Sunday, July 17, 2011

Mari kita belajar konsep Sejarah.

KONSEP SEJARAH

Apakah maksud "Sejarah"?

Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau - Kamus Dewan 

Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya – Herodotus (Bapa Sejarah Dunia)
Sejarah membawa kita mengenali jati diri / asal usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara - Prof. Dato’ Dr. Muhammad Yusuff Hashim (ahli sejarah)



Mengapa perlu belajar sejarah?
• Melahirkan masyarakat yang memahami dan mengenali bangsa
• Melahirkan rasa bangga dan cintakan negara
• Menjadi iktibar dan panduan dalam kehidupan
• Mendorong ke arah kemajuan dan kejayan
• Menghargai dan menyanjung sumbangan pemimpin dan orang yang berjasa kepada negara
• Mencontohi kejayaan bangsa dan negara yang telah maju


Konsep sejarah


Sumber Pertama
  • Sumber Primer-bahan asal yang pertama / yang utama
  • Bahan asal yang belum diolah oleh sejarawan 
  • Gambar, peta, manuskrip, majalah sezaman, surat khabar sezaman, artifak, fosil, karya asal, dan orang sumber yang terlibat secara langsung
  • Tulisan (bahan rasmi, umum, persendirian)• Lisan (rasmi, tidak rasmi)• Pembuatan (artifak, tanah, arkeologi)



Sumber Kedua
  • Sumber Sekunder – bahan yang kedua / tidak lagi utama
  • Sumber pertama yang telah diolah oleh sejarawan / penulis lain.



Zaman Paleolitik

  • Nama lain - Zaman Batu Awal Petempatan awal
  • 35,000 tahun dahulu - Kota Tampan (Perak) - Gua Niah (Sarawak) - Tingkayu (Sabah)Kediaman utama
  • Dalam gua batu kapur
  • Kemahiran - Menggunakan dan mencipta alat-alat daripada batu untuk memburu binatang dan mempertahankan diri
Zaman Mesolitik


  • Nama lain - Zaman Batu Pertengahan Petempatan awal
  • Banyak kawasan ditenggelami air - Selat Melaka, Selat Sunda, Laut China Selatan, Laut Jawa, dan lautan lain di Gugusan Kepulauan Melayu mula wujud -Gua Musang (Kelantan) Gua Kecil (Pahang) ,Gua Kepah (Kedah) ,Gua Madai (Sabah)
  • Kemahiran - Mengguna alat-alat batu yang lebih baik buatannya berbanding orang zaman paleolitik, memburu, memungut hasil hutan, menangkap ikan dan bercucuk tanam
Zaman Neolitik

  • Nama lain - Zaman Batu Baru Petempatan awal
        • Gua Cha (Kelantan)
        • Gua Kelawar (Perak)
        • Bukit Tengkorak (Sabah)
  • Kemahiran
       • Mencipta alat tembikar dihiasi dengan ukiran tertentu
       • Mahir dlm berinteraksi sesama sendiri melalui jalan air jalan darat

Zaman Logam

  • Nama lain - Zaman Gangsa – Besi 
  • Petempatan awal - 2,500 tahun dahulu 
       - Sg. Tembeling (Pahang)
       - Batu Buruk (Terengganu)
       - Pagoh (Johor)
  • Kemahiran
        • Mencipta peralatan yang diperbuat daripada logam seperti loceng gangsa
        • Mula menjalankan kegiatan perdagangan antara kawasan

No comments: