NOTA TERPILIH TINGKATAN 4, 2011
TINGKATAN 4
BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
Tamadun Indus
(a) Ciri-ciri bandar terancang
- Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dikelilingi oleh tembok
- Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran / keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan serta tempat
- penyimpanan hasil pertanian
- Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
- Perancangan bandarnya dibantu oleh oleh kemajuan ilmu geometri /pembinaan
- Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
- Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain
- Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
- Selain jalanraya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan
(b) Organisasi Sosial
- Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan
- Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
- Mereka mempunyai kuasa/pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutama yang melibatkan kegiatan keagamaan
- Golongan bawahan memberi ketaatan kepada golongan pendeta
- Sejarawan berpendapat tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
- Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
- Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalirkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa
- Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan
(c) Pengkhususan pekerjaan
- Masyarakat Indus menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan
- Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia
- Dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia
- Hasil perdagangan yang penting seperti emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian
- Petani menanam barli, kacang dan sebagainya
- Terdapat juga penduduk yang menjadi artisan dan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar
(d) Amalan agama
- Penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan membuktikan masyarakat Indus mempunyai amalan agama
- Penemuan patung proto-Siva – seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma.Vishnu dan Siva
- Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting yang berkaitan dengan agama Hindu
- Mereka juga percaya kepada Tuhan Ibu
- Dapat dibuktikan dengan penemuan patung wanita. Tuhan Ibu disembah oleh masyarakat Lembah Indus bagi melambangkan kesuburan
(e) Sistem Tulisan
- Berbentuk piktograf
- Tulisan Tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan
Sumbangan Tamadun Indus
(a) Perancangan Bandar
- Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
- Pemahaman tentang ilmu geografi, kesenian, dan matematik sangat diperlukan
- Berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaaan
- Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
- Perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segiempat / jalanraya yang lurus
- Masyarakat Indus berusaha meningkatkan mutu binaan
- Mereka tidak bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat
- Batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan dengan suhu yang tinggi
- Kecemerlangan perancangan bandar dalam Tamadun Indus merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata
(b) Sifat keterbukaan
- Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat dari segi pertukaran teknologi
- Pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan
Tamadun Hwang Ho
(a) Lokasi tamadun Hwang Ho
- Dilembah Hwang Ho yang subur(Sungai Kuning)
- Bersifat setempat kerana bergunung ganang dan berpadang pasir
.
(b) Dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho
- Dinasti Hsia
- Dinasti Shang
- Dinasti Chou
- Dinasti Ching
- Dinasti Chin
Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho
(a) Petempatan awal
- Berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar
- Anyang merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho
- Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
- Di bandar ini, terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran
- Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar
- Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
- Bandar ini juga dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani
(b) Organisasi sosial masyarakat Shang
- Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
- Lapisan bawah terdiri daripada petani yang membentuk sebahagian besar penduduk
- Golongan petani mendiami kawasan luar bandar
- Golongan artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
- Gangsa digunakan untuk bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan
- Disebabkan hanya golongan pembesar sahaja yang mampu miliki tentera dan senjata gangsa, mereka menggunakan keistimewaan ini untuk menundukkan golongan bawahan.
- Golongan hamba ialah golongan paling bawah
- Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang
(c) Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat Tamadun Hwang
- Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing iaitu tentera berkuda dan tentera berjalan kaki
- Petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan
- Golongan artisan mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar
- Golongan hamba sebagai tentera paksaan
- Selain itu, golongan hamba digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan
- Golongan hamba juga dijadikan korban dalam upacara penyembahan
(d) Sistem pemerintahan Dinasti Shang.
- Sistem pemerintahan berbentuk beraja
- Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara yang lebih muda atau anak lelaki raja
- Raja mempunyai wibawa politik, ekonomi, sosial dan agama
- Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
- Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
- Tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama
- Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan yang berhak mentadbir wilayahnya
- Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang
(e) Sistem pentadbiran Dinasti Chou
- Raja-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah
- Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
- Raja Chou dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang
- Menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal ehwal monarki dan undang-undang
- Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal
- Raja-Raja Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah
- Memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
- Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang
- Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan
(f) Agama dan kepercayaan
- Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politisme
- Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
- Mereka juga menyembah tuhan syurga(Shang Ti) dan tuhan bumi(tu),menyembah sungai, bukit dan gunung
- Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik.tarian dan upacarakorban
- Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh
- Tulang oracle digunakan untuk meramal sesuatu keadaan
- Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan
- Rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian
- Amalan ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China
- Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea untuk mencipta tulisan.
- Tulisan China berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol
- Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanakkanak.
- Bulan, matahari dan sungai
(g) Penciptaan Sistem Kalendar
- Dicipta semasa Dinasti Shang.
- 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
- Untuk menentukan musim menanam dan menuai.
- Untuk menjalankan aktiviti harian.
- Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan /perburuan / pengkebumian.
Sumbangan Tamadun Hwang Ho
(a) Bidang politik/pemerintahan
- Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
- Gelaran raja ditukar kepada maharaja
- Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
- Amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20
(b) Bidang ekonomi
- Pembinaan sistem pengairan dengan membina terusan untuk mengairi
- kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir
- Kemajuan dalam teknologi pembajakan
- Penciptaan cangkul dan sabit
- Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
- Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi
(c) Sistem Tulisan
- Berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
- Pengunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan
- Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah China
- Terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun
(d) Bidang agama dan kepercayaan
- Pemujaan roh nenek moyang
- Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan mengikut kesesuaian masa
- Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsure makanan , duit kertas dan barangan perhiasan
- Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui diteruskan hingga ke hari ini
- Orang China mempercayai alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada unsur saling melengkapi iaitu Yin dan Yang
- Konsep Feng Hsui berlandaskan falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar
( e ) Sistem kalendar
- Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
- 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
- Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
- Untuk menjalankan aktiviti harian.
- Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian.
(f) Pengamalan falsafah perang Sun Tzu
- Karyanya the Art of War membincang kan selok belok perang dan cara menangani musuh dalam
- pelbagai bahasa
- Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan
BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
Tamadun India.
Ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik. ( Peranan pendidikan dalam Tamadun India)
- Mementingkan keagamaan
- Agama Hindu sebagai teras
- Didominasi oleh kaum lelaki
- Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan
- Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
- BahasaSanskrit merupakan medium pengajaran penting
- Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitan veda
- Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha
- Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah
- Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
- Lahir university agama Buddha, iaitu Nalanda
Tujuan pendidikan
- adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
- Segala hukuman agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup
- sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama
- untuk capai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan,
- Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains.
- Pendidikan di India bertujuan untuk menambah ilmu
- bertujuan mengatasi butahuruf
- Pendidikan juga untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.
Aspek penekanan dalam pendidikan
- Mementingkan keagamaan dan agama Hindu
- Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
- seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya veda yang mengandungi
- peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama.
- Mereka juga harus belajar karya sainstifik dan falsafah
Pusat dagangan dan pelabuhan di India.
Contoh pelabuhan penting
- Tamralipti
- Ghantashala,
- Kadura
- Broach
- Chual
- Kalyan
- Cambay
Hasil dagangan di India.
- senjata
- gading gajah
- emas
- berlian
- mutiara.
Perusahaan di India
- pengeluaran tekstil
- kain kapas
- sutera.
- barang emas
- mutiara
- batu permata.
Sresthin
- persatuan perdagangan dan perusahaan
- wujud disetiap bandar
- contoh persatuan itu ialah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit
- Matlamatnya untuk mengawal harga, kualiti barang, dan gaji pekerja.
- Undang-undang telah digubal untuk mengawal persataun.
- Pelaksanaan undang-undang telah diawasi oleh raja.
Cukai di India.
- Diperkenalkan sejak Zaman Maurya
- Hasil pertanian dan hasil buah-buahan
- untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja
Negara yang menjalinkan hubungan dagangan dengan India.
- Hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri langka, rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggra.
- Sejak tahun 100M, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu.
- Kemajuan yang dicapai dalam bidang perdagangan tamadun India.
- Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan
- Perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Maedonia,Sri langka, rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggara.
- Pusat Perdagangan iaitu Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata,gading gajah, emas, berlian dan mutiara.
- Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti
- Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, kalian dan Cambay.
- Di setiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai sresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.
- Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
- Raja menggubal undang-undang untuk mengawasi perjalanan persatuan perdagangan.
- Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik dengan menggunakan mata sebagai medium jual beli.Contoh bentuk mata wang emas dan dikenalisebagai dinara, wang perak dan wang daripada cangkerang siput.
- Terdapat sektor perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.
- Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan Seperti hasil pertanian dan buah-buahan.
- Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
- Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah, dan besi.
- Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi.
Tamadun China
Jenis kegiatan ekonomi zaman Dinasti Shang.
- kemajuan dalam pertanian
- perdagangan dalam negeri
- perdagangan maritim,
- perusahaan
- pembentukan persatuan perniagaan.
Sumbangan Tamadun China dalam bidang pertanian.
- Dalam bidang pertanian tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
- Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan
- kereta sorong beroda serta penyisir tanah.
- Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
- Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
- Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal.
- Kawalan terhadap banjir dengan pembinaan terusan.
Kesan perkembangan perusahaan dalam tamadun China.
- Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi.
- Perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di laur China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
- Hasil dagangan dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melaluai Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang.
- Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut.
- Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan dalam negeri China sendiri.
- Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.
- Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan system perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.
BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
1. Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal
- Dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takhluk di Asia Tenggara
- Dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya
- Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta
- Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuaikandengan budaya tempatan
2. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal
- Sistem beraja dengan penggunaan gelaran raja sebagai pemerintah
- Raja berada dipuncak pemerintahan
- Raja dibantu oleh kerabat diraja , pembesar , Brahmin
- Raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
- Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
- Sesiapa yang melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak diampunkan
- Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
- Raja merupakan bayangan tuhan dan lahir konsep dewa-raja
- Raja mempunyai kesaktian melalui mitos dan lagenda untuk memperkuat kedudukan
- Untuk mengukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat
- pertabalan raja yang dipimpin oleh golongan Brahmin
- Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta iaitu orde kosmos
3. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian
i. Maksud monumen
- Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu untuk memperingatiorang ternama atau peristiwa penting
- Monumen boleh berupa candi/kuil/wat/stupa/arca/patung
ii. Kepentingan/fungsi/tujuan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara
- Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
- Sebagai rumah ibadat
- Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
- Tempat menyimpan patung dewa utama
- Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
- Melambangkan orde kosmos contoh Angkor Wat dan Candi Borobudur
iii. Contoh candi terkenal di Asia Tenggara
- Candi Dieng di Jawa Tengah , Indonesia
- Candi Borobudur di Jawa Tengah , Indonesia
- Candi Prambanan di Jawa Tengah , Indonesia
- Candi Angkor Wat di Kemboja
- Candi Chaiya dan Yarang di Thailand
- Candi Lembah Bujang di Kedah
iv. Patung agama
- Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Buddha
- Patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga meruapakan patung agama Buddha
- Patung Drawapala dan Nabdiswara menjaga candi daripada dimasuki roh jaha
- Melambangkan zaman penciptanya
- Melambangkan salah satu pengaruh sama ada Amaravati , Gupta, Palava,
- Pala atau Cola
- Menunjukkan adunan dua tamadu iaitu India dan Asia Tenggara
- Gaya India bergantung pada masa patung itu dibuat. Sekiranya dibuat antara abad ketiga hingga kelima Masihi , terdapatlah pengaruh Amaravati
- Sekiranya dicipta abad kelima Masihi hingga abad ketujuh Masihi mewakili pengaruh zaman Dinasti Gupta
vi. Angkor Wat
- Dibina untuk agama Hindu
- Terletak enam km ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos
- Tinggi 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar
- Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat
- Setiap sudut mempunyai menara
- Bahagian luar terdapat tembok
- Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata
vii. Candi Borobudur
- Mewakili agama Buddha
- Terbahagi kepada tiga tingkat yang melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila , samadhi dan panna
- Setiap tingkat mempunyai patung stupa dan patung Buddha
- Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
- Dibina selama 75 tahun
4. Kepentingan Bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal Asia Tenggara
- Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
- mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undangundang
- Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
- Batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan ajaran Buddha
- Inskripsi di Palembang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja
- Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat
- Bahasa keagamaan
- bahasa yang digunakan dalam urusan pemerintahan
- Mengalami penyesuaian dan berubah ke adalam bahasa Melayu seperti dosa, duka, Derhaka, manusia, pahala, rupa , sengsara dan huruf
- Berkembang menjadi bahasa ilmu
- Bahasa komunikasi
- Memperkayakan bidang kesusasteraan seperti epik / puisi / prosa jawapenceritaan lisan dan teater
5. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesusasteraan
- Kesusasteraan India melalui epik Ramayana , Mahabharata serta Puranas menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara
- Pengaruh kesusasteraan India dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarma
- Cerita-cerita dalam Epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit
- Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsure tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa jaya dan Hikayat Sang Samba.
- Hikayat Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama
,
BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Tindakan / strategi / usaha Nabi Muhammad dalam penyebaran Islam
- Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan Semenanjung Tanah Arab
- Tidak memaksa memeluk Islam
- Menggunakan diplomasi
- Menunjukkan nilai-nilai yang baik
- Menyeru memeluk Islam melalui warkah
- Mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut
Sebab peperangan dibenarkan dalam Islam
- Mempertahankan maruah diri
- Mempertahankan agama
- Mempertahankan negara
- Dengan keizinan Allah
Contoh peperangan
- Perang Badar 2H
- Perang Uhud 3H
- Perang Khandak 5H
- Perang Tabuk 8H
Peperangan dalam Islam
- Allah telah memberi keizinan untuk berperang
- Setelah diserang oleh musuh
- Mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga
- Menjaga maruah negara
- Tidak memusnahkan harta benda
- Menentang kezaliman
- Mempertahankan diri
- Islam menganjurkan perdamaian
- Di medan perang tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati
- Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan
- Akhlak tentera Islam mestilah mulia, saling bertolak ansur dan menunjukkan teladan yang baik
Perang Badar
- Tawanan Arab Quraisy dalam perang Badar diampunkan
- Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
- Tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri
- Tawanan lelaki yang berjaya mengajar 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai dibebaskan
BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
KERAJAAN BANI UMAIYAH
Latar Belakang
- Mengamalkan sistem warisan
- ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun temurun / pemerintahan monarki
- Diasaskan oleh Muawiyah Abu Sufyan
- Selepas penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali – untuk mengelakkan perpecahan umat Islam
- nama kerajaan mengambil nama sempena keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah Abdu Shams
- terbahagi kepada dua tahap
- tahap pertama berpusat di Damsyik
- pemimpinnya memakai gelaran khalifah
- tahap kedua berpusat di Cordova
- pemimpinnya memakai gelaran amir
Pembaharuan Kerajaan Bani Umaiyah dalam sistem pentadbiran.
- Sistem Khalifah iaitu pelantikan khalifah sebagai ketua pemerintah.
- Sistem Wazarah iaitu pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran dibahagian kerajaan pusat.
- Gabenor dilantik sebagai ketua pentadbiran wilayah.
- Sistem urus setia.
- Beberapa pegawai utama dilantik mengumpul rekod, mengurus surat menyurat.
- Urusan pentadbiran dibahagi kepada bebarapa bahagian iaitubahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian polis, bahagian ketenteraan dan kehakiman.
- Sistem Hijabah.
- Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang ingin menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.
- Wujud sistem pengurusan pentadbiran yang sistematik kerana setiap jawatan yang dibentuk jelas fungsinya.
- Empat jabatan ditubuhkan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah.
- Sistem ketenteraan diperkemaskan iaitu penubuhan Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jundi) untuk pertahanan Negara.
- Penubuhan angkatan tentera darat dan laut.
Sumbangan dalam bidang sosial
- Ilmu pengetahuan semakin maju
- Kota Basrah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu
- Lahir ilmuwan seperi Khalil ibn Ahmad , Sibawayhi , al Farazdaq , Jarir Umar ibn Abi Rabia’h dan Jamil al-Uzri
- Bahasa Arab dijadikaan bahasa rasmi negara
- Tanda bunyi dan baris diperkenalkan pada tulisan al Quran
- Perkembangan ilmu agama
- Taraf kesihatan turut diberi perhatian / pembinaan Hospital pertama di Damsyik
- Pembinaan hospital kusta
- Buku rujukan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
- Perkembangan dalam bidang kimia
- Perkembangan dalam bidang astronomi
Sumbangan dalam bidang perundangan
- Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran,sunnah atau ijmak
- Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak / bebas / tidak cenderung mana-mana aliran politik pemerintah
- Hakim mestilah adil dalam penghakiman
Faktor-faktor kejatuhan
- Rasa tidak puashati golongan mawali yang menganggap mereka telah didiskriminasikan
- Mereka tidak diberi jawatan yang layak untuk mereka
- Mereka dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi
- Golongan mawali menyertai gerakan Abbasiyah menentang Bani Umaiyah
- Para khalifah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat
- Para khalifah mengabaikan ajaran Islam
- Menentang pemilihan khalifah mengikut sistem warisan
- Penentang golongan Syiah dan Khawarij
KERAJAAN BANI ABBASIYAH
Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah.
- Kegemilangan ketika pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya Al-Makmun.
- Kota Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu.
- Karya-karya asing diterjemahkan dalam bahasa arab.
- Karya falsafah dan sains Yunani diterjemahkan.
- Khalifah Harun al-Rasyid mengasaskan Institusi Keilmuan iaitu Baitulhikmah.
- Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap.
- Tahap pertama iaitu mencatat idea atau percakapan.
- Tahap kedua iaitu mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam buku.
- Tahap ketiga iaitu mengarang.
- Penglibatan golongan ulama dalam penulisan.dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, menyusun hadis dan sebagainya.
- Imam Malik menyusun buku al-Muwatta
- Ibn Ishaq penyusunan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.
- Abu Hanifah penyusun fikah dan pendapat ijtihad.
- Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad b Hanbal.
- Terdapat pemisahan ilmu antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.
- Terjemahan daripada bahasa sanskrit, suriani dan Yunani.
- mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan dalam bahasa Arab
- Menghurai dan menambahbaikan dengan memuatkan keterangan dan ulasan dalam karya.
- Penubuhan pusat pengajian tinggi mempertingkatkan kegiatan penyelidikan.
- Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah.
- Hasil karya Islam diterjemahkan dalam bahasa asing.
- perkembangan ilmu Islam menyebabkan masyarakatEropah mengalami Zaman Pemulihan Budaya iaitu Renaissance.
Faktor-faktor penyebaran Islam ke Eropah.
- Pegangan akidah yang kukuh.
- Memiliki akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.
- Semangat Ghazi - semangat pahlawan yang tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran Islam.
- Sistem Ketenteraan yang tersusun
- Penggunaan senjata moden seperti meriam besar.
- Mempunyai tentera berkuda.
- kumpulan infantri yang kuat.
- Kumpulan Janissari iaitu kumpulan elit yang terlatih dalam selok belok peperangan.
- Mempunyai armada laut yang kuat.
- Mempunyai 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan kawasan Laut Mediterranean.
- Keadaan politik tidak stabil di Eropah.
- Akibat pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan-kerajaan kecil memudahkan penyebaran Islam di Eropah.
- Kejatuhan Kerajaan Byzantine memberi laluan untuk laluan untuk penyebar Islam.
- Institusi gereja tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat.
- Penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpin dan kekurangan wang dalam institusi gereja menyebabkan ramai penganut Kristian memeluk agama Islam.
- Dasar politik dan hubungan keagamaan.
- Menjalankan dasar berteraskan diplomasi dan toleransi.
- Masyarakat Balkan tidak dipaksa memeluk Islam.
- Kerajaan Uthmaniyah mengiktiraf kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodok.
- Dasar Sosial Islam.
- Menarik minat orang Kristian memeluk Islam.
- Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan.
- Sistem ini membolehkan individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya.
- Kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan demi kemudahan rakyat.
- Golongan sufi menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran menarik ramai orang Kristian memeluk Islam
BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
1.Pengaruh Islam terhadap Ekonomi:
a) Perdagangan
Kegiatan perdagangan semasa Kesultanan Melayu Melaka.
- Aktiviti perniagaan berkembang
- Pedagang tempatan terlibat dengan rangkaian perdagangan Timur Barat
- Menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur.
- Wujud jawatan penting seperti syahbandar sebagai ketua pelabuhan
- Wujud jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
- Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan undang-undang perniagaan
- Wujud sistem sukat dan timbang
- Terdapat paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka
- Urusan perdagangan menggunakan dua kaedah iaitu kaedahpertukaran barang dan
- kaedah jual beli.
b) Mata Wang
Ciri - ciri yang terdapat pada mata wang di Johor pada abad ke 16.
- Diperbuat daripada timah
- Dikenali sebagai wang katun
- Berbentuk bulat dan enam segi
- Tidak mempunyai tarikh
- Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.
- Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun1527.
- Mata wang emas ini dikenali kupang
- Mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram) dan 40 grains(2.6 gram)
- Ditulis dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah danyang mengeluarkan mata wang tersebut.
- Di bahagian belakang pula tertulis gelaran Islam sultanberkenaan seperti Khalifatul Muslimin
c) Percukaian
- Sistem percukaian pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
- Cukai paling asas ialah cukai tetap atau cukai import ditetapkanoleh pemerintah
- Para pedagang dari India,Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6 peratus
- Pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai sebanyak 5 peratus.
- Barang seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.
- Cukai diraja dikenakan terhadap orang asing yang menetap di Melaka
- Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3 peratus.
- Orang asing dari tempat-tempat lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6 peratus.
Pengaruh Islam mempengaruhi perkembangan ekonomi di negeri-negeri Melayu.
- Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
- Walau bagaimanapun,golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan .
- Penegasan bersabit larangan amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang.
- Pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta.
- Kutipan zakat disimpan oleh baitulmal.
- Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.
- Harta ini akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara.
BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH
( a) Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah
1. ZAMAN GELAP DI EROPAH
a) Maksud Zaman Gelap
- Eropah mengalami zaman mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
- merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
- Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
- Eropah mengalami kemorosotan dalam perdagangan
- Eropah mengalami kemorosotan dalam kehidupan perbandaran
b) Ciri-ciri zaman gelap
Politik
- Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran wilayah musnah
- Berlaku huru-hara
- Kemunculan golongan Baron
- Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
- Petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
- Jika tidak mampu , mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan tanah
- Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
- Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
- Pembentukan sistem feudal
- Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak rajaa
- Golongan pembesar mendapat naungan daripada pihak istana
Ekonomi
- Kegiatan ekonomi terhad
- Perdagangaan diganggu orang-orang Gasar seperti Viking dan Magyar
- Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
- Perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
- Hanya menumpukan kepada kegiataan pertanian
- Perniagaan secara kecil-kecilan
- Perniagaan meneerusi sistem tukar barang
- Penggunaan mataa wang dalam urusan peerdagangan terhad
Sosial
- Sifat gereja yang mengongkong / memiliki kuasa / hartanah
- Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama / keakhiratan
- Kemerosotan kehidupan perbandaran
- Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
c) Ciri-ciri Zaman Kemuncak Pertengahan ( Perubahan- perubahan )
- Gereja memainkan peranan sebagai institusi yang universal
- Gereja menjadi ejen penyatuan
- Peningkatan aktiviti pertanian
- Kemunculan perdagangan
- Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence
- Lahirnya kelas pertengahan terdiri daripada artisan , pedagang, ahli perbankan
- Status sosial berasaskan kekayaan bukan pemilikan tanah
- Rakyat mula terlibat dalam urusan politik / memberi hak politik kepada rakyat
- Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
- Wujud hubungan antara rakyat dengan pemerintah
d) Persamaan sistem feudal di Eropah dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat
dalam masyarakat Melayu tradisional
- Raja menjadi penaung dalam negara
- Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
- Raja mempunyai pembesar-pembesar
- Pembesar-pembesar itu mendapat naungan daripada istana
- Pembesar memberi khidmat kepada raja
- Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar
2. GERAKAN REFORMATION
(a) Maksud Reformation.
- Suatu gerakan yang berlaaku di Eropah Barat pada abad ke 16
- Berasal daripada perkataan reform yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik / membentuk sesuatu yang baru
- Mempunyai kaitan dengan agama Kristian
(b) Tokoh gerakan Reformation
- Martin Luther
- Huldreich Zwingli
- ohn Calvin
( c ) Faktor-faktor
- Berlaku kepincangan , rasuah dan penyelewengan apabila Gereja Katolik meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
- Menentang gaya hidup penguasa gereja Katolik yang mirip kepada gaya hidup pemerintah dan golongan bangsawan
- Menentang gaya hidup penguasa yang tidak begitu mencerminkan kehidupan keagamaan
- Menentang amalan institusi gereja Katolik yang menjual sijil Indulgences iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa
- Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan cepat dan murah
- Tindakan Martin Luther ,profesor ilmu teologi menentang amalan indulgences
- Luther berpendapat dalam bidang pengibadatan,manusia harus bergantung kepada kekuatan rohaninya
- Kejayaan gerakan ini didorong oleh penyebaran mazhab protestant
( d ) kesan gerakan Reformation.
- Agama Kristian terpecah kepada dua mazhab utama iaitu Katolik dan Protestan
- Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
- Dalam jangka masa panjang timbul sikap toleransi antara penganut berbagai mazhab Kristian dari segi mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka
- Kuasa institusi gereja telah dicabar secara terbuka
- Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki baru semakin kurang
- Monarki baru ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom
- Raja England ( Raja Henry VIII ) telah membebaskan diri daripada Paus di Rom
- Mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican
BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP
EKONOMI NEGARA
1. Maksud ekonomi dagangan
- pertanian dan perlombongan melibatkan lebihan pengeluaran
- pengeluaran dalam skala besar
- gunakan sumber tenaga buruh yang banyak
- modal yang besar
- teknologi yang lebih tinggi
- pemasaran lebih tinggi
2. Faktor-faktor yang mendorong buruh Cina dan India datang ke Tanah
Melayu.
- galakan kerajaan British
- Penghijrahan mereka tidak ditentang oleh pembesar Melayu
- Wujud hubungan tradisi antara kerajaan India dengan Tanah Melayu
- Kepesatan ekonomi Tanah Melayu
- Kestabilan politik
- kemakmuran Tanah Melayu
4. Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.
- tidak terdapat kesepaduan kaum menyulitkan proses perpaduan kaum
- Lokasi orang Melayu di bandar, ,India di ladang,, dan C ina di bandar
- pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
- perbezaan bahasa pertuturan
- kehidupan sosial yang berbeza
- menggunakan bahasa ibunda
5. Kesan-kesan daripada penigkatan jumlah kemasukan Imigran India dan
Cina ke Tanah Melayu.
- pembentukan masyarakat majmuk
- wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum
- jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
- penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
- tidak terdapat interaksi antara kaum
- Tidak ada perpaduan antara kaum
seSemoga anda mendapat kejayaan yang baik dan cemerlang Sejarah dalam SPM2011.