BAB 3, TG 4 (Kedatangan Agama Hindu Buddha : Cara dan Pengaruh)
Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal
• Dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takhluk di Asia Tenggara
• Dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya
• Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta
• Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuaikan dengan budaya tempatan
• Sistem beraja dengan penggunaan gelaran raja sebagai pemerintah
• Raja berada dipuncak pemerintahan
• Raja dibantu oleh kerabat diraja , pembesar , Brahmin
• Raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
• Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
• Sesiapa yang melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak diampunkan
• Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
• Raja merupakan bayangan tuhan dan lahir konsep dewa-raja
• Raja mempunyai kesaktian melalui mitos dan lagenda untuk memperkuat kedudukan
• Untuk mengukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat
• pertabalan raja yang dipimpin oleh golongan Brahmin
• Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta iaitu
orde kosmos
Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian
i. Maksud monumen
• Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu untuk
memperingati orang ternama atau peristiwa penting
• Monumen boleh berupa candi/kuil/wat/stupa/arca/patung
ii. Kepentingan/fungsi/tujuan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara
• Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
• Sebagai rumah ibadat
• Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
• Tempat menyimpan patung dewa utama
• Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
• Melambangkan orde kosmos contoh Angkor Wat dan Candi Borobudur
iii. Contoh candi terkenal di Asia Tenggara
• Candi Dieng di Jawa Tengah , Indonesia
• Candi Borobudur di Jawa Tengah , Indonesia
• Candi Prambanan di Jawa Tengah , Indonesia
• Candi Angkor Wat di Kemboja
• Candi Chaiya dan Yarang di Thailand
• Candi Lembah Bujang di Kedah
iv. Patung agama
• Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Buddha
• Patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga meruapakan patung agama Buddha
• Patung Drawapala dan Nabdiswara menjaga candi daripada dimasuki roh jaha
• Melambangkan zaman penciptanya
• Melambangkan salah satu pengaruh sama ada Amaravati , Gupta, Palava,
Pala atau Cola
• Menunjukkan adunan dua tamadu iaitu India dan Asia Tenggara
• Gaya India bergantung pada masa patung itu dibuat. Sekiranya dibuat antara abad ketiga hingga kelima Masihi , terdapatlah pengaruh Amaravati
• Sekiranya dicipta abad kelima Masihi hingga abad ketujuh Masihi mewakili pengaruh zaman Dinasti Gupta
vi. Angkor Wat
• Dibina untuk agama Hindu
• Terletak enam km ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos
• Tinggi 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar
• Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat
• Setiap sudut mempunyai menara
• Bahagian luar terdapat tembok
• Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata
vii. Candi Borobudur
• Mewakili agama Buddha
• Terbahagi kepada tiga tingkat yang melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila , samadhi dan panna
• Setiap tingkat mempunyai patung stupa dan patung Buddha
• Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
• Dibina selama 75 tahun
Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesusasteraan
• Kesusasteraan India melalui epik Ramayana , Mahabharata serta Puranas
menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan
klasik di Asia Tenggara
• Pengaruh kesusasteraan India dalam puisi dan prosa Jawa seperti
Nagarakertagama Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarma
• Cerita-cerita dalam Epik Ramayana dan Mahabharata melalui
kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit
• Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur
tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa jaya dan Hikayat Sang Samba.
• Hikayat Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama
No comments:
Post a Comment