Contoh soalan KBKK :

Mengapakah Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan?
- Tentangan masyarakat Cina dan India
- Kekurangan kewangan
- Ancaman penganas komunis


Bagaimanakah Malaysia boleh menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020?
- Perpaduan rakyat
- Kestabilan politik
- Ketinggian taraf hidup
- Kekukuhan nilai moral dan etika
- Kekukuhan sistem kerajaan
- Ketinggian maruah bangsa
- Semangat yakin diri bangsanya


Sebagai warganegara Malaysia, apakah sumbangan anda untuk merealisasikan Wawasan 2020?
- menyahut sembilan cabaran utama
- meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin –pemimpin negara terdahulu
- terus mengekalkan kemajuan negara kita



No comments: