Tuesday, November 5, 2013

CONTOH 4 KERTAS 3 SEJARAH 2013

CONTOH 4

SOALAN KBKK.

MENJANA IDEA
Sebagai wargenegara yang cintakan keamanan, nyatakan harapan anda kepada pemimpin supaya keamanan serantau berkekalan?

Jawapan  :
Saya mengharapkan agar pengharaman penggunaan senjata nuklear dikalangan negara-negara maju  dikuatkuasakan secara serta merta. Perlumbaan senjata nuklear dikalangan negara-negara maju dihentikan. Peperangan yang melibatkan kematian ramai nyawa yang tidak berdosa dihentikan dan kuasa-kuasa barat juga perlu mengelakkan peperangan tercetus. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. 

Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta menolak gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. 

Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman. Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat.  


TERANGKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA SERANTAU DAN BAGAIMANA NEGARA KITA MENGATASI CABARAN TERSEBUT.
 Cabaran
Antara cabaran yang dihadapi oleh Negara-negara serantau ialah persengketaan akibat salah faham dikalangan Negara anggota.Selain itu Malaysia terpaksa berkongsi kepentingan atau sempadan seperti pencerobohan nelayan asing dalam perairan Negara dan isu keselamatan maritime seperti tuntutan bertindih antara beberapa  Negara jiran seperti di selat Melaka, diperairan Johor,diperairan Gugusan Semarang Peninju (spratlys ), diperantauan Sulawesi dan juga ancaman penyusupan melalui Laut sulu oleh kumpulan militant Abu Sayaf.Selain itu juga kemasukan pendatang asing tanpa izin untuk mencari peluang pekerjaan yang membawa kepada perkampungan haram. 

Negara serantau juga menghadapi masalah gejala rasuah,penyeludupan dadah,pemerdagangan manusia ,masalah kemiskinan dan masalah pengangguran.Cabaran seterusnya ialah nilai mata wang turun naik,teknologi atau kemudahan ICT terhad serta menghadapi persaingan dari Negara-negara maju danpeluang menembusi pasaran antarabangsa.

 Langkah

Antara langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran diatasi ialah Negara meningkatkan keupayaan dalam aspek keselamatan dan juga pertahanan maritime bagi mengelakkan pencerobohan  nelayan asing dalam perairan Malaysia.Langkah kedua, merealisasikan wawasan 2020 untuk melahirkan modal insane yang berkualiti. seterusnya menjayakan konsep 1 Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum. 

Seterusnya, peranan masyarakat penting dalam bersama-sama mengatasi gejala social seperti penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan manusia.Malaysia telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke  Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia lain.Untuk mengatasi masalah ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti dalam bidang perkapalan dan penerbangan.Selain itu juga pertukaran maklumat, teknik kepakaran. Malaysia juga telah menggalakkan pelancongan untuk meningkatkan ekonomi Negara serta menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Malaysia.Terdapat juga pertukaran tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti Malaya.Penubuhan ZOPFAN  dan  Perjanjian SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari nuclear.Akhir sekali menguatkuasakan Undang-undang untuk mengekalkan keamanan dan kedaulatan Negara.


***Perhatian
Jika ada soalan yang bertanyakan cabaran dan langkah...hendaklah buat dua perenggan yang berasingan iaitu satu untuk Cabaran dan satu lagi untuk Langkah mengatasi cabaran. 

No comments: