Friday, November 4, 2011

GERAKAN INTERAKSI SEJARAH UNTUK SPM 2011 (SET 5)

NOTA TERPILIH TINGKATAN 4, 2011
TINGKATAN 4

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Tamadun Indus
(a) Ciri-ciri bandar terancang
  • Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dikelilingi oleh tembok
  • Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran / keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan serta tempat
  • penyimpanan hasil pertanian
  • Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
  • Perancangan bandarnya dibantu oleh oleh kemajuan ilmu geometri /pembinaan
  • Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
  • Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain
  • Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
  • Selain jalanraya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan
(b) Organisasi Sosial
  • Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan
  • Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
  • Mereka mempunyai kuasa/pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutama yang melibatkan kegiatan keagamaan
  • Golongan bawahan memberi ketaatan kepada golongan pendeta
  • Sejarawan berpendapat tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
  • Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
  • Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalirkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa
  • Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan
(c) Pengkhususan pekerjaan
  • Masyarakat Indus menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan
  • Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia
  • Dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia
  • Hasil perdagangan yang penting seperti emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian
  • Petani menanam barli, kacang dan sebagainya
  • Terdapat juga penduduk yang menjadi artisan dan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar
(d) Amalan agama
  • Penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan membuktikan masyarakat Indus mempunyai amalan agama
  • Penemuan patung proto-Siva – seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma.Vishnu dan Siva
  • Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting yang berkaitan dengan agama Hindu
  • Mereka juga percaya kepada Tuhan Ibu
  • Dapat dibuktikan dengan penemuan patung wanita. Tuhan Ibu disembah oleh masyarakat Lembah Indus bagi melambangkan kesuburan
(e) Sistem Tulisan
  • Berbentuk piktograf
  • Tulisan Tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan
Sumbangan Tamadun Indus
(a) Perancangan Bandar
  • Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
  • Pemahaman tentang ilmu geografi, kesenian, dan matematik sangat diperlukan
  • Berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaaan
  • Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba 
  • Perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segiempat / jalanraya yang lurus
  • Masyarakat Indus berusaha meningkatkan mutu binaan
  • Mereka tidak bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat
  • Batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan dengan suhu yang tinggi
  • Kecemerlangan perancangan bandar dalam Tamadun Indus merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata
 (b) Sifat keterbukaan
  • Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat dari segi pertukaran teknologi
  • Pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan

Tamadun Hwang Ho
(a) Lokasi tamadun Hwang Ho
  • Dilembah Hwang Ho yang subur(Sungai Kuning)
  • Bersifat setempat kerana bergunung ganang dan berpadang pasir
.
(b) Dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho
  • Dinasti Hsia
  • Dinasti Shang
  • Dinasti Chou
  • Dinasti Ching
  • Dinasti Chin
Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho
(a) Petempatan awal
  • Berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar
  • Anyang merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho
  • Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
  • Di bandar ini, terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran
  • Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar
  • Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
  • Bandar ini juga dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani
(b) Organisasi sosial masyarakat Shang
  • Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
  • Lapisan bawah terdiri daripada petani yang membentuk sebahagian besar penduduk
  • Golongan petani mendiami kawasan luar bandar
  • Golongan artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
  • Gangsa digunakan untuk bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan
  • Disebabkan hanya golongan pembesar sahaja yang mampu miliki tentera dan senjata gangsa, mereka menggunakan keistimewaan ini untuk menundukkan golongan bawahan.
  • Golongan hamba ialah golongan paling bawah
  • Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang

(c) Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat Tamadun Hwang
  • Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing iaitu tentera berkuda dan tentera berjalan kaki
  • Petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan
  • Golongan artisan mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar
  • Golongan hamba sebagai tentera paksaan
  • Selain itu, golongan hamba digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan
  • Golongan hamba juga dijadikan korban dalam upacara penyembahan

(d) Sistem pemerintahan Dinasti Shang.
  • Sistem pemerintahan berbentuk beraja
  • Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara yang lebih muda atau anak lelaki raja
  • Raja mempunyai wibawa politik, ekonomi, sosial dan agama
  • Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
  • Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
  • Tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama
  • Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan yang berhak mentadbir wilayahnya
  • Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang


(e) Sistem pentadbiran Dinasti Chou
  • Raja-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah
  • Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
  • Raja Chou dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang
  • Menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal ehwal monarki dan undang-undang
  • Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal
  • Raja-Raja Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah
  •  Memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
  • Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang
  • Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan
 (f) Agama dan kepercayaan
  • Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politisme
  • Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
  • Mereka juga menyembah tuhan syurga(Shang Ti) dan tuhan bumi(tu),menyembah sungai, bukit dan gunung
  • Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik.tarian dan upacarakorban
  • Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh
  • Tulang oracle digunakan untuk meramal sesuatu keadaan
  • Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan
  • Rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian
  • Amalan ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China
  • Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea untuk mencipta tulisan.
  • Tulisan China berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol
  • Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanakkanak.
  • Bulan, matahari dan sungai

(g) Penciptaan Sistem Kalendar
  • Dicipta semasa Dinasti Shang.
  • 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
  • Untuk menentukan musim menanam dan menuai.
  • Untuk menjalankan aktiviti harian.
  • Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan /perburuan / pengkebumian.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho
(a) Bidang politik/pemerintahan
  • Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
  • Gelaran raja ditukar kepada maharaja
  • Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
  • Amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20
(b) Bidang ekonomi
  • Pembinaan sistem pengairan dengan membina terusan untuk mengairi
  • kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir
  • Kemajuan dalam teknologi pembajakan
  • Penciptaan cangkul dan sabit
  • Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
  • Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi

 (c) Sistem Tulisan
  • Berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
  • Pengunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan
  • Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah China
  • Terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun
(d) Bidang agama dan kepercayaan
  • Pemujaan roh nenek moyang
  • Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan mengikut kesesuaian masa
  • Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsure makanan , duit kertas dan barangan perhiasan
  • Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui diteruskan hingga ke hari ini
  • Orang China mempercayai alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada unsur saling melengkapi iaitu Yin dan Yang
  • Konsep Feng Hsui berlandaskan falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar
( e ) Sistem kalendar
  • Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
  • 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
  • Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
  • Untuk menjalankan aktiviti harian.
  • Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian.
(f) Pengamalan falsafah perang Sun Tzu
  • Karyanya the Art of War membincang kan selok belok perang dan cara menangani musuh dalam
  • pelbagai bahasa
  • Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
Tamadun India.
Ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik. ( Peranan pendidikan dalam Tamadun India)
  • Mementingkan keagamaan
  • Agama Hindu sebagai teras
  • Didominasi oleh kaum lelaki
  • Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan
  • Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
  • BahasaSanskrit merupakan medium pengajaran penting
  • Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitan veda
  • Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha
  • Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah
  • Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
  • Lahir university agama Buddha, iaitu Nalanda

Tujuan pendidikan
  • adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
  • Segala hukuman agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup
  • sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama
  • untuk capai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan,
  • Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains.
  • Pendidikan di India bertujuan untuk menambah ilmu
  • bertujuan mengatasi butahuruf
  • Pendidikan juga untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.

Aspek penekanan dalam pendidikan
  • Mementingkan keagamaan dan agama Hindu
  • Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
  • seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya veda yang mengandungi
  • peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama.
  • Mereka juga harus belajar karya sainstifik dan falsafah

Pusat dagangan dan pelabuhan di India.
  • Anga
  • Kalinga
  • Karusa.
Contoh pelabuhan penting
  • Tamralipti
  • Ghantashala,
  • Kadura
  • Broach
  • Chual
  • Kalyan
  • Cambay
Hasil dagangan di India.
  • senjata
  • gading gajah
  • emas
  • berlian
  • mutiara.
Perusahaan di India
  • pengeluaran tekstil
  • kain kapas
  • sutera.
  • barang emas
  • mutiara
  • batu permata.

Sresthin
  • persatuan perdagangan dan perusahaan
  • wujud disetiap bandar
  • contoh persatuan itu ialah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit
  • Matlamatnya untuk mengawal harga, kualiti barang, dan gaji pekerja.
  • Undang-undang telah digubal untuk mengawal persataun.
  • Pelaksanaan undang-undang telah diawasi oleh raja.

Cukai di India.
  • Diperkenalkan sejak Zaman Maurya
  • Hasil pertanian dan hasil buah-buahan
  • untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja

Negara yang menjalinkan hubungan dagangan dengan India.

  • Hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri langka, rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggra.
  • Sejak tahun 100M, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu.
  • Kemajuan yang dicapai dalam bidang perdagangan tamadun India.
  • Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan
  • Perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Maedonia,Sri langka, rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggara.
  • Pusat Perdagangan iaitu Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata,gading gajah, emas, berlian dan mutiara.
  • Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti
  • Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, kalian dan Cambay.
  • Di setiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai sresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.
  • Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
  • Raja menggubal undang-undang untuk mengawasi perjalanan persatuan perdagangan.
  • Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik dengan menggunakan mata sebagai medium jual beli.Contoh bentuk mata wang emas dan dikenalisebagai dinara, wang perak dan wang daripada cangkerang siput.
  • Terdapat sektor perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.
  • Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan Seperti hasil pertanian dan buah-buahan.
  • Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
  • Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah, dan besi.
  • Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi.

Tamadun China
Jenis kegiatan ekonomi zaman Dinasti Shang.
  • kemajuan dalam pertanian
  • perdagangan dalam negeri
  • perdagangan maritim,
  • perusahaan
  • pembentukan persatuan perniagaan.

Sumbangan Tamadun China dalam bidang pertanian.
  • Dalam bidang pertanian tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
  • Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan
  • kereta sorong beroda serta penyisir tanah.
  • Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
  • Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
  • Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal.
  • Kawalan terhadap banjir dengan pembinaan terusan.

Kesan perkembangan perusahaan dalam tamadun China.
  • Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi.
  • Perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di laur China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
  • Hasil dagangan dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melaluai Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang.
  • Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut.
  • Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan dalam negeri China sendiri.
  • Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.
  • Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan system perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.


BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
1. Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal
  • Dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takhluk di Asia Tenggara
  • Dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya
  • Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta
  • Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuaikandengan budaya tempatan
2. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal
  • Sistem beraja dengan penggunaan gelaran raja sebagai pemerintah
  • Raja berada dipuncak pemerintahan
  • Raja dibantu oleh kerabat diraja , pembesar , Brahmin
  • Raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
  • Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
  • Sesiapa yang melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak diampunkan
  • Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
  • Raja merupakan bayangan tuhan dan lahir konsep dewa-raja
  • Raja mempunyai kesaktian melalui mitos dan lagenda untuk memperkuat kedudukan
  • Untuk mengukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat
  • pertabalan raja yang dipimpin oleh golongan Brahmin
  • Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta iaitu orde kosmos

3. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian
i. Maksud monumen
  • Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu untuk memperingatiorang ternama atau peristiwa penting
  • Monumen boleh berupa candi/kuil/wat/stupa/arca/patung
ii. Kepentingan/fungsi/tujuan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara
  • Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
  • Sebagai rumah ibadat
  • Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
  • Tempat menyimpan patung dewa utama
  • Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
  • Melambangkan orde kosmos contoh Angkor Wat dan Candi Borobudur
iii. Contoh candi terkenal di Asia Tenggara
  • Candi Dieng di Jawa Tengah , Indonesia
  • Candi Borobudur di Jawa Tengah , Indonesia
  • Candi Prambanan di Jawa Tengah , Indonesia
  • Candi Angkor Wat di Kemboja
  • Candi Chaiya dan Yarang di Thailand
  • Candi Lembah Bujang di Kedah

iv. Patung agama
  • Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Buddha
  • Patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga meruapakan patung agama Buddha
  • Patung Drawapala dan Nabdiswara menjaga candi daripada dimasuki roh jaha
  • Melambangkan zaman penciptanya
  • Melambangkan salah satu pengaruh sama ada Amaravati , Gupta, Palava,
  • Pala atau Cola
  • Menunjukkan adunan dua tamadu iaitu India dan Asia Tenggara
  • Gaya India bergantung pada masa patung itu dibuat. Sekiranya dibuat antara abad ketiga hingga kelima Masihi , terdapatlah pengaruh Amaravati
  • Sekiranya dicipta abad kelima Masihi hingga abad ketujuh Masihi mewakili pengaruh zaman Dinasti Gupta
vi. Angkor Wat
  • Dibina untuk agama Hindu
  • Terletak enam km ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos
  • Tinggi 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar
  • Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat
  • Setiap sudut mempunyai menara
  • Bahagian luar terdapat tembok
  • Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata
vii. Candi Borobudur
  • Mewakili agama Buddha
  • Terbahagi kepada tiga tingkat yang melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila , samadhi dan panna
  • Setiap tingkat mempunyai patung stupa dan patung Buddha
  • Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
  • Dibina selama 75 tahun
4. Kepentingan Bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal Asia Tenggara
  • Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
  • mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undangundang
  • Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
  • Batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan ajaran Buddha
  • Inskripsi di Palembang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja
  • Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat
  • Bahasa keagamaan
  • bahasa yang digunakan dalam urusan pemerintahan
  • Mengalami penyesuaian dan berubah ke adalam bahasa Melayu seperti dosa, duka, Derhaka, manusia, pahala, rupa , sengsara dan huruf
  • Berkembang menjadi bahasa ilmu
  • Bahasa komunikasi
  • Memperkayakan bidang kesusasteraan seperti epik / puisi / prosa jawapenceritaan lisan dan teater


5. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesusasteraan
  • Kesusasteraan India melalui epik Ramayana , Mahabharata serta Puranas menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara
  • Pengaruh kesusasteraan India dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarma
  • Cerita-cerita dalam Epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit
  • Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsure tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa jaya dan Hikayat Sang Samba.
  • Hikayat Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama
,

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Tindakan / strategi / usaha Nabi Muhammad dalam penyebaran Islam
  • Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan Semenanjung Tanah Arab
  • Tidak memaksa memeluk Islam
  • Menggunakan diplomasi
  • Menunjukkan nilai-nilai yang baik
  • Menyeru memeluk Islam melalui warkah
  • Mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut
Sebab peperangan dibenarkan dalam Islam
  • Mempertahankan maruah diri
  • Mempertahankan agama
  • Mempertahankan negara
  • Dengan keizinan Allah
Contoh peperangan
  • Perang Badar 2H
  • Perang Uhud 3H
  • Perang Khandak 5H
  • Perang Tabuk 8H
Peperangan dalam Islam
  • Allah telah memberi keizinan untuk berperang
  • Setelah diserang oleh musuh
  • Mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga
  • Menjaga maruah negara
  • Tidak memusnahkan harta benda
  • Menentang kezaliman
  • Mempertahankan diri
  • Islam menganjurkan perdamaian
  • Di medan perang tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati
  • Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan
  • Akhlak tentera Islam mestilah mulia, saling bertolak ansur dan menunjukkan teladan yang baik
Perang Badar
  • Tawanan Arab Quraisy dalam perang Badar diampunkan
  • Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
  • Tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri
  • Tawanan lelaki yang berjaya mengajar 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai dibebaskan

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
KERAJAAN BANI UMAIYAH
Latar Belakang
  • Mengamalkan sistem warisan
  • ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun temurun / pemerintahan monarki
  • Diasaskan oleh Muawiyah Abu Sufyan
  • Selepas penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali – untuk mengelakkan perpecahan umat Islam
  • nama kerajaan mengambil nama sempena keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah Abdu Shams
  • terbahagi kepada dua tahap
  • tahap pertama berpusat di Damsyik
  • pemimpinnya memakai gelaran khalifah
  • tahap kedua berpusat di Cordova
  • pemimpinnya memakai gelaran amir

Pembaharuan Kerajaan Bani Umaiyah dalam sistem pentadbiran.

  • Sistem Khalifah iaitu pelantikan khalifah sebagai ketua pemerintah.
  • Sistem Wazarah iaitu pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran dibahagian kerajaan pusat.
  • Gabenor dilantik sebagai ketua pentadbiran wilayah.
  • Sistem urus setia.
  • Beberapa pegawai utama dilantik mengumpul rekod, mengurus surat menyurat.
  • Urusan pentadbiran dibahagi kepada bebarapa bahagian iaitubahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian polis, bahagian ketenteraan dan kehakiman.
  • Sistem Hijabah.
  • Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang ingin menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.
  • Wujud sistem pengurusan pentadbiran yang sistematik kerana setiap jawatan yang dibentuk jelas fungsinya.
  • Empat jabatan ditubuhkan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah.
  • Sistem ketenteraan diperkemaskan iaitu penubuhan Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jundi) untuk pertahanan Negara.
  • Penubuhan angkatan tentera darat dan laut.

Sumbangan dalam bidang sosial
  • Ilmu pengetahuan semakin maju
  • Kota Basrah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu
  • Lahir ilmuwan seperi Khalil ibn Ahmad , Sibawayhi , al Farazdaq , Jarir Umar ibn Abi Rabia’h dan Jamil al-Uzri
  • Bahasa Arab dijadikaan bahasa rasmi negara
  • Tanda bunyi dan baris diperkenalkan pada tulisan al Quran
  • Perkembangan ilmu agama
  • Taraf kesihatan turut diberi perhatian / pembinaan Hospital pertama di Damsyik
  • Pembinaan hospital kusta
  • Buku rujukan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
  • Perkembangan dalam bidang kimia
  • Perkembangan dalam bidang astronomi

Sumbangan dalam bidang perundangan
  • Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran,sunnah atau ijmak
  • Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak / bebas / tidak cenderung mana-mana aliran politik pemerintah
  • Hakim mestilah adil dalam penghakiman

Faktor-faktor kejatuhan
  • Rasa tidak puashati golongan mawali yang menganggap mereka telah didiskriminasikan
  • Mereka tidak diberi jawatan yang layak untuk mereka
  • Mereka dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi
  • Golongan mawali menyertai gerakan Abbasiyah menentang Bani Umaiyah
  • Para khalifah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat
  • Para khalifah mengabaikan ajaran Islam
  • Menentang pemilihan khalifah mengikut sistem warisan
  • Penentang golongan Syiah dan Khawarij

KERAJAAN BANI ABBASIYAH
Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah.

  • Kegemilangan ketika pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya Al-Makmun.
  • Kota Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu.
  • Karya-karya asing diterjemahkan dalam bahasa arab.
  • Karya falsafah dan sains Yunani diterjemahkan.
  • Khalifah Harun al-Rasyid mengasaskan Institusi Keilmuan iaitu Baitulhikmah.
  • Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap.
  • Tahap pertama iaitu mencatat idea atau percakapan.
  • Tahap kedua iaitu mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam buku.
  • Tahap ketiga iaitu mengarang.
  • Penglibatan golongan ulama dalam penulisan.dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, menyusun hadis dan sebagainya.
  • Imam Malik menyusun buku al-Muwatta
  • Ibn Ishaq penyusunan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.
  • Abu Hanifah penyusun fikah dan pendapat ijtihad.
  • Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad b Hanbal.
  • Terdapat pemisahan ilmu antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.
  • Terjemahan daripada bahasa sanskrit, suriani dan Yunani.
  • mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan dalam bahasa Arab
  • Menghurai dan menambahbaikan dengan memuatkan keterangan dan ulasan dalam karya.
  • Penubuhan pusat pengajian tinggi mempertingkatkan kegiatan penyelidikan.
  • Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah.
  • Hasil karya Islam diterjemahkan dalam bahasa asing.
  • perkembangan ilmu Islam menyebabkan masyarakatEropah mengalami Zaman Pemulihan Budaya iaitu Renaissance.


Faktor-faktor penyebaran Islam ke Eropah.
  • Pegangan akidah yang kukuh.
  • Memiliki akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.
  • Semangat Ghazi - semangat pahlawan yang tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran Islam.
  • Sistem Ketenteraan yang tersusun
  • Penggunaan senjata moden seperti meriam besar.
  • Mempunyai tentera berkuda.
  • kumpulan infantri yang kuat.
  • Kumpulan Janissari iaitu kumpulan elit yang terlatih dalam selok belok peperangan.
  • Mempunyai armada laut yang kuat.
  • Mempunyai 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan kawasan Laut Mediterranean.
  • Keadaan politik tidak stabil di Eropah.
  • Akibat pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan-kerajaan kecil memudahkan penyebaran Islam di Eropah.
  • Kejatuhan Kerajaan Byzantine memberi laluan untuk laluan untuk penyebar Islam.
  • Institusi gereja tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat.
  • Penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpin dan kekurangan wang dalam institusi gereja menyebabkan ramai penganut Kristian memeluk agama Islam.
  • Dasar politik dan hubungan keagamaan.
  • Menjalankan dasar berteraskan diplomasi dan toleransi.
  • Masyarakat Balkan tidak dipaksa memeluk Islam.
  • Kerajaan Uthmaniyah mengiktiraf kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodok.
  • Dasar Sosial Islam.
  • Menarik minat orang Kristian memeluk Islam.
  • Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan.
  • Sistem ini membolehkan individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya.
  • Kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan demi kemudahan rakyat.
  • Golongan sufi menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran menarik ramai orang Kristian memeluk Islam

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
1.Pengaruh Islam terhadap Ekonomi:
a) Perdagangan
Kegiatan perdagangan semasa Kesultanan Melayu Melaka.
  • Aktiviti perniagaan berkembang
  • Pedagang tempatan terlibat dengan rangkaian perdagangan Timur Barat
  • Menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur.
  • Wujud jawatan penting seperti syahbandar sebagai ketua pelabuhan
  • Wujud jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
  • Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan undang-undang perniagaan
  • Wujud sistem sukat dan timbang
  • Terdapat paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka
  • Urusan perdagangan menggunakan dua kaedah iaitu kaedahpertukaran barang dan
  • kaedah jual beli.


b) Mata Wang
Ciri - ciri yang terdapat pada mata wang di Johor pada abad ke 16.
  • Diperbuat daripada timah
  • Dikenali sebagai wang katun
  • Berbentuk bulat dan enam segi
  • Tidak mempunyai tarikh
  • Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.
  • Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun1527.
  • Mata wang emas ini dikenali kupang
  • Mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram) dan 40 grains(2.6 gram)
  • Ditulis dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah danyang mengeluarkan mata wang tersebut.
  • Di bahagian belakang pula tertulis gelaran Islam sultanberkenaan seperti Khalifatul Muslimin

c) Percukaian
  • Sistem percukaian pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Cukai paling asas ialah cukai tetap atau cukai import ditetapkanoleh pemerintah
  • Para pedagang dari India,Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6 peratus
  • Pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai sebanyak 5 peratus.
  • Barang seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.
  • Cukai diraja dikenakan terhadap orang asing yang menetap di Melaka
  • Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3 peratus.
  • Orang asing dari tempat-tempat lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6 peratus.

Pengaruh Islam mempengaruhi perkembangan ekonomi di negeri-negeri Melayu.

  • Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
  • Walau bagaimanapun,golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan .
  • Penegasan bersabit larangan amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang.
  • Pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta.
  • Kutipan zakat disimpan oleh baitulmal.
  • Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.
  • Harta ini akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara.

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH
( a) Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah
1. ZAMAN GELAP DI EROPAH
a) Maksud Zaman Gelap
  • Eropah mengalami zaman mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
  • merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam perdagangan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam kehidupan perbandaran


b) Ciri-ciri zaman gelap
Politik
  • Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran wilayah musnah
  • Berlaku huru-hara
  • Kemunculan golongan Baron
  • Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
  • Petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
  • Jika tidak mampu , mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan tanah
  • Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
  • Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
  • Pembentukan sistem feudal
  • Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak rajaa
  • Golongan pembesar mendapat naungan daripada pihak istana


Ekonomi
  • Kegiatan ekonomi terhad
  • Perdagangaan diganggu orang-orang Gasar seperti Viking dan Magyar
  • Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
  • Perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
  • Hanya menumpukan kepada kegiataan pertanian
  • Perniagaan secara kecil-kecilan
  • Perniagaan meneerusi sistem tukar barang
  • Penggunaan mataa wang dalam urusan peerdagangan terhad

Sosial
  • Sifat gereja yang mengongkong / memiliki kuasa / hartanah
  • Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama / keakhiratan
  • Kemerosotan kehidupan perbandaran
  • Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan


c) Ciri-ciri Zaman Kemuncak Pertengahan ( Perubahan- perubahan )
  • Gereja memainkan peranan sebagai institusi yang universal
  • Gereja menjadi ejen penyatuan
  • Peningkatan aktiviti pertanian
  • Kemunculan perdagangan
  • Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence
  • Lahirnya kelas pertengahan terdiri daripada artisan , pedagang, ahli perbankan
  • Status sosial berasaskan kekayaan bukan pemilikan tanah
  • Rakyat mula terlibat dalam urusan politik / memberi hak politik kepada rakyat
  • Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
  • Wujud hubungan antara rakyat dengan pemerintah


d) Persamaan sistem feudal di Eropah dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat
dalam masyarakat Melayu tradisional
  • Raja menjadi penaung dalam negara
  • Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
  • Raja mempunyai pembesar-pembesar
  • Pembesar-pembesar itu mendapat naungan daripada istana
  • Pembesar memberi khidmat kepada raja
  • Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar



2. GERAKAN REFORMATION
 (a) Maksud Reformation.
  • Suatu gerakan yang berlaaku di Eropah Barat pada abad ke 16
  • Berasal daripada perkataan reform yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik / membentuk sesuatu yang baru
  • Mempunyai kaitan dengan agama Kristian

(b) Tokoh gerakan Reformation
  • Martin Luther
  • Huldreich Zwingli
  • ohn Calvin


 ( c ) Faktor-faktor
  • Berlaku kepincangan , rasuah dan penyelewengan apabila Gereja Katolik meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
  • Menentang gaya hidup penguasa gereja Katolik yang mirip kepada gaya hidup pemerintah dan golongan bangsawan
  • Menentang gaya hidup penguasa yang tidak begitu mencerminkan kehidupan keagamaan
  • Menentang amalan institusi gereja Katolik yang menjual sijil Indulgences iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa
  • Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan cepat dan murah
  • Tindakan Martin Luther ,profesor ilmu teologi menentang amalan indulgences
  • Luther berpendapat dalam bidang pengibadatan,manusia harus bergantung kepada kekuatan rohaninya
  • Kejayaan gerakan ini didorong oleh penyebaran mazhab protestant

( d ) kesan gerakan Reformation.



  • Agama Kristian terpecah kepada dua mazhab utama iaitu Katolik dan Protestan
  • Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
  • Dalam jangka masa panjang timbul sikap toleransi antara penganut berbagai mazhab Kristian dari segi mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka
  • Kuasa institusi gereja telah dicabar secara terbuka
  • Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki baru semakin kurang
  • Monarki baru ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom
  • Raja England ( Raja Henry VIII ) telah membebaskan diri daripada Paus di Rom 
  • Mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican


BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP
EKONOMI NEGARA
1. Maksud ekonomi dagangan

  •  pertanian dan perlombongan melibatkan lebihan pengeluaran
  •  pengeluaran dalam skala besar
  • gunakan sumber tenaga buruh yang banyak
  •  modal yang besar
  •   teknologi yang lebih tinggi
  •  pemasaran lebih tinggi

2. Faktor-faktor yang mendorong buruh Cina dan India datang ke Tanah
Melayu.



  • galakan kerajaan British
  • Penghijrahan mereka tidak ditentang oleh pembesar Melayu
  • Wujud hubungan tradisi antara kerajaan India dengan Tanah Melayu
  •  Kepesatan ekonomi Tanah Melayu
  • Kestabilan politik
  • kemakmuran Tanah Melayu


4. Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

  •  tidak terdapat kesepaduan kaum menyulitkan proses perpaduan kaum
  • Lokasi orang Melayu di bandar, ,India di ladang,, dan C ina di bandar
  •  pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
  •  perbezaan bahasa pertuturan
  •  kehidupan sosial yang berbeza
  •  menggunakan bahasa ibunda

5. Kesan-kesan daripada penigkatan jumlah kemasukan Imigran India dan
Cina ke Tanah Melayu.

  • pembentukan masyarakat majmuk
  • wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum
  •  jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
  •  penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
  •  tidak terdapat interaksi antara kaum
  •  Tidak ada perpaduan antara kaum



seSemoga anda mendapat kejayaan yang baik dan cemerlang Sejarah dalam SPM2011.

No comments: