1 H & 5 W ? / 5 W & 1 H?
Saya percaya, hampir kebanyakan pelajar seringkali mendengar dan pernah menggunakan teknik tersebut. Dulu semasa saya belajar sejarah di sekolah menengah mahupun di Universiti, saya juga dinasihati menggunakan teknik ini.Bagaimanapun, kadang-kadang teknik yang lama seperti ini mudah dilupakan oleh pelajar, mungkin disebabkan sibuk dengan kemudahan teknologi yang semakin rancak. Namun perlu dingatkan bahawa sebenarnya, walaupun teknik ini teknik lama, namun sangat efektif untuk menguasai dan memahami sesuatu topik/tajuk.
Setiap pelajar membuat nota mahupun membaca, guna teknik 1H 5W? atau 5W 1H?
*WHAT / APA?
*WHO / SIAPA?
*WHY / MENGAPA?
*WHEN / BILA?
*WHERE / DI MANA?
*HOW / BAGAIMANA?
CONTOH APLIKASI DALAM TAJUK SISTEM AHLI:
*Apakah sistem Ahli? Apakah kepentingan Sistem Ahli?
*Siapa pelopor/memperkenalkannya/yang terlibat?
*Mengapa diwujudkan sistem Ahli?
*Bilakah Sistem Ahli ditubuhkan?
*Di manakah Sistem Ahli dilaksanakan?
*Bagaimana perlaksanaan sistem Ahli?
***Soalan yang akan ditanya dari arah mana sekalipun, sudah pasti pelajar yang bersedia dengan teknik ini mudah memberikan jawapan.
No comments:
Post a Comment