Peristiwa 13 Mei 1969
1.0
Pengenalan
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah
yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku
secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan
suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut
menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah
Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan
diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan
antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan
kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera
amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada
persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan
British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan
satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan
antara kaum di Malaysia.
2.0
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling
tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina.
Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan
kembali parut yang telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya
lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi
seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua. Hubungan antara orang Melayu dan
Cina sejak berabad lamanya ibarat ‘tidur sekatil tetapi mimpinya berlainan’
(Siew Chang Yee, 2007). Antara punca konflik adalah:
2.1 Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu
telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan
dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.
Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam
ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara
orang-orang Melayu dan Cina.
2.2 Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh
dasar “pecah dan perintah” yang
diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah
Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan
yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari
sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di
bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong
sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam
ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi
lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang.
Dasar ini dilakukan
oleh British untuk
mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum
yang dikhuatiri akan
mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu
terdiri dari petani
dan nelayan di
kampung, masyarakat cina pula
telah mewarisi perniagaan
secara turun temurun dan
tinggal di bandar
manakala masyarakat india
bekerja sebagai penoreh dan
tinggal di estet. Dasar
ini telah berjaya
direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik
yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang
tinggal dalam kelompok
masing-masing. Kesannya,
interaksi antara kaum
hanya terbatas di
pejabat dan pasar
sahaja. Ini melahirkan perasaan
prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13
Mei 1969.
Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat
antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama
ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa
mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara
telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang
itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap
pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam
masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini
akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang
sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum
tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar
belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
2.3 Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah
dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal
ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum
merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina,
India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang
tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan
India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks
dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India.
Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia
wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan
India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
Sebelum
Malaysia memiliki sistem pendidikan
Nasional, wujud empat
aliran pendidikan yang berlainan
iaitu aliran inggeris,
melayu, cina dan
india yang mengambil silibus
pembelajaran berbeza yang
menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah
menyebabkan timbulnya pelbagai masalah
yang memberi impak
buruk dalam pembentukan kaum di
Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar
pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar
dilakukan.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini
kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun
Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan
perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak
menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan .
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir
bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi,
termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin
Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti
Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah
mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada
18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat
reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah
mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana
pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya
mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan
Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah
menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej
Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah
memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba
bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa.
2.4 Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir)
atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada
persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan
menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila
pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang
. Bagaimanapun setelah Tunku membuat
perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,
maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya
dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan
kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera
orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung
orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini
. Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan
Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat
Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang
Malaysia " (Malaysian Malaysia)
dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah
bercanggah sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan
hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui
oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya
menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat
. Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan
ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di
belakang. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan
kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya
membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti
pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah
mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu
dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang
ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS .
Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan
hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang
sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan
lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang
mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka
berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO
dan orang-orang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan
oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan
bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan
ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh
orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu
penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang
terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan
kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur
sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau
semua Melayu". Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu
besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari
Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah
menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika
itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka
sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh
membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu
sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang
oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan
itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan
segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil
tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai
peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang
mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di
Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu
tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap
perjuangan komunis.
2.5 Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.
Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah
tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu
sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf
ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya
apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak
istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka
berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama
menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina
dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura
keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan
semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.
Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih
fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik
(DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang
lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan
soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di
kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh
parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam
pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh
membahayakan itu.
2.6 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam
menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk
yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun
merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan
tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa
Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu,
pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah
Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
2.7 Perbezaan agama dan budaya
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina
beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme,
Conficius manakala kaum
india beragama hindu. Di samping
itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai
kebudayaan yang tersendiri.
Masalah perpaduan ini bukannya
bermula disebabkan agama
lain tetapi akibat
dari sikap jahil terhadap agama-agama
lain hingga banyak
perkara yang dilakukan secara tidak
sengaja telah menyinggung
emosi penganut agama
lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
2.8 Masalah ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang
pendapatan berbeza antara kaum dan
menimbulkan rasa tidak
puas hati dan
persaingan ekonomi secara tidak
sihat. Ketidakseimbangan ini
menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui satu sama
lain. Orang melayu
mencemburui kemewahan dan kejayaan
orang cina manakala
orang cina dan
india mencemburui kelebihan orang
melayu yang mendapat
peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
2.9 Persatuan-persatuan etnik
Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah
melahirkan banyak persatuan
politik, sosial dan
ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa
menghiraukan kaum-kaum yang
lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu
hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan
pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan
negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari
daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya
memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi
kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.
3.0
Kesan peristiwa 13 Mei 1969 dalam aspek ekonomi
Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan
suatu faktor yang telah dikenal pasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada
ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai
tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan
masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei.
Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu
pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu. Atas
alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB).
DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua
matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa
mengira kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk
menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.
Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru
ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara
kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan
dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan
dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih
terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971
hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti
berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971-1990. Bumiputera
1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Sementara objektif utama
pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar
melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi
yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu
diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk
tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak
dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal
dalam syarikat Bhd. 1971 1990Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing
62.1% 30% Membasmi KemiskinanSesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan
bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan .
Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidak mengancam
kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakan
kemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan
terhadap kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah
rancangan penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang
pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi
petani . Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi.
Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui
langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk
berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa. Bagaimanapun
langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum bumiputera sedikit
sebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi
Malaysia adalah pesat. Sekalipun barangan ekspot seperti getah didapati sukar
bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh pasang
surut pasaran antarabangsa di mana ia turut mempengaruhi kadar kemiskinan di
kalangan pekerja ladang contohnya naik daripada 40.0 peratus pada tahun 1970
kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh kepada 35.1 peratus (1980), kemudian
meningkat semula kepada 54.6 peratus (1983)
Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi
telah turun daripada 88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975),
dan turun lagi kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat semula kepada
54.0 peratus (1983). Kadar penurunan yang nyata daripada tahun 1970 adalah
kesan daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan
kos pengeluaran termasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan
racun menyebabkan peratusnya meningkat semula.
3.1 Strategi dan Usaha Membasmi Kemiskinan
Dalam usaha membasmi kemiskinan kerajaan telah
mengkategorikannya kepada dua bahagian iaitu kemiskinan di bandar dan
kemiskinan luar bandar. Berdasarkan bancian penduduk 1970 terdapar kira-kira
49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima
pendapatan di bawah paras kemiskinan. 86 peratus daripadanya berada di kawasan
luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Bagi kemiskinan luar bandar ,
program pembangunan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan asas dan
pembangunan tanah . Golongan sasarannya ialah petani, pekebun kecil getah dan
kelapa, nelayan, pekerja ladang, penduduk kampung baru dan buruh kasar
pertanian.
Antara langkah yang dijalankan ialah menyedia dan
menambah kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pengairan, perumahan,
kesihatan, pengangkutan, pelajaran atau latihan, kemudahan kredit serta
pemasaran dan subsidi pertanian seperti benih dan baja. Kerajaan juga
melipatgandakan pembangunan dan pembukaan, penerokaan dan kemajuan tanah baru.
Langkah seterusnya, kerajaan berusaha menyalurkan teknologi moden di bidang
pertanian, perikanan dan penternakan. Selain itu kaedah penanaman dua kali
setahun, tanaman luar musim dan tanaman kontang turut diperluaskan. Badan-badan
berkanun yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini seperti FELDA,
RISDA, FELCRA, MADA dan KADA. Kemiskinan di bandar pula biasanya dikaitkan
dengan migrasi masyarakat luar bandar ke bandar. Oleh sebab itu di bandar juga
turut memerlukan penyediaan kemudahan asas seperti pembinaan rumah kos rendah,
kemudahan air, elektrik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Pendeknya
langkah menyediakan kemudahan asas yang lebih sempurna adalah suatu usaha untuk
mengurangkan kemiskinan di bandar. Dari segi pencapaian usaha ini, kerajaan
didapati berjaya dalam usaha mengurangkan kemiskinan di negara ini, di mana
sebanyak 78100 keluarga miskin pada 1970 telah berjaya dikurangkan kepada 66100
pada tahun 1980. Ia merupakan kadar kemiskinan yang jatuh daripada 49.3 peratus
kepada 29.2 peratus. Sementara pendapatan purata RM76 pada tahun 1970 telah
bewrtambah menjadi RM186 pada tahun 1979. Sekali pun ia masih di bawah garis
kemiskinan namun ia telah menampakkan satu peningkatan. Pemerhatian ini dibuat
berdasarkan angka tunjuk antara tahun-tahun 1975 dan 1980.
Pada hakikatnya Kerajaan melalui Rancangan Malaysia kedua
cuba menggariskan beberapa tujuan baru, antaranya berusaha mempelbagaikan
ekonomi dan pertanian untuk mengurangkan pergantungan kepada getah dan bijih
timah , kedua ia juga bertujuan untuk mempergiatkan perusahaan pembuatan dengan
tujuan mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta mengurangkan masalah pengangguran
di samping mengubah corak negara ke arah sebuah negara Industri. Keadaan ini
lebih jelas lagi apabila Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Dr. Mahathir
Mohamad. Ketiga ia bertujuan meningkatkan lagi pengeluaran bahan-bahan makanan
terutamanya beras kerana negara ketika itu hanya mampu mengeluarkan satu
pertiga sahaja daripada keperluan kependudukan negara. Bagi melaksankan segala
tujuan dan rancangan ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 14 350 juta
ringgit melalui Rancangan Malaysia Kedua. Apa yang jelas pelancaran DEB bersama
Rancangan Malaysia Kedua ini ialah kerajaan cuba memberi penekanan terhadap
pembelaan nasib kaum bumiputera khasnya orang-orang Melayu secara lebih
terbuka.
Walaupun kadar kemiskinan negara telah berkurangan namun
masalah kemiskinan masih berterusan terutama di kalangan penduduk luar bandar
dan golongan termiskin . Untuk itu ia telah menjadi teras bagi pencapaian matlamat
pengagihan dalam Dasar Pembanguinan Nasional (DPN) sebagaimana yang terdapat
dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Tahun 1990 adalah tahun
berakhirnya tempoh pelaksanaan DEB. Sekalipun DEB tidak menampakkan satu
kejayaan yang menyeluruh namun telah banyak juga kejayaan yang dicapai. Maka
bagi memenuhi segala hasrat yang dirangka dalam DEBlah kerajaan telah
memperkenalkan RRJP2 . DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato` Sri Dr. Mahathir
Mohamad pada 17 Jun 1991. Antara objektifnya ialah membina dan mengukuhkan
perpaduan negara malah ianya sangat penting bagi mengekalkan kestabilan sosial
dan politik serta dapat mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN
juga merupakan satu langkah untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah
negara maju. DPN telah mengambilkira segala kemajuan yang telah dicapai di
bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa
perlaksanaannnya.Antara dimensi-dimensi baru yang terdapat dalam DPN ialah
seperti berikut :
i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi
pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapus kemiskinan di kalangan keluarga
termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan
termiskin adalah keluarga berpendaptan 50% atau kurang kurang daripada
Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan ialah
sebanyak RM370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544
bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan RM452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak.
Kira-kira 143,000isi rumah ataau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong
sebagai keluarga termiskin;
ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah
masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu
strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaqan
Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;
iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk
melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan
iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber
manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama.
Apabila diperbincangkan tentang perubahan dan kesan dasar
ekonomi negara ditafsirkan sebagai ‘cara pengurusan’ dan ‘cara pengawalan’
sesebuah ekonomi dan sesebuah system ekonomi. Menurut Abdul Shukor Ariffin dan
Hassan Ali (1982) menyatakan sesuatu dasar ekonomi Negara hanya dapat dilihat
secara dedaktif iaitu tidak secara langsung. Bermulanya sejarah pengenalan
kaum-kaum terbesar di Malaysia menerusi fungsi-fungsi ekonomi. Gejala inilah
yang menjadi bibit-bibit pertelingkahan antara kaum. Pergolakan dasar ekonomi
Negara dalam jangka masa (1957-1969) sebahagian besar dapat dicerminkan melalui
Rancangan Malaya I, Rancangan Malaya II, dan Rancangan Malaysia I. Berbeza
dengan Negara-negara dunia ketiga yang mencapai kemerdekaan mereka secara
revolusi sedangkan Negara kita mencapai kemerdekaan melalui perundingan dan
tolak ansur dengan kerajaan British. Oleh itu perubahan politik di Negara ini
adalah secara berperingkat-peringkat yakni bercorak evolusi. Implikasinya
perubahan dasar ekonomi Negara juga berlaku
secara evolusi di mana perubahan-perubahan besar serta radikal tidak
berlaku ketika mencapai kemerdekaan. Wujudnya kadar political will yang begitu tinggi dalam rancangan Malaysia II dan
Rancangan Malaysia III adalah disebabkan pergolakan yang berlaku pada tahun
1969 iaitu 13 Mei yang mengkehendaki penghapusan masalah asas masyarakat
Malaysia iaitu kekurangan perpaduan antara kaum. Dasar ekonomi baru selalunya
dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei. Tetapi sebenarnya, DEB itu memang telah pun
difikirkan sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei dan perancangan Malaysia II.
Za’ba ada menghuraikan tentang kemunduran serta kemiskinan orang Melayu dalam
konteks Ekonomi Tanah Melayu di dalam akhbar tempatan. Za’ba juga menganalisa
dan memberi syor secara implikasi bagaimana hendak mengatasi masalah-masalah
tersebut dan mengikut Ungku Aziz (1982) tentang keperluan untuk menyusun semula
masyarakat dan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan orang Melayu.
Selepas berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana
Menteri pada masa itu telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Mageran pada
14 Mei. Kemudian pada 16 Mei mesyuarat cabinet telah diadakan di mana
Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik secara rasmi menjadi pengarah Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN).
4.0
Strategi Penyusunan Semula Masyarakat
Strategi kedua DEB ialah penyusunan semula masyarakat
dengan menekankan penglibatan kaum Melayu atau Bumiputera dalam kegiatan ekonomi
moden dan yang bertapak di bandar . Strategi ini bertujuan untuk menseimbangkan
kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor ekonomi. Jika diperhatikan
taburan penduduk mengikut kaum yang dipengaruhi oleh dasar penjajah dulu masih
lagi berterusan di mana orang-orang Melayu tinggal di kampung-kampung , kaum
India tinggal di kawasan pedalaman sebagai buruh di estet-estet dan Cina pula
di bandar-bandar sebagai peniaga. Hakikatnya bukan sahaja tempat tinggal malah
dari segi sosioekonomi dan politik juga turut berbeza. Keadaan yang sedemikian
merupakan penghalang kepada usaha-usaha untuk mencapai integrasi nasional
.Kesan daripada penjajahan, pemilikan dan penguasaan modal kebanyakannya adalah
dikuasai oleh orang asing. Kalangan rakyat Malaysia pula pemilikan dan
penguasaan kebanyakan modal berada dalam tangan kaum Cina . Dengan itu strategi
penyusunan semula hak milik dan kekayaan telah disusun supaya pemilikan asing
dapat dikurangkan. Begitu juga dengan penguasaan modal oleh kaum Cina dalam
industri dan perniagaan seharusnya diagih semula bagi menseimbangkan penguasaan
modal. Untuk itu DEB telah menyusun strategi supaya menjelang tahun 1990, kaum
Bumiputera dapat menambah saham syarikat kepada 30% berbanding dengan 40% bagi
warga Malaysia bukan Bumiputera dan 30% bagi pihak asing. Matlamat ini masih
dikekalkan ke dalam Rancangan Malaysia keenam tetapi tiada jangka masa tertentu
ditetapkan untuk pencapaiannya. Berikut adalah jadual yang menunjukkan
pemilikan modal saham dalam sektor syarikatdalam jangka masa 1971 - 1990.
Persoalan yang timbul adalah adakah corak yang
ditunjukkan itu memungkinkan tercapainya sasaran? Beberapa ciri berikut boleh
diteliti:
i Dalam tempoh 1971 - 1990, peratusan hak milik penduduk
Malaysia telah meningkat daripada 38.3% pada tahun 1971 kepada 57.1% pada tahun
1980 dan 74.9 pada tahun 1990.
ii. Dalam tempoh yang peratus hak milik Bumiputera
perseorangan dan agensi amanah telah meningkat daripada 4.3% pada tahun 1971
kepada 44.6%pada tahun 1980dan 20.3% pada tahun 1990 .
iii. Dalam tempoh yang sama juga hak milik rakyat
Malaysia lain telah meningkat daripada 34.0%pada tahun 1971 kepada 44.6%pada
tahun 1980dan 54.6%pada tahun 1990.
iv. Dalam tempoh yang sama juga hak milik penduduk asing
telah menurundaripada 61.7%pada tahun 1971 kepada 42.9% pada tahun 1980dan 25.1
pada tahun 1990.
v. Membandingkan nisbah 30:40:30 yang ingin dicapai ,
didapati hanya hak milik penduduk Malaysia bukan Bumiputera yang perlu diagih
semula untuk meningkatkan peratusan hak milik Bumiputera.
Bagaimanapun melalui RML perkembangan sebahagian besar
hak milik Bumiputera datang dari sumbangan syarikat swasta milik Bumiputera di
samping Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang
dilaksanakan oleh Permodalan nasional Berhad (PNB). Dalam pada itu Skim ASN
telah berjaya memindahkan kekayaan Bumiputera yang disimpan secara amanah oleh
kerajaan menerusi agensi-agensi kepada segolongan besar masyarakat Bumiputera.
Lewat tahun 1985, skim tersebut berjaya menarik ramai pelabur Bumiputera iaitu
kira-kira 43% daripada jumlah yang layak melabur. Dalam pada itu hak milik dan
penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan kecil
menunjukkan kemajuan yang boleh dibanggakan . Contohnya dalam sektor
perdagangan runcit bilangan pertubuhan milik Bumiputera telah meningkat dari
13% dalam tahun 1971 kepada 34.2% pada tahun 1981. Pertambahannya kira-kira
sepuluh kali ganda dalam tempoh 1971 - `81.28 Bagaimanapun jumlah pemilikan
modal Bumiputera daripada saham-saham tersebut masih lagi kecil. Daripada
jumlah pelabur itu, 85% melabur sebanyak 500 unit atau kurang. Jadi matlamat
DEB masih tidak tercapai dan ia memerlukan masa dan usaha yang lebih giat ke
arah itu.Dalam usaha mewujudkan sebuah negara industri, penglibatan Bumiputera
amatlah perlu demi mengelakkan wujud ketidakseimbangan. Oleh itu strategi untuk
menggalakkan penyertaan kaum Melayu atau Bumiputera dalam sektor perkilangan
dijangka akan meningkatkan bilangan pemodal Melayu dan seterusnya membantu
mewujudkan kesan lelehan kekayaan yang dihasilkan oleh mereka. Dalam proses ini
dijangka lebih banyak penduduk Melayu akan menikmati menafaat daripda
pertumbuhan berteraskan pengayaan golongan pemodal Melayu atau Bumiputera.
Namun andaian itu sukar untuk direalisasikan . Ini kerana dalam pasaran bebas
terutama dalam kontek masyarakat Melayu sehingga kini, hanya segelintir sahaja
golongan pemodal Melayu yang muncul. Maka selagi bilangan pemodal tidak
bertambah, selagi itulah negara menghadapi masalah untuk mewujudkan kesan
lelehan. Tambahan pula satu syarat penting ke arah itu, pertumbuhan ekonomi
mestilah tinggi. Dengan demikian masalah agihan pendapatan di kalangan
Bumiputera masih di tahap mendukacitakan . Malah ada pendapat yang mengatakan
walaupun faedah yang dinikmati oleh kaum Melayu atau Bumiputera semenjak
pelancaran DEB meningkat , namun pertambahan ini tidak sama rata kerana ada
kumpulan yang mengecap nikmat lebih daripada yang lain. Andainya corak ini
berterusan, maka jurang perbezaan di kalangan kaum Melayu akan bertambah . Jadi
arus perubahan ini akan meluaskan lagi masalah ketaksamaan di kalangan kaum
Melayu. KesimpulanPeristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai
sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus
diteliti dan dipelihara
5.0
Kemuncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia dalam peristiwa 13 Mei
1969
Tanggal 13
Mei 1969 tercetus
satu detik hitam
dalam lipatan sejarah
negara kerana pertelingkahan kaum
yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan
banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya
Umum 1969 di
mana di dalam
pilihanraya itu banyak
isu sensitif telah dibangkitkan
seperti bahasa kebangsaan,
kedudukan istimewa orang melayu
dan hak kerakyatan
bukan melayu. Dalam
pilihanraya itu, parti perikatan gagal
memperolehi majoriti 2/3
dalam dewan rakyat
manakala parti gerakan dan
DAP yang berjaya
mendapat 25 kerusi
telah mengadakan perarakan di
Kuala Lumpur sambil
menghina bangsa melayu.
Keadaan ini memberi tamparan
hebat kepada orang
melayu dan akhirnya
UMNO telah mengadakan perarakan
balas sebagai bantahan
terhadapa penghinaan itu. Dalam
suasana tegang dan
penuh emosi maka
tercetuslah peristiwa 13 mei
1969 itu
6.0
Peristiwa 13 Mei 1969 Jadi Pengajaran
Pada tanggal 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang
merupakan catatan hitam dalam sejarah Negara itu, telah menggugat kemamanan dan
kestabilan politik di negara ini. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak
berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah. Bagaimana pun
peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak
dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua
pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat
Malaysia.Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh
kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka
Baginda Yang Di Pertuan Agong. Pada
keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN’ telah ditubuhkan
untuk bertindak sebagai badan pemerintah Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana
Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang Di
Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan
Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat. Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu
dialog di antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk
menguatkan tahap perpaduan di negara
ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan yang positif dalam
usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat yang tulen.
Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan, maka lahirlah konsep
RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan. Sesungguhnya Peristiwa 13
Mei, yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1969, adalah satu pengajaran bagi
seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-menghormati dan sentiasa
bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan.
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang
berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan
"Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia. Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP
telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Ia adalah lantaran dari slogan
"Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura
dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan
soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang
bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai
oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun
masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti
pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang
dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi
pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia
(Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP)
menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari
provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk
meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan
menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan
orang melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas. Kini aktivis
chuvanis cina menafikan trajedi 13 Mei 1969 sebagai rusuhan kaum. Mereka
menebarkan dakyah bahawa ianya adalah perancangan licik Tun Razak dan Dato'
Harun.
Kalangan orang melayu pula mempunyai pandangan yang
negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan
taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif
masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan
majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini
sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China. Angka rasmi
menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan
musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada
Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa
dalam peristiwa 13 Mei. Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3
orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada
kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori
membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
Rakyat negara ini perlu didedahkan dengan peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 supaya ia dapat dijadikan iktibar dalam memulihara
perpaduan kaum. Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, ia bukannya bertujuan untuk menaikkan
semangat perkauman tetapi bagi mengelak peristiwa yang sama berulang. Beliau
menegaskan, bagi Perkasa, mana-mana kaum termasuk Melayu, Cina atau India yang
mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah golongan
antinasional. “Mengapa sekarang timbul isu ketuanan Melayu? Masing-masing sudah
pandai bercakap, walaupun pembangkang, mereka tetap rakyat Malaysia. “Ini
perbuatan yang kurang ajar dan tidak menghormati Perlembagaan yang telah
dipersetujui bersama sejak negara merdeka pada 1957,” katanya ketika ditemui
pemberita di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP, M.
Kulasegaran yang disokong oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang
mempersoalkan perihal ketuanan Melayu kerana disifatkan tidak adil untuk kaum
lain. Dalam pada itu, Ameir berkata, sebagai balasan kepada orang Melayu dan
pribumi yang memberikan kerakyatan begitu mudah kepada orang Cina dan India,
Artikel 153 memperuntukkan hak pusaka yang tidak boleh dipertikaikan oleh
mana-mana pihak.
“Sikap mempertikaikan peruntukan perlembagaan adalah satu
tindakan yang biadab dan tidak memahami undang-undang,” katanya. Beliau juga
terus mempersoal pihak yang mempersoal ketuanan Melayu.
“Apa yang kurang kepada orang-orang Cina dan India selama
ini? Kalau masih rasa kekurangan, jangan salahkan orang Melayu.
“Lagi banyak soal ini disentuh, lagi banyak ia menusuk
keresahan di kalangan orang-orang Melayu,” katanya. Sementara itu, Ameir yang juga bekas Setiausaha Politik
Menteri Besar Perlis berkata, adalah amat susah untuk mentadbir tiga kaum
sekiranya masing-masing hendak menunjukkan kehebatan sendiri.
“Oleh itu, hanya satu kaum sahaja yang seharusnya menjadi
induk kepada ikatan tiga kaum dalam masyarakat majmuk iaitu pribumi Melayu.
“Sekiranya kaum lain turut mahu menunjukkan kehebatan,
maka gagasan 1Malaysia tidak akan tercapai,” katanya.
Kesimpulan
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai
sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus
diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan
rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik,
sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata
petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita
untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi
bayangan sahaja. Peristiwa 13 Mei memberikan kesan positif kepada Malaysia yang
terdiri dari pelbagai kaum. Sekarang Malaysia menjadi sebuah negara yang pesat
membangun bersama iklim politik yang sehat. Dalam kelompok ASEAN, Malaysia merupakan
contoh terbaik dari segi pembangunan ekonomi dan kebebasan politik. Tragedi
berdarah 13 Mei mesti menjadi iktibar pada rakyat Malaysia, ianya merupakan
insiden yang melagukan pesan bahawa rasa saling hormat menghormati antara kaum,
merupakan resepi paling penting dalam menjaga keharmonian negara. ramai di
kalangan kita seolah-olah enggan menerima kenyataan bahawa Peristiwa 13 Mei
telah tercatat dalam sejarah hitam negara. Sejarah tercetusnya pergaduhan kaum
yang berdarah. Dan para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah
tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13
Mei 1969 di Kuala Lumpur.
Tetapi kita lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah
tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Bagaimana kita boleh melupakannya
kalau kita tahu bahawa Rukun Negara dibentuk hasil Peristiwa 13 Mei?
Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum
dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud
riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang.
Ini kerana mereka lupa sejarah. Sejarah hitam 13 Mei 1969. Mungkin sudah tiba
masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang membolehkan
seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan
satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat
selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang
bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai. Kita
seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan
dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi
segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok
bandingnya.
Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba
sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan
semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian
dan keamanan.
RUJUKAN
Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali (1982). Malaysia sejarah dan
proses pembangunannya : Pergolakan
dasar ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala
Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.
Lee Ban Chen (2004). Sejarah sebagai
hakim muktamad. Kuala Lumpur : Strategic Information Research Development (SIRD)
Jawatankuasa Kolokium, Jabatan Sejarah (1991). Masyarakat melayu abad ke-19. Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur.
Nik Anuar Nik Mahmud (2007). 13 Mei
Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications
& Distributions.
Siew Chang Yee (2007). Rusuhan kaum
13, Mei 1969 : Peristiwa sebelum dan tindakan selepasnya.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ramlah Adam (2004). Bibliografi
politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment