Wednesday, July 25, 2012


       LAHIRNYA BENDERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

B
endera PTM mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. Bendera ini telah diilhamkan melalui satu pertandingan khas mencipta Bendera PTM. Pertandingan untuk mencipta bendera ini telah diiklankan melalui suratkhabar tempatan antaranya The Malay Mail bertarikh 10 Ogos 1949. Sebanyak 373 ciptaan telah diterima oleh pihak penganjur pertandingan.

        Daripada jumlah 373, hanya 3 bendera telah dipilih dan telah dipersembahkan kepada Raja-raja Melayu untuk pemilihan. Akhirnya Bendera ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah telah berjaya memenenagi pertandingan cipta Bendera PTM.


S
etelah berkibar megah sejak 50 tahun yang lalu, Bendera Malaysia telah mencatatkan sejarah apabila ia diberi nama khas, JALUR GEMILANG satu nama yang amat sesuai untuk diabadikan oleh rakyat Malaysia.

·        Lambang Jalur Pada JALUR GEMILANGmenggambarkan satu laluan yg lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat di Negara ini.

·        Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan Negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikan imej Negara.

·        Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan , keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, warna biru melambangkan perpaduan hidup yg rukun dan damai, manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

No comments: