Saturday, June 25, 2011

Peperiksaan Penggal 1, T5 2011

Pep Penggal 1 Tg5 2011

Friday, June 24, 2011

Peperiksaan Penggal 1 Sejarah Tingkatan 5, 2011

Peperiksaan penggal satu subjek sejarah St. Thomas telah diadakan pada bulan Mei yang lepas. Sila klik link di bawah untuk membaca atau memuat turun kertas peperiksaan tersebut.


Soalan peperiksaan untuk tingkatan 4, tingkatan 6 dan skema jawapan kepada semua kertas peperiksaan akan diberi pada entri blog yang akan datang.

Selamat belajar! :)

Rancangan Pengajaran Tahunan

Para pelajar boleh membaca atau memuat turun rancangan pengajaran tahunan untuk subjek sejarah, 2011 pada link di bawah:




Diharap pelan pengajarn ini dapat membantu pelajar dalam pengurusan masa untuk sejarah. Selamat belajar! :)

Wednesday, June 22, 2011

E-Tuisyen Sejarah 2

Sejarah Penyusupan dan kegiatan pengganas komunis, sila klik gambar di bawah untuk direct link ke video tersebut;

E-Tuisyen Sejarah 1

Belajar bersama e-tuisyen sejarah. Anda boleh klik gambar di bawah untuk direct link ke e-tuisyen.

Monday, June 20, 2011

TEKNIK INGAT FAKTA 1

PENGGUNAAN KATA KUNCI BAGI MENGINGAT KESELURUHAN ISI.


Bab 8
Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan


1. Apakah yang anda faham dengan Dasar Hala Tuju Cara Baru?(ms 208 )

Kata kunci Huraian
Bangun Membangunkan kawasan luar bandar.
Tingkat Meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa
Sedia Menyediakan kemudahan asas
Kelompok Mengelompokkan kampung-kampung menjadi petempatan yang lebih besar.
Usahawan Mengadakan program usahawan desa.
Projek Pelaksanaan projek pembangunan untuk meningkatkn pendapatan

2. Jelaskan tentang Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara yang diperkenalkan oleh
kerajaan. (ms208-209 )

Kata kunci Huraian
Kadar Mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
Pendapatan Meningkatkan pendapatan negara.
Maksimum Memastikan penggunaan sumber negara secara maksimum.
Saing Memastikan sektor perindustrian dapat bersaing pada peringkat antarabangsa.
Pengurusan Membaiki sistem pengurusan operasi, struktur organisasi, penggunaan teknologi terkini serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni

3. Apakah rasional Dasar Kependudukan Negara terhadap pencapaian kemajuan negara?
(ms 209 )

Kata kunci Huraian
Sasaran Mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun 2100
Tenaga Pertumbuhan penduduk memberi kesan positif kepada bekalan tenaga kerja.
Produktiviti Meningkatkan produktiviti negara.
Pasaran Memperluaskan pasaran dalam negeri.
Politik Menyumbang ke arah kekuatan politik.
Keselamatan Menyumbang ke arah keselamatan negara

4. Nyatakan langkah-langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. (ms 212-213 )

Kata kunci Huraian
Barnes Laporan Barnes mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan.
Bahasa Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah rendah dan bahasa Inggeris peringkat menengah
Tentang Ditentang oleh masyarakat Cina
Fenn-Wu Laporan Fenn-Wu mencadangkan sekolah vernakular Cina dikekalkan
Ordinan Ordinan Pelajaran mencadangkan dua sistem persekolahan
Permintaan Pengajaran bahasa Cina dan Tamil disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa.
Razak Penyata Razak diperkenalkan iaitu sistem persekolahan yang sama