Wednesday, July 20, 2011

TEKNIK INGAT FAKTA 2

Kebanyakan pelajar kurang suka membuat nota sejarah kerana terlalu banyak fakta. Situasi ini menjadikan pelajar enggan membuat nota, bahkan hanya menggariskan dan menandakan sahaja fakta tersebut pada buku teks. Cara slash (/) adalah cara mudah untuk pelajar menghafal kerana jawapan telah dipendekkan, apabila tiba peperiksaan pelajar sendiri boleh menghuraikannya menggunakan ayat sendiri. Cara ini ditunjukkan setelah jawapan lengkap dalam bab 1. Pelajar boleh membuat nota mengikut cara yang ditunjukkan tersebut dan mengikut panduan dari semasa ke semasa oleh guru sejarah anda. Jangan takut dan bimbang akan kesalahan bahasa kerana di dalam subjek sejarah pengolahan jawapan hanya menggunakan bahasa yang mudah tetapi mesti ada fakta, huraian dan contoh . (Formula : IHC).


Tajuk 1.1: Imperialisme Barat di Asia Tenggara

1.1Keistimewaan rantau Asia Tenggara serta perkembangan yang berlaku di Eropah telah mendorong kuasa-kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme mereka untuk menguasai ekonomi kawasan tersebut.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 3 )
• Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya
( dasar/Negara/pengaruh/wilayah)
• Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
(jajah/kepentingan)

(b) Senaraikan dua keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialis Barat menjalankan dasar imperialismenya di rantau tersebut. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 5 )
 Kedudukannya strategik antara China dengan India (strategic/China/India)
 Dekat dengan kawasan pasaran di India dan China (dekat/pasaran)
 Tanah yang subur (tanah/subur)
 Kaya dengan bahan mentah (kaya/bahan mentah)

Tajuk : 1.3 Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme ? (Ruj: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 14)
• perasaan cinta akan Negara ( cinta/Negara)
• yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air (gerakan/bebas/tanah air)
• dalam segi politik, ekonomi dan kebudayaan asing. (politik/kbudayaan asing)
(d) Nyatakan kepentingan sistem perhubungan dan pengangkutan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. (Ruj: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 17)
• Telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis
(telefon/telegraf/hubung/nasionalis)
• Jalan kereta api dan jalan raya menghubungkan kawasan yang dulunya terpisah
(keretapi/jalanraya/hubung/kawasan/terpisah)
• Memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan berbincang
(rakyat/pemimpin/bertemu)

No comments: