Tuesday, October 9, 2012

ULANGKAJI SIRI 5 SEJARAH SPM 2012

BAB 7 TG 5

Fungsi Badan Perundangan 


Kata kunci
Huraian
 Menggubal
Bertanggungjawab menggubal undang-undang  bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat


Ciri-ciri Ahli Dewan Negara

Kata kunci
Huraian
Tertinggi
Dewan tertinggi dalam pemerintahan negara
Dilantik
Dilantik tanpa melalui pilihan raya
Senator
Digelar senator
Umur
Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
Tempoh
Memegang jawatan bagi tempoh 3 tahun
Taraf
Taraf senator sama dengan Ahli Parlimen
 Menteri
Boleh dilantik menjadi ahli jemaah Menteri
69
Mengandungi 69 orang ahli
YDA
40 orang ahli dilantik oleh Yang  Dipertuan Agong
Cemerlang
Terdiri daripada individu yang berjasa dan cemerlang dalam bidang professional


Ciri-ciri Ahli Dewan Rakyat


Kata kunci
Huraian
Pilih
Dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
219
Dewan Rakyat mengandungi 219 ahli
Parlimen
Mewakili semua kawasan parlimen di seluruh negara  
Umur
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
Tempoh
Tempoh jawatan ialah 5 tahun
Tugas
Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang



Bagaimanakah undang-undang di Parlimen diluluskan.


Kata kunci
Huraian
Cadang
Undang-undang dicadangkan oleh kementerian yang terlibat
Gubal
Penggubalan rang undang-undang oleh Peguam Negara
Pertama
Pembacaan Pertama di Dewan Rakyat iaitu pembacaan tajuk sahaja
Kedua
Pembacaan Kedua di Dewan Rakyat dan undang-undang dibahaskan
Ketiga
Pembacaan Ketiga dan dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan kepada Dewan Negara
Pembentangan
Pembentangan di Dewan Negara, proses yang sama seperti di Dewan Rakyat diulangi
Penyerahan
Penyerahan rang Undang2 kepada YDPA untuk diperkenan/diturunkan cop Mohor Negara
Pewartaan
Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang ini dalam Warta Kerajaan



Fungsi badan Pelaksana


Kata kunci
Huraian
 Kabinet
 Jemaah Menteri atau  Kabinet yang merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan


Tugas Jemaah Menteri


Kata kunci
Huraian
  Dasar
Membuat dasar tertinggi negara  
Gubal
Menggubal  dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara
Ketua
Perdana Menteri sebagai ketua Jemaah Menteri.


Fungsi badan kehakiman di negara kita.


Kata kunci
Huraian
Sivil
Berkusa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah
Sahih
Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan
Tafsir
Berkuasa mentafsir perlembagaan negara
Undang
Berkusa mentafsir undang-undang
Sah
Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undang-undang


Jenis mahkamah di Malaysia.


Kata kunci
Huraian
Majistret
Mahkamah majistret
Sesyen
Mahkamah Sesyen
Tinggi
Mahkamah Tinggi Malaya
Tinggi
Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah
Rayuan
Mahkamah Rayuan
Persekutuan
Mahkamah Persekutuan


Perlantikan seorang hakim.
  
Kata kunci
Huraian
Pelantik
Dilantik oleh  Yang  Dipertuan Agong dengan nasihat  Perdana Menteri.
Agong
Urusan Perlantikan, kenaikan pangkat, pelucutan  jawatan di bawah kuasa   Yang di-Pertuan Agong
Dipecat
Hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebab munasabah
Politik
Hakim tidak  boleh   mengambil  bahagian dalam politik



Maksudkan Pilihan raya.


Kata kunci
Huraian
Memilih
Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah di peringkat persekutuan atau negeri   


Tujuan pilihan raya.


Kata kunci
Huraian
Memilih
Memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri 
Kerajaan
Membentuk kerajaan di peringkat Pesekutuan dan negeri


Pihak yang terlibat  dalam pilihan raya.


Kata kunci
Huraian
Suruhanjaya
Suruhanjaya Pilihan Raya   
Calon
Calon
Pengundi
Pengundi


Perkembangan Sistem pilihan raya  di negara kita. 


Kata kunci
Huraian
SPR
Dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Memilih
Memilih wakil rakyat untuk peringkat negeri dan persekutuan
Sulit
Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yng telus dan teratur
Terbuka
 Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusan direkodkan
Menang
Calon mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem  majoriti mudah
Demokrasi
Merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen
Bebas
SPR adalah badan bebas tanpa tekanan dari parti pemerintah dan pembakang
Lantik
Keanggotaan SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Menentukan
Tugas SPR menentukan sempadan pilihan raya
Pendaftaran
Menjalankan pendaftaran pengundi
Kendali
Mengendalikan pilihan raya
Lima
Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali
Ahli
Pilihan raya Umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri serentak seluruh negara
Berasingan
Pilihan raya umum di Sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan
Kekosongan
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlakunya kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
Kematian
Disebabkan kematian / perletakan jawatan / pelucutan jawatan
60
Selepas kekosongan itu pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari di Semenanjung Malaysia
90
 90 hari bagi Sabah dan Sarawak
Kempen
Calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen
Tempoh
Tempoh berkempen antara 7 hingga 15 hari


Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya 


Kata kunci
Huraian
Adil
Menjamin pilihan raya yang adil dan bebas
Sempadan
Menentukan sempadan bahagian pilihan raya
Daftar
Menjalankan pendaftaran pemilih
Kendali
Mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil


Proses pilihan raya dijalankan di negara kita   


Kata kunci
Huraian
Bubar
Pembubaran Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong
Penetapan
Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR
Penamaan
Penamaan calon-calon bertanding
Manifesto
Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding
Kempen
Pelancaran kempen pilihan raya
Tempat
Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR
Kertas
Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon   kepada pengundi di tempat pengundian
Pembuangan
Pembuangan undi.( Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas tersebut ke dalam peti undi)
Pengiraan
Pengiraan undi
Keputusan
Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya


Syarat-syarat sesorang calon bertanding dalam  pilihan raya 


Kata kunci
Huraian
Warganegara
Mesti warganegara Malaysia
Umur
Berumur 21 tahun
Akal
Sempurna akal
Muflis
Bukan orang yang muflis
Jawatan
Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
Sabit
Tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah
Penjara
Hilang kelayakan sekiranya dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan
Bertanding
Calon boleh bertanding atas nama parti  individu sebagai calon bebas
Kertas
Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.







No comments: