Saturday, July 30, 2011

CERAMAH SEJARAH 940/2. 29 JULAI 2011

SEMUA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS DAN 6 RENDAH BOLEH MENDAPATKAN BAHAN CERAMAH DARIPADA SAYA DENGAN MEMBAWA PENDRIVE.

Tuesday, July 26, 2011

PERASMIAN BLOG PANITIA SEJARAH

Oleh : Encik Wong Hiong Foo (Pengetua, SMK St Thomas)

Tarikh :26 Julai 2011

Masa :8.30 pg

Tempat :Dewan Datuk James Wong Kim Min, SMK St Thomas.




Pelancaran Bulan Pengisian Kemerdekaan

Pada 26 hb Julai (Selasa) telah diadakan pelancaran Bulan Pengisian Kemerdekaan.
Sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan tersebut, telah diadakan program Hari Satu Malaysia;


HARI SATU MALAYSIA
Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan SMK St.Thomas, Panitia Sejarah dan Pend. Moral akan mengadakan Hari Satu Malaysia pada 26 Julai 2011 (Hari Selasa). Oleh yang demikian, bagi pengisian hari tersebut kerjasama dari semua guru dan pelajar amat diperlukan. Berikut adalah beberapa perkara penting dalam menjayakan Hari Satu Malaysia dan Bulan Kemerdekaan. Sila maklumkan kepada semua pelajar dan satu salinan edaran akan diberi bersama salinan guru, untuk dipamerkan pada papan notis kelas.

Sila pastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan tersebut di bawah. Kerjasama semua guru diucapkan jutaan terima kasih.

PERATURAN-PERATURAN
HARI SATU MALAYSIA,
26 Julai 2011 (Selasa).
• Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar, capal, sandal
• Pelajar tidak dibenarkan memakai ‘cawat’
• Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata / seksi
• Sekiranya pelajar tidak mempunyai pakaian Kebangsaan / Tradisional, maka pelajar dikehendaki memakai pakaian yang kemas, iaitu menggunakan kemeja sama ada berlengan panjang atau pendek.
• Pelajar tidak dibenarkan memakai T-Shirt.
• Pelajar tidak dibenarkan memakai aksesori-aksesori yang ‘berat’ misalnya anting-anting panjang, rantai, dan tidak boleh memakai ‘make-up’bagi pelajar perempuan.
• Pelajar perempuan tidak dibenarkan menggunakan kasut bertumit tinggi .
• Pelajar tidak dibenarkan membawa kamera. Namun jika ada kelas yang mahu bergambar maka permintaan untuk mengambil gambar daripada Cikgu Yusof.
• Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian Cheong-Sam yang mempunyai ‘belah’ yang terlalu tinggi.
• Pelajar-pelajar tidak boleh menggunakan seluar jeans/baju jeans.

PERHATIAN

 Pihak penganjur ada menyediakan hadiah kepada pelajar yang memakai baju Kebangsaan/Tradisional dengan kemas, lengkap, bersopan dan unik.
 Untuk tujuan itu, pihak penganjur akan memilih pelajar sewaktu perhimpunan dan di dalam kelas. Oleh yang demikian, sewaktu penilai/guru masuk ke kelas, pelajar sudah semestinya berpakaian kemas. (Contoh : jika menggunakan baju Melayu – pelajar hendaklah lengkap dengan songkok dan samping)
 Pelajar yang berpakaian lengkap dan kemas ini akan diambil gambar untuk ditampal pada papan notis kelab Sejarah dan dimasukkan ke dalam Blog Panitia Sejarah.
 Pada tahun ini juga, pihak penganjur turut memberi hadiah kepada guru-guru yang turut memeriahkan program satu Malaysia dengan memakai pakaian kebangsaan yang unik dan lengkap.

“We are global citizens”

Sekian, terima kasih

Monday, July 25, 2011

Negara Persekutuan

Negara Persekutuan. Rancangan ini menjelaskan konsep dan sistem negara persekutuan, mengenai pembahagian kuasa antara persekutuan dan negeri.



Sila klik link dibawah:

RANCANGAN TAHUNAN TINGKATAN 6

RPT SEJ 2F.6

RANCANGAN TAHUNAN 6

RPT SEJ 2F.6

RANCANGAN TAHUNAN TINGKATAN 5

Rancangan Tahunan Sejarah(t.5)

RANCANGAN TAHUNAN TINGKATAN 4

Rancangan Tahunan(Sejarah t.4)

PPROGRAM DALAM BULAN KEMERDEKAAN

Pameran sempena Bulan Pengisian Kemerdekaan 2011 akan diadakan bermula pada awal Ogos. Pameran tersebut diadakan oleh Kelab PerpustakaaN yang bertempat di Perpustakaan.
Jadual melawat Pameran akan diedarkan kemudian.

JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA GURU PENASIHAT KELAB PERPUSTAKAAN :

CIKGU NILAWATI
CIKGU RAINI
CIKGU NURANIZAM
CIKGU IMAH

Friday, July 22, 2011

BELAJAR MENGGUNAKAN E-TUISYEN - NEGARA PERSEKUTUAN

Negara Persekutuan. Rancangan ini menjelaskan konsep dan sistem negara persekutuan, mengenai pembahagian kuasa antara persekutuan dan negeri.
SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH;






http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1287648439202127#vidlist

Thursday, July 21, 2011

e-tUISYEN Penyusupan dan kegiatan komunis di negara kita. Bahagian 1

Penyusupan dan kegiatan komunis di negara kita. Bahagian 1: "* Rancangan ini menerangkan mengenai perkembangan ideologi komunis di negara kita dan bagaimana pihak Komunis cuba menggulingkan sistem pemerintahan yang sedia ada untuk digantikan dengan Republik Komunis Malaya. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1287648439202127"

Wednesday, July 20, 2011

TEKNIK INGAT FAKTA 2

Kebanyakan pelajar kurang suka membuat nota sejarah kerana terlalu banyak fakta. Situasi ini menjadikan pelajar enggan membuat nota, bahkan hanya menggariskan dan menandakan sahaja fakta tersebut pada buku teks. Cara slash (/) adalah cara mudah untuk pelajar menghafal kerana jawapan telah dipendekkan, apabila tiba peperiksaan pelajar sendiri boleh menghuraikannya menggunakan ayat sendiri. Cara ini ditunjukkan setelah jawapan lengkap dalam bab 1. Pelajar boleh membuat nota mengikut cara yang ditunjukkan tersebut dan mengikut panduan dari semasa ke semasa oleh guru sejarah anda. Jangan takut dan bimbang akan kesalahan bahasa kerana di dalam subjek sejarah pengolahan jawapan hanya menggunakan bahasa yang mudah tetapi mesti ada fakta, huraian dan contoh . (Formula : IHC).


Tajuk 1.1: Imperialisme Barat di Asia Tenggara

1.1Keistimewaan rantau Asia Tenggara serta perkembangan yang berlaku di Eropah telah mendorong kuasa-kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme mereka untuk menguasai ekonomi kawasan tersebut.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 3 )
• Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya
( dasar/Negara/pengaruh/wilayah)
• Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
(jajah/kepentingan)

(b) Senaraikan dua keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialis Barat menjalankan dasar imperialismenya di rantau tersebut. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 5 )
 Kedudukannya strategik antara China dengan India (strategic/China/India)
 Dekat dengan kawasan pasaran di India dan China (dekat/pasaran)
 Tanah yang subur (tanah/subur)
 Kaya dengan bahan mentah (kaya/bahan mentah)

Tajuk : 1.3 Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme ? (Ruj: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 14)
• perasaan cinta akan Negara ( cinta/Negara)
• yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air (gerakan/bebas/tanah air)
• dalam segi politik, ekonomi dan kebudayaan asing. (politik/kbudayaan asing)
(d) Nyatakan kepentingan sistem perhubungan dan pengangkutan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. (Ruj: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 17)
• Telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis
(telefon/telegraf/hubung/nasionalis)
• Jalan kereta api dan jalan raya menghubungkan kawasan yang dulunya terpisah
(keretapi/jalanraya/hubung/kawasan/terpisah)
• Memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan berbincang
(rakyat/pemimpin/bertemu)

Sunday, July 17, 2011

Konsep Sejarah

Malayan Union
  • Sistem pemerintahan baru British selepas Pentadbiran Tentera British(BMA) dibubarkan.
  • Untuk menubuhkannya British menghantar Mac Michael untuk mendapatkan persetujuan Sultan dengan mengugut.


Jus Soli
  • Jus Soli ialah kewarganeraan yang diberikan oleh British kepada orang bukan melayu.
  • Ini untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk untuk membentuk Malayan Union.
Umno
  • Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO)
  • Tujuan penubuhan ialah untuk menyatukan orang melayu untuk menentang Malayan Union
  • Ketua Dato’ Onn bin Ja’afar
  • Ditubuhkan selepas keputusan dan ketetapan Kongres Melayu Se-Malaya yang diadakan di Kelab Sulaiman, Kuala Lumpur.


Mari kita belajar konsep Sejarah.

KONSEP SEJARAH

Apakah maksud "Sejarah"?

Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau - Kamus Dewan 

Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya – Herodotus (Bapa Sejarah Dunia)
Sejarah membawa kita mengenali jati diri / asal usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara - Prof. Dato’ Dr. Muhammad Yusuff Hashim (ahli sejarah)



Mengapa perlu belajar sejarah?
• Melahirkan masyarakat yang memahami dan mengenali bangsa
• Melahirkan rasa bangga dan cintakan negara
• Menjadi iktibar dan panduan dalam kehidupan
• Mendorong ke arah kemajuan dan kejayan
• Menghargai dan menyanjung sumbangan pemimpin dan orang yang berjasa kepada negara
• Mencontohi kejayaan bangsa dan negara yang telah maju


Konsep sejarah


Sumber Pertama
  • Sumber Primer-bahan asal yang pertama / yang utama
  • Bahan asal yang belum diolah oleh sejarawan 
  • Gambar, peta, manuskrip, majalah sezaman, surat khabar sezaman, artifak, fosil, karya asal, dan orang sumber yang terlibat secara langsung
  • Tulisan (bahan rasmi, umum, persendirian)• Lisan (rasmi, tidak rasmi)• Pembuatan (artifak, tanah, arkeologi)



Sumber Kedua
  • Sumber Sekunder – bahan yang kedua / tidak lagi utama
  • Sumber pertama yang telah diolah oleh sejarawan / penulis lain.



Zaman Paleolitik

  • Nama lain - Zaman Batu Awal Petempatan awal
  • 35,000 tahun dahulu - Kota Tampan (Perak) - Gua Niah (Sarawak) - Tingkayu (Sabah)Kediaman utama
  • Dalam gua batu kapur
  • Kemahiran - Menggunakan dan mencipta alat-alat daripada batu untuk memburu binatang dan mempertahankan diri
Zaman Mesolitik


  • Nama lain - Zaman Batu Pertengahan Petempatan awal
  • Banyak kawasan ditenggelami air - Selat Melaka, Selat Sunda, Laut China Selatan, Laut Jawa, dan lautan lain di Gugusan Kepulauan Melayu mula wujud -Gua Musang (Kelantan) Gua Kecil (Pahang) ,Gua Kepah (Kedah) ,Gua Madai (Sabah)
  • Kemahiran - Mengguna alat-alat batu yang lebih baik buatannya berbanding orang zaman paleolitik, memburu, memungut hasil hutan, menangkap ikan dan bercucuk tanam
Zaman Neolitik

  • Nama lain - Zaman Batu Baru Petempatan awal
        • Gua Cha (Kelantan)
        • Gua Kelawar (Perak)
        • Bukit Tengkorak (Sabah)
  • Kemahiran
       • Mencipta alat tembikar dihiasi dengan ukiran tertentu
       • Mahir dlm berinteraksi sesama sendiri melalui jalan air jalan darat

Zaman Logam

  • Nama lain - Zaman Gangsa – Besi 
  • Petempatan awal - 2,500 tahun dahulu 
       - Sg. Tembeling (Pahang)
       - Batu Buruk (Terengganu)
       - Pagoh (Johor)
  • Kemahiran
        • Mencipta peralatan yang diperbuat daripada logam seperti loceng gangsa
        • Mula menjalankan kegiatan perdagangan antara kawasan

Saturday, July 9, 2011

Bahan Pengajaran dan pembelajaran

Latihan Sejarah tingkatan 5 , Bab 1
Sila klik di sini

Thursday, July 7, 2011

Pembentangan topik tg 5 oleh pelajar sejarah.

lagi pembentangan topik tg 5 oleh pelajar.
Untuk memuat turun, sila klik gambar di bawah;

Wednesday, July 6, 2011

Pembentangan pelajar sejarah.

Dikongsikan di sini  hasil pembentangan pelajar sejarah Tg 5, SMK St Thomas, Kuching.

Pengurusan Nota

Mengurus nota dengan kemas dan berkesan sangat perlu untuk menarik minat pelajar untuk membaca dan mengulangkaji pelajaran. Namun seringkali pelajar kurang boleh membuat nota dengan berkesan. Malah didapati pelajar suka membuat nota secara konvensional. Sila lihat panduan pengurusan nota yang dimuatkan ini. Semoga semua pelajar mendapat ilmu dalam pengurusan nota yang berkesan.

Modul mudah lulus sejarah

Bahan pembelajaran sejarah tingkatan 4, Sila klik gambar di bawah untuk memuat turun bahan pembelajaran ini.

Analisis Pep SPM Kertas 2 Sejarah.

Berikut merupakan analisis Sejarah SPM kertas 2 (1249/2). Di harap analisis ini dapat membantu pelajar membuat ulangkaji secara terancang dan sistematik.

Analisis Pep SPM Kertas 1 Sejarah.

Ulangkaji subjek sejarah akan lebih mantap dan lengkap sekiranya anda membuat analisis soalan SPM setiap tahun. Untuk mempermudahkan anda, sila klik analisis yang telah dibuat pada link ini; sila
klik di sini

Sukatan Pelajaran Sejarah

Untuk lebih mendalami apa itu Sejarah dan sukatan pelajaran bagi subjek sejarah di Malaysia, anda boleh klik gambar di bawah untuk membaca atau memuat turun Sukatan Pelajaran Sejarah 2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2000.

Kandungan Sukatan Pelajaran seperti definisi sejarah, matlamat pendidikan Sejarah dan objektif kurikulum Sejarah amatlah berguna supaya pelajar menyedari kepentingan subjek ini.

Study hard study smart! :)

Ujian Sejarah Tingkatan 5

Sekolah kami, SMK St. Thomas telah mengadakan Ujian 1 pada bulan Februari dan Ujian 2 pada bulan April yang lepas untuk memperkasakan lagi subjek Sejarah Tingkatan 5 dalam kalangan murid-murid.

Di sini kami sertakan pautan untuk membaca atau memuat turun dokumen peperiksaan tersebut untuk dikongsi bersama.


Klik di sini untuk membuka soalan Ujian 1 Sejarah Tingkatan 5
Klik di sini untuk membaca atau memuat turun peraturan pemarkahan (skema jawapan) untuk ujian tersebut.

Klik di sini untuk membuka soalan Ujian 2 Sejarah Tingkatan 5
Klik di sini untuk membaca atau memuat turun peraturan pemarkahan (skema jawapan) untuk ujian tersebut.

Sila Klik Imej di bawah untuk melihat Ujian 3





Sila Klik di Sini untuk Skema Jawapan
http://www.scribd.com/doc/60887063/UJIAN-3-julai

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk meningkatkan ilmu sejarah yang sedia ada.
Selamat belajar! :)

Skema Jawapan

Seperti yang telah dimaklumkan pada entri sebelum ini, skema jawapan untuk Peperiksaan Penggal 1 Sejarah Tingkatan 5, 2011 diberikan pada entri kali ini. Keputusan peperiksaan amatlah memberangsangkan dan di sini kami ingin berkongsi kertas peperiksaan dengan anda.


Sila klik DI SINI untuk membaca atau memuat turun peraturan pemarkahan (skema jawapan) untuk ujian tersebut.


Study hard, study smart! :)

Tuesday, July 5, 2011