Wednesday, August 10, 2011

PAMERAN RENTETAN KEMERDEKAAN NEGARA

Pameran rentetan kemerdekaan ini dianjurkan oleh Kelab Perpustakaan yang merupakan sumbangan kepada Bulan Pengisian Kemerdekaan sekolah. Pameran berkaitan dengan kemerdekaan negara secara kronologi ini akan diadakan pada;

Tarikh : 18 Ogos 2011
Tempat : Perpustakaan SMK St Thomas, Kuching
Masa : 7.55 am - 5.10 pm


Kepada semua pelajar SMK St Thomas, sila lihat jadual lawatan ke pameran yang telah diedarkan melalui guru tingkatan masing-masing.
Kelas yang ada peperiksaan pada minggu tersebut, boleh mengunjungi pameran tersebut pada sebelah petang.
Kesemua warga SMK St Thomas dijemput untuk melawat pameran tersebut.

Sekian.

Sunday, August 7, 2011

TEKNIK INGAT FAKTA 4

1 H & 5 W ? / 5 W & 1 H?

Saya percaya, hampir kebanyakan pelajar seringkali mendengar dan pernah menggunakan teknik tersebut. Dulu semasa saya belajar sejarah di sekolah menengah mahupun di Universiti, saya juga dinasihati menggunakan teknik ini.Bagaimanapun, kadang-kadang teknik yang lama seperti ini mudah dilupakan oleh pelajar, mungkin disebabkan sibuk dengan kemudahan teknologi yang semakin rancak. Namun perlu dingatkan bahawa sebenarnya, walaupun teknik ini teknik lama, namun sangat efektif untuk menguasai dan memahami sesuatu topik/tajuk.

Setiap pelajar membuat nota mahupun membaca, guna teknik 1H 5W? atau 5W 1H?

*WHAT / APA?
*WHO / SIAPA?
*WHY / MENGAPA?
*WHEN / BILA?
*WHERE / DI MANA?
*HOW / BAGAIMANA?

CONTOH APLIKASI DALAM TAJUK SISTEM AHLI:
*Apakah sistem Ahli? Apakah kepentingan Sistem Ahli?
*Siapa pelopor/memperkenalkannya/yang terlibat?
*Mengapa diwujudkan sistem Ahli?
*Bilakah Sistem Ahli ditubuhkan?
*Di manakah Sistem Ahli dilaksanakan?
*Bagaimana perlaksanaan sistem Ahli?

***Soalan yang akan ditanya dari arah mana sekalipun, sudah pasti pelajar yang bersedia dengan teknik ini mudah memberikan jawapan.

TEKNIK INGAT FAKTA 3

Nota Kad Bertema

Contoh Soalan:
Nyatakan ciri-ciri negara Komanwel.
Bekas tanah jajahan British
Anggota negara maju dan membangun
Negara anggota dianggap setaraf
Raja Britain ketua negara Komanwel
Undang-undang sistem British
Pejabat Kowanwel di London
Pesidangan ketua negara Komanwel dipanggil CHOGM
Negara ahli mementingkan Bahasa Inggeris

Buat sebanyak yang boleh nota kad bertema yang ringkas seperti di atas. Bawa ke mana sahaja. Soalan sama ada objektif, struktur atau esei yang akan mendepani pelajar, anda tidak perlu risau kerana anda sudah sedia dengan jawapannya.

KELEMAHAN CALON SEJARAH KERTAS 2 SPM

* Tidak menjawab semua bahagian yang disoal
* Meninggalkan soalan yang mudah
* Jawapan yang tidak logik
* Tidak ada usaha mencuba / tiada kesungguhan
* Malas
* Kurang persediaan / latihan / pengetahuan
* Banyak bergantung kepada guru
* Tiada perancangan semasa menjawab soalan

***SOALAN YANG MUDAH TERSEBUT MERUJUK KEPADA SOALAN YANG MEMINTA PELAJAR MEMBERIKAN PENDAPAT.
PELAJAR SEBOLEH-BOLEHNYA MENCUBA UNTUK MEMBERI PENDAPAT, IDEA DAN PANDANGAN. JANGAN TAKUT UNTUK MEMBERI PANDANGAN SEBANYAK YANG BOLEH, KERANA SETIAP PANDANGAN/IDEA YANG RELEVAN AKAN DIHORMATI DAN ADA GANJARAN MARKAH UNTUK JAWAPAN PELAJAR TERSEBUT.

KELEMAHAN CALON SEJARAH KERTAS 2 SPM

* Tidak menjawab semua bahagian yang disoal
* Meninggalkan soalan yang mudah
* Jawapan yang tidak logik
* Tidak ada usaha mencuba / tiada kesungguhan
* Malas
* Kurang persediaan / latihan / pengetahuan
* Banyak bergantung kepada guru
* Tiada perancangan semasa menjawab soalan

**JAWAPAN YANG MUDAH TERSEBUT MERUJUK KEPADA SOALAN YANG MEMINTA PELAJAR MEMBERIKAN PENDAPAT.
PELAJAR SEBOLEH-BOLEHNYA MENCUBA UNTUK MEMBERI PENDAPAT, IDEA DAN PANDANGAN. JANGAN TAKUT UNTUK MEMBERI PANDANGAN SEBANYAK YANG BOLEH, KERANA SETIAP PANDANGAN/IDEA YANG RELEVAN AKAN DIHORMATI DAN ADA GANJARAN MARKAH UNTUK JAWAPAN PELAJAR TERSEBUT.