Sunday, October 14, 2012

ULANGKAJI SIRI 13 SEJARAH SPM 2012

Bab 6 TG 4  (Kerajaan Bani Abbasiyah)


KERAJAAN BANI ABBASIYAH


Pembentukan Kerajaan
1.     Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.
2.     Peringkat awal sulit kemudian terbuka. 
3.     Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)
4.     Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
5.     Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.
6.     Ambil sempena nama bapa saudra Nabi saw – Abbas.
7.     Amal sistem monarki warisan.
8.     Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Bagdad.
9.     Berakhir dengan serangan tentera mongol pimpinan Hulagu Khan-cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal Dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam


Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah.
• Kegemilangan ketika pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya Al-Makmun.
• Kota Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu.
• Karya-karya asing diterjemahkan dalam bahasa arab.
• Karya falsafah dan sains Yunani diterjemahkan.
• Khalifah Harun al-Rasyid mengasaskan Institusi Keilmuan iaitu Baitulhikmah

• Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap.
• Tahap pertama iaitu mencatat idea atau percakapan.
• Tahap kedua iaitu mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam buku.
• Tahap ketiga iaitu mengarang.
• Penglibatan golongan ulama dalam penulisan.
• dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, menyusun hadis dan sebagainya.
• Imam Malik menyusun buku al-Muwatta
• Ibn Ishaq penyusunan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.
• Abu Hanifah penyusun fikah dan pendapat ijtihad.
• Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad b Hanbal.
• Terdapat pemisahan ilmu antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.
• Terjemahan daripada bahasa sanskrit, suriani dan Yunani. mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan dalam bahasa Arab
• Menghurai dan menambahbaikan dengan memuatkan keterangan dan ulasan dalam karya.
• Penubuhan pusat pengajian tinggi mempertingkatkan kegiatan penyelidikan.
• Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah.
• Hasil karya Islam diterjemahkan dalam bahasa asing. perkembangan ilmu Islam menyebabkan masyarakatEropah mengalami Zaman Pemulihan Budaya iaitu Renaissance.



No comments: