Tuesday, July 26, 2011

Pelancaran Bulan Pengisian Kemerdekaan

Pada 26 hb Julai (Selasa) telah diadakan pelancaran Bulan Pengisian Kemerdekaan.
Sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan tersebut, telah diadakan program Hari Satu Malaysia;


HARI SATU MALAYSIA
Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan SMK St.Thomas, Panitia Sejarah dan Pend. Moral akan mengadakan Hari Satu Malaysia pada 26 Julai 2011 (Hari Selasa). Oleh yang demikian, bagi pengisian hari tersebut kerjasama dari semua guru dan pelajar amat diperlukan. Berikut adalah beberapa perkara penting dalam menjayakan Hari Satu Malaysia dan Bulan Kemerdekaan. Sila maklumkan kepada semua pelajar dan satu salinan edaran akan diberi bersama salinan guru, untuk dipamerkan pada papan notis kelas.

Sila pastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan tersebut di bawah. Kerjasama semua guru diucapkan jutaan terima kasih.

PERATURAN-PERATURAN
HARI SATU MALAYSIA,
26 Julai 2011 (Selasa).
• Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar, capal, sandal
• Pelajar tidak dibenarkan memakai ‘cawat’
• Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata / seksi
• Sekiranya pelajar tidak mempunyai pakaian Kebangsaan / Tradisional, maka pelajar dikehendaki memakai pakaian yang kemas, iaitu menggunakan kemeja sama ada berlengan panjang atau pendek.
• Pelajar tidak dibenarkan memakai T-Shirt.
• Pelajar tidak dibenarkan memakai aksesori-aksesori yang ‘berat’ misalnya anting-anting panjang, rantai, dan tidak boleh memakai ‘make-up’bagi pelajar perempuan.
• Pelajar perempuan tidak dibenarkan menggunakan kasut bertumit tinggi .
• Pelajar tidak dibenarkan membawa kamera. Namun jika ada kelas yang mahu bergambar maka permintaan untuk mengambil gambar daripada Cikgu Yusof.
• Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian Cheong-Sam yang mempunyai ‘belah’ yang terlalu tinggi.
• Pelajar-pelajar tidak boleh menggunakan seluar jeans/baju jeans.

PERHATIAN

 Pihak penganjur ada menyediakan hadiah kepada pelajar yang memakai baju Kebangsaan/Tradisional dengan kemas, lengkap, bersopan dan unik.
 Untuk tujuan itu, pihak penganjur akan memilih pelajar sewaktu perhimpunan dan di dalam kelas. Oleh yang demikian, sewaktu penilai/guru masuk ke kelas, pelajar sudah semestinya berpakaian kemas. (Contoh : jika menggunakan baju Melayu – pelajar hendaklah lengkap dengan songkok dan samping)
 Pelajar yang berpakaian lengkap dan kemas ini akan diambil gambar untuk ditampal pada papan notis kelab Sejarah dan dimasukkan ke dalam Blog Panitia Sejarah.
 Pada tahun ini juga, pihak penganjur turut memberi hadiah kepada guru-guru yang turut memeriahkan program satu Malaysia dengan memakai pakaian kebangsaan yang unik dan lengkap.

“We are global citizens”

Sekian, terima kasih

No comments: