Sejarah merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan subjek ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Malah subjek ini dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa. Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan subjek Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini sebenarnya berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980) pula, "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya".
Objektif Analisis SPM
1. Membantu pelajar memperoleh dapatan bab dan topik untuk persediaan SPM pada tahun tersebut.
2. Pelajar-pelajar yang galus (antara gagal dan lulus) terutamanya boleh hanya menguasai topik yang telah dianalisis ini dengan mebhafal sekerap mungkin.
3. Membantu meningkatkan pencapaian peratusan kelulusan peringkat sekolah dan negeri.
4. Memberi satu keseronokan belajar sejarah di kalangan pelajar kerana ada topik-topik untuk mereka fahami dan hafal sebelum peperiksaan.
Tumpuan/Fokus Analisis.
Analisis yang dibuat ini lebih kepada fokus pelajar untuk peperiksaan, ini kerana saya tidak dapat lari daripada sistem peperiksaan yang masih diberi penekanan oleh negara kita. Justeru itu salah satu target pelajar tidak kira jurusan sains atau sastera kini ialah memperoleh sebanyak mungkin gred A dalam peperiksaan. Oleh yang demikian kajian analisis ini lebih menitikberatkan tumpuan tema, bab dan topik peperiksaan semasa. Analisis ini telah dilakukan mulai dari tahun 2004 iaitu permulaan sukatan baru subjek Sejarah peringkat SPM. Pada masa yang sama kajian tidak membelakangkan topik-topik dari sukatan yang terdahulu. Bagaimanapun, dengan menyediakan topik-topik analisis ini kepada pelajar-pelajar di sekolah saya iaitu mulai tahun 2004, ia telah menghasilkan sesuatu yang positif, peningkatan yang baik dari tahun ke tahun sehingga kini, analisis ini diberikan kepada pelajar bersama latihan esei dan struktur bagi topik pilihan. Malah sebulan sebelum peperiksaan sebenar, lebih kurang 20 soalan yang menjurus kepada topik yang telah dianalisis digunakan untuk ulangkaji intensif. Sesungguhnya dapatan analisis ini dapat membantu pelajar. Rasa bersyukur apabila pelajar menelefon memberitahu bahawa latihan atau topik yang dipelajari ditanya dalam peperiksaan sebenar. Namun apa yang ingin saya peringatkan kepada semua pelajar yang membaca blog ini supaya bersedialah terlebih awal dengan semua perkara yang telah diajar iaitu merangkumi tingkatan 4 dan 5 , sesungguhnya itulah cara pembelajaran yang paling baik.

No comments:
Post a Comment