Monday, October 21, 2013

TOPIK-TOPIK TINGKATAN 5 UNTUK K2 2013

SILA PASTIKAN ANDA TELAH BERSEDIA DENGAN TAJUK/SUB-TOPIK DIBAWAH:

SEPERTI TOPIK T4, TOPIK T5 YANG DIBEKALKAN DI DALAM INI JUGA MERUPAKAN TEKNIK YG MENGGUNAKAN KATA KUNCI.....OLEH YANG DEMIKIAN TUGAS PELAJAR UNTUK MENGGUNAKAN KEMAHIRAN TEKNIK MENJAWAB MENGOLAHNYA SAMA ADA DALAM BENTUK ESEI ATAU JAWAPAN UNTUK STRUKTUR.

BAB 1

Pengenalan Sistem Birokrasi Barat

1. Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan dinegara-negara
Asia Tenggara? (ms 8)

Kata Kunci
Huraian
Pusat
Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah
Gabenor
Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
Biro
Pelaksanaan pentadbiran melalui biro.
Pegawai
Pegawai Barat menjadi ketua Biro.
Penasihat
Pemerintah tempatan dipaksa menerima penasihat dari Barat
Undang
Pengenalan undang-undang Barat.
Jabatan
Penubuhan jabatan kerajaan contohnya Jabatan Pelajaran

2. Nyatakan ciri-ciri sistem pemerintahan di Filipina sebelum dikuasai oleh Sepanyol  (ms 8)
                                                                                                                
Kata Kunci
Huraian
Barangay
Terdiri dari daerah-daerah kecil dikenali sebagai Barangay
Datu
Diperintah oleh Datu.
Islam
Di Selatan Filipina wujud kerajaan Islam

3. Sebutkan ciri-ciri sistem pemerintahan di Filipina semasa dikuasai oleh Sepanyol (ms 9)
                
Kata Kunci
Huraian
Berpusat
Memperkenalkan sistem pemerintahan berpusat.
Jeneral
Gabenor Jeneral pemerintah tertinggi.
Datuk Bandar
Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
Gabenor Kecil
Gabenor kecil sebagai pentadbir bandar
Encomeinda
Peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda
Encomiendero
Sistem Encomienda diketuai Encomiendero
Merosot
Penyatuan Barangay menyebabkan kemerosotan pemerintahan tradisional



4. Nyatakan tentang sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina?  (ms  9)

Kata Kunci
Huraian
Encomiendero
Pemerintah dikenali sebagai encomiendero
Aman
Berperanan menjaga keamanan
Cukai
Mengutip cukai yang tinggi
Kristian
Mengkristiankan penduduk
Kerahan
Mengenakan kerahan tenaga kepada penduduk
Dibenci
Dibenci penduduk Filipina kerana mengenakan cukai tinggi

5.  Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan di Indonesia sebelum dikuasai oleh Belanda (ms 10)

Kata Kunci
Huraian
Berasingan
Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan.
Dikuasai
Kerajaan tersebut dikuasai oleh Raja.
Pembesar
Raja dibantu oleh pembesar.
Tempatan
Pentadbiran peringkat tempatan diketuai oleh pembesar daerah (Bupati).

6. Nyatakan perubahan politik yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem pemerintahan
    tradisional tempatan di Indonesia? (ms  9)

Kata Kunci
Huraian
Bahagi
Pentadbiran terbahagi kepada dua
Pusat
Pentadbiran pusat 
Tempatan
pentadbiran tempatan
Pusat
Pentadbiran pusat diketuai Gabenor Jeneral
Tempatan
Pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan
Jabatan
Penubuhan jabatan kerajaan seperti Pelajaran dan Pertanian
Dewan
Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda
Volksraad
Penubuhan Volksraad sebagai Majlis Rakyat
Kemerdekaan
Dianggap sebagai langkah ke arah kemerdekaan
Desakan
Penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam

7. Nyatakan sistem pemerintahan di Burma sebelum penjajahan British. (ms 10)
                           
Kata Kunci
Huraian
Dinasti
Sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung
Raja
Raja sebagai ketua pemerintah
Hluttaw
Terdapat Hluttaw atau Majlis Diraja
Wun
Di pusat terdapat Wun ( Pegawai Tinggi kerajaan )
Myothugyi
Di peringkat bandar terdapat Myothugyi ( Ketua Bandar )
Ahmudan
Terdapat Ahmudan iaitu pegawai diraja
Athi
Pembesar tardisional dikenali sebagai Athi
Penaung
Raja menjadi penaung kepada sami Buddha

8. Apakah kesan daripada penguasaan British di Burma selepas Perang Inggeris-Burma III.  
(ms 10-11 )

Kata Kunci
Huraian
Konbaung
Dinasti Konbaung berakhir
Raja
Institusi raja tersingkir
Pembesar
Jawatan pembesar tradisional peringkat pusat terhapus
PJT
Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
AKUB
Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887
APB
Akta Perkampungan Burma 1889
Daerah
Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran)
Undang
Sistem undang-undang Barat diperkenalkan
Agama
Pengaruh golongan agama merosot
Penaung
Fungsi raja sebagai penaung agama Buddha diambil alih oleh undang-undang Barat
MP
Majlis Perundangan diperkenalkan
Jabatan
Beberapa jabatan ditubuhkan
Jabatan
Jabatan Pelajaran/Jabatan Perhutanan / Jabatan Kesihatan

9. Sebutkan ciri-ciri sistem pemerintahan di Indochina sebelum dikuasai oleh Perancis. 
(ms 11 )

Kata Kunci
Huraian
Pusat
Ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak.
Mandarin
Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. 
Pengaruh
Golongan Mandarin dipengaruhi oleh sistem pentadbiran negara China.
Peperiksaan
Golongan ini dipilih melalui peperiksaan bidang bahasa dan kesusasteraan China

10. Sebutkan ciri-ciri  sistem pemerintahan di Indochina semasa dikuasai oleh Perancis  
(ms 11)                                     
Kata Kunci
Huraian
Gabenor
Diketuai oleh Gabenor Jeneral.
Leftenan
Leftenan Gabenor bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan
di Paris
Residen
Terdapat jawatan Residen Jeneral dan Residen Wilayah
 Pusat
Perancis membentuk sebuah kerajaan pusat.
Indochinoise
Dengan menubuhkan Union Indochinoise
Undang-undang
Semua rang undang-undang diluluskan oleh parlimen Perancis.
Tempatan
Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan Pusat.  
Cukai
Mereka perlu membayar cukai / menyediakan kerahan tenaga
                                                                                                                                              
11. Nyatakan perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu. (ms 12)

Kata Kunci
Huraian
NNS
Melaka, Singapura, Pulau Pinang digabung menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS) 
Gabenor
Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS
 Kaunselor
Residen Kaunselor membantu Gabenor
Penghulu
Pentadbiran di kampung, penghulu dikekalkan.
Residen
Sistem Residen diperkenalkandi-Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
Penasihat
Sistem penasihat diperkenalkan di Negeri Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor
Di bawah
Residen / Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor NNS
Tugas
Tugas Residen / penasihat British ialah menasihati sultan dalam semua perkara
Raja
Kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu 
Kehakiman
Memperkenalkan sistem kehakiman Barat
Cukai
Perlaksanaan sistem pengutipan cukai
Negeri
Pembahagian negeri kepada beberapa daerah
Polis
Penubuhan balai polis

12. Bagaimanakah Thailand dapat mengekalkan kemerdekaan? (ms 12-13)

Kata Kunci
                                                        Huraian              

Pembaharuan oleh Raja Mongkut
Penasihat
Baginda melantik 80 penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai Jabatan.
Melatih
Melatih pegawai-pegawai tempatan.
Kewangan
Penasihat kewangan/ pelabuhan /polis dibawa dari Britain..
Kastam
Penasihat Kastam dan ketenteraan dari AS dan Perancis

Pembaharuan oleh Raja Chulalongkorn
MPR
Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah.
MMT
Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Tertinggi.
Kabinet
Memperkenalkan Kabinet Menteri.
Juruaudit
Juruaudit dari Britain dilantik berkhidmat dalam perbendaharaan negara.

Kesan Pembaharuan yang dilaksanakan
Pentadbir
Muncul golongan pentadbir  dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan.
Berpelem-
bagaan
Sistem raja berpelembagaan diperkenalkan
Pengaruh
Mengurangkan pengaruh institusi raja /pembesar tradisional

13. Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin di Tanah Melayu pada ketika imperialisme
      Barat sedang berlaku di Asia Tenggara, apakah langkah yang perlu anda ambil untuk
      mengelak negara anda  dijajah oleh penjajah Barat?
                    
Kata Kunci
Huraian
 Tentera
Memodenkan angkatan tentera
Rundingan
Mengadakan rundingan dengan pihak penjajah
Diplomatik
Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara Barat
Penasihat
Melantik penasihat Barat dalam bidang pentadbiran / ekonomi
Menerima
Menerima dengan baik kedatangan mereka
Mentah
Bersedia menjual bahan mentah kepada mereka
Pasar
Bersedia memasarkan dalam negara barang keluaran kilang mereka
Pengkalan
Membenar kuasa Barat membina pengkalan di dalam negara

Mana-mana yang munasabah

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI  ASIA TENGGARA

1.Senaraikan faktor- faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara (ms 14)
Kata Kunci
Huraian
Dasar
Dasar penjajahan Barat
Agama
Pengaruh agama.
Kesusasteraan
Karya  kesusasteraan.
Pendidikan
Sistem pendidikan.
Intelektual
Kemunculan golongan intelektual.
Media
Pengaruh media massa.
Pengangkutan
Peranan sistem pengangkutan dan perhubungan.
Luar
Pengaruh luar..    
                                                                                                                       









2.Terangkan   faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara (ms14)
Fakta
Huraian
Dasar penjajah  Barat
Penjajah tidak memberi peluang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden
Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional
Dasar ekonomi penjajah
Contoh tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina menindas penduduk peribumi.
Dasar menggalakan kemasukan imigran melahirkan perasaan tidak puashati rakyat
Pengaruh agama
Peranan agama sebagai alat menyatukan rakyat tempatan  
Contohnya Gerakan Islah di Tanah Melayu 
Golongan agama sebagai pencetus nasionalisme
Karya sastera  
Membangkitkan  nasionalisme di Asia Tenggara
Karya terlibat menyampaikan mesej kesengsaraan  akibat penindasan penjajah
Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina / Asia Tenggara
Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke makam Bonda Karya Chairil Anuar begitu berpengaruh
Di Tanah Melayu, Putera Gunung Tahan karya Pak Sako sangat berpengaruh
Peranan sistem pendidikan
Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah 
Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar
Di Burma, pendidikan sekular  menjadi ancaman kepada sekolah Buddha..
Di Tanah Melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
Kemunculan golongan intelektual
Golongan ini berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat.
Mereka didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.
Golongan ini memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.
 Pengaruh media massa
Menyebarkan idea-idea nasionalis
Menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat jelata
Di Vietnam  Cloche Felee merupakan akhbar berpengaruh.
Di Tanah Melayu  Al Ikhwan / Saudara / Warta Malaya   adalah akhbar utama.
Peranan sistem pengangkutan dan perhubungan
Telefon dan telegraf memudahkan perhubungan di kalangan nasionalis.
Pembinaan jalan raya / kereta api dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang sebelumnya terpisah.
Memudahkan pemimpin dan rakyat bertemu dan berbincang idea-idea. 
Pengaruh luar
Kejayaan Jepun menewaskan China dan Russia
 Perjuangan Mahatma Gandhi di India
Memberi inspirasi kepada nasionalis Asia Tenggara











































3.Ciri-ciri nasionalisme tahap  pertama di Asia Tenggara. (ms 18)
Kata Kunci
Huraian
Setempat
Bersifat setempat
Berorganisasi
Tidak berorganisasi
Isu
Isu utama ialah kebudayaan / agama / hak peribumi 

4.Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara. (ms 18)
Kata Kunci
Huraian
Radikal
Lebih radikal  
Organisasi
Lebih berorganisas
Pimpin
Dipimpin  golongan yang berpendidikan dalam bidang kebudayaan Barat
Matlamat
Matlamat perjuangan  lebih jelas
Tuntut
Menuntut kemerdekaan

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA  PERANG DUNIA KEDUA

1.Faktor pemangkin nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua. (ms 45)                                                                                          
Kata kunci
Huraian
Politik
Pengenalan sistem politik barat
Pendidikan
Perkembangan sistem pendidikan
Dasar
Dasar British
Jepun
Pendudukan Jepun
Komunis
Penguasaan Parti komunis Malaya
Cetak
Kemunculan mesin cetak
Pan-Islamisme
Gerakan Pan-Islamisme
Serantau
Kesedaran politik serantau.

2.Peranan faktor pengenalan sistem politik Barat menjadi pemangkin nasionalisme.  (ms 45-46)
Kata kunci
Huraian
Musnah
Memusnahkan sistem politik tradisional
Residen
Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
Pencen
Para pembesar diberi pencen
Pegawai
Pembesar diganti oleh pegawai British
Cabar
Ini mencabar sistem atau amalan tradisi tempatan
Maruah
Menjatuhkan maruah
Benci
Membangkitkan kebencian terhadap British.

3.Faktor perkembangan sistem pendidikan  menjadi pemangkin nasionalisme. (ms 46)
Kata kunci
Huraian
 Intelek
Melahirkan golongan intelektual Melayu
Menyedarkan
Mereka menyedari perlunya sumbangan untuk menyedarkan bangsa Melayu.
Idea
Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.

4.Faktor dasar British mentadbir Tanah Melayu menjadi pemangkin nasionalisme. (ms46)
Kata kunci
Huraian
Datang
British menggalakkan kedatangan imigran ke Tanah Melayu
Asing
Ramai orang asing datang dan menetap di Tanah Melayu
Imigran
Jumlah imigran meningkat
Persaingan
Wujud  persaingan dengan penduduk tempatan
Ekonomi
Imigran menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan, perladangan dan perniagaan.
Padi
Orang Melayu kekal dengan penanaman padi.
Bandar
Bandar baru dibuka sebagai pusat pentadbiran British.
Kampung
Orang Melayu kekal tinggal di kampung dengan segala kekurangan.
Prasarana
Kemajuan ekonomi meningkatkan taraf hidup di bandar.
Jurang
Wujud jurang taraf hidup bandar dan luar bandar yang ketara.

5.Faktor pendudukan Jepun menjadi pemangkin nasionalisme di Tanah  Melayu.  (ms 47-48)
Kata kunci
Huraian
Konsep
Konsep Kawasan Kesemakmuran Asia menekankan kebebasan negara-negara asia untuk menentukan kemajuan dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara.
Kesengsaraan
Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun.
Zalim
Penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan.
Benci
Penduduk membenci penjajahan sama ada kuasa Barat atau Timur.

6.Penguasaan Parti Komunis Malaya menjadi pemangkin nasionalisme(ms 48)
Kata kunci
Huraian
Kejam
PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.
Membunuh
Membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun.
Perkauman
Mencetuskan konflik perkauman
Dibakar
Ramai orang Melayu dibunuh dan rumah mereka dibakar.
Dibalas
Dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

7.Peranan gerakan Pan-Islamisme sedunia menjadi pemangkin nasionalisme.  (ms 48)
Kata kunci
Huraian
Progresif
Membangkitkan fahaman yang lebih progresif terhadap Islam.
Didokong
Gerakan didokong oleh pelajar Islam seluruh dunia.
Abduh
Gerakan reformis Islam dimulakan oleh Syeikh Muhammad Anduh tersebar luas.
Tulisan
(dunia/akhirat)
Tulisannya mengupas Islam ialah cara hidup yang menekankan dunia dan akhirat.
Al-Manar
Idea disebarkan melalui majalah al-Manar.

8.Peranan kesedaran politik serantau menjadi pemangkin nasionalisme.  (ms 48-49)
Kata kunci
Huraian
Indonesia
Berlaku terutama di Indonesia.
Matang
Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang melahirkan ramai golongan intelektual.
Karya
Karya penulis Indonesia menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu.
Tersebar
Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajah tersebar luas.
Kemasukan
Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu.

9.Maksudk Gerakan Islah (ms 49)                                                                                          
Kata kunci
Huraian
Betul
Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.

10.Tokoh-tokoh Gerakan Islah. (ms49) 
Kata kunci
Huraian
Tahir
Sheikh Tahir Jalaludin
Syed
Syed Syeikh al-Hadi
Dr
Dr. Burhanuddin al-Helmy

11.Akhbar yang menjadi saluran Gerakan Islah.  (ms 49)                            
Kata kunci
Huraian
I
al-Imam
N
Neracha
Z
Idaran Zaman
P
Pengasuh
S
Saudara

12. Idea-idea Gerakan Islah / Kaum Muda (ms 49)           
Kata kunci
Huraian
Menjana
Menjana ajaran islam dari sudut kemajuan dunia
Gesaan
Gesaan memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu
Menyemai
Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam
Mengkritik
Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berusaha memajukan orang Melayu

13. Cabaran yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam  perjuangan mereka (ms50)  
Kata kunci
Huraian
Tentang
Ditentang oleh Kaum Tua/ golongan alim ulama dalam masyarakat
Pengaruh
Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman kaum tua
Undang-undang
Undang-undang dikeluarkan oleh Negeri-negeri Melayu menghalang pengaruh kaum muda
Dakwah
Kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat keizinan sultan
Larang
Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah kaum muda ke negeri- negeri itu

14.Kejayaan yang dicapai oleh Kaum Muda (ms50)   
Kata kunci
Huraian
Madrasah
Menubuhkan beberapa buah madrasah
Pendidikan
Menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan dunia dan akhirat.
Ajar
Pendidikan fardu ain, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris diajar.
Peluang
Memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapatkan pendidikan.


15. Akhbar tahun 1920-an dan 1930-an di Tanah Melayu. (ms 51) 
Kata kunci
Huraian
Warta
Warta Malaya
Lembaga
Lembaga Malaya
Majlis
Majlis
Majlis
Utusan Melayu
Negara
Warta Negara
Fajar
Fajar Sarawak

16. Tokoh wartawan yang muncul pada tahun 1920`an dan 1930`an. (ms 51)          
Kata kunci
Huraian
Zainal
Zainal Abidin Ahmad ( Za’ba)
Onn
Dato Onn Jaafar
Rahim
Abdul Rahim Kajai

17.Isu pendidikan / sosial yang dibangkitkan oleh akhbar Melayu pada tahun 1930an.(ms 51)    
Kata kunci
Huraian
Maju
Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
Perempuan
Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
Tabung
Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak
Inggeris
Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
Taraf
Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dan diberi nilai ekonomi
Seru
Menyeru orang supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
Melayu
Bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British
Nilai
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
Sikap
Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif contohnya memilih kerja/ tidak mahu berusaha 

18. Isu-isu ekonomi yang dimainkan oleh akhbar-akbar Melayu 1930an. (ms 51)
Kata kunci
Huraian
Galak
Menggalakkan syarikat kerjasama
Dagang
Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan.
Perniagaan
Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu.
Larang
Melarang orang Melayu menjual tanah mereka
Jimat
Menyeru orang Melayu berjimat cermat
Khas
Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.

19. Isu-isu  politik yang dimainkan oleh akhbar-akbar Melayu 1930an. (ms 51)
Kata kunci
Huraian
Mengkritik
Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja Melayu.
Mengkritik
Mengkritik pembesar dan Raja-raja Melayu kerana tidak memimpin dengan baik untuk kebajikan orang Melayu.
Pilih kasih
Menolak pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
Bersatu
Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu pertubuhan kebangsaan.
Dagang
Menentang tuntutan orang dagang dalam politik tempatan.
M.A.S
Menuntut diadakan Malay Administration Service (M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan

10. Mesej-mesej yang diutarakan melalui novel Melayu pada tahun 1930an. ( ms 53 )
Kata kunci
Huraian
Cinta
Semangat cinta akan tanah air
Warisan
Menghargai warisan bangsa
Kebolehan
Berbangga  dengan dengan kebolehan sendiri
Pendidikan
Mementingkan pendidikan
Negatif
Membuang pandangan negatif yang menghalang kemajuan
Sumbangan
Menghargai sumbangan tokoh masa lampau
Inspirasi
Menjadikan sejarah sebagai inspirasi dan pendoman  semangat perjuangan .
Kesenangan
Menolak kesenangan demi maruah bangsa.

11. Isu yang berkaitan wanita yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada tahun 1930an.  ( ms 51-53 )
Kata kunci
Huraian
Anak
Pendidikan untuk anak perempuan
Pendidikan
Menggalakkan wanita mendapat pendidikan tinggi
Bebas
Kebebasan wanita
Perpaduan
Perpaduan dalam kalangan guru  perempuan
Sopan
Menyeru wanita menjaga kesopanan

12 Pemimpin Kesatuan Melayu Singapura. (ms 54)
Kata kunci
Huraian
Eunos
Mohamad Eunos Abdullah
Tengku
Tengku Kadir Ali
Embok
Embok Suloh

13. Peranan yang dimainkan oleh Mohamamed Eunos Abdullah melalui Kesatuan Melayu Singapura.  (ms 54)
Kata kunci
Huraian
Wakil
Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
Selat
Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat
Desak
Mendesak British memberi perhatian terhadap kebajikan orang Melayu
Petempatan
Memperoleh kawasan petempatan khas bagi orang Melayu Singapura
Dorong
Mendorong penubuhan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan di negeri-negeri Melayu

14. Matlamat utama Kesatuan Melayu Muda. (ms 56)
Kata kunci
Huraian
Perpaduan
Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu seluruh Tanah Melayu,
Pendidikan
Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu
Politik
Tujuan penubuhan lebih bersifat politik  
Raya
Ingin menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.

15. Tindakan yang dilakukan oleh Kesatuan Melayu Muda untuk menghalau British dari Tanah Melayu.  (ms 56)          
Kata kunci
Huraian
Bekerjasama
Bekerjasama dengan Jepun.
Propaganda
Menjadikan KMM salah sebuah badan propaganda Jepun
Membeli
Membeli warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British.
Mengelilingi
Mengililingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan..
Cawangan
Cawangan KMM ditubuhkan untuk meluaskan propaganda menentang British.
Maahad
Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak menyediakan kader-kader dikenali tentera semut untuk menentang British

BAB 3  : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Kandungan utama Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (ms80)
Kata kunci
Huraian
Pewaris
Menyatakan tentang pewaris takhta
Mengiktiraf
Mengiktiraf orang Melayu sebagai  rakyat Johor
Islam
Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi
Syarat
Menjelaskan syarat menjadi raja (lelaki, Islam dan Pewaris takhta)
Kuasa
Menyatakan bidang kuasa raja
Besar
Raja berhak memilih Menteri Besar
Naib
Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan pekenan Raja
Larangan
Larangan kepada Raja /  menteri    menyerahkan negeri kepada kuasa lain.
Kuasa
Menyatakan tentang bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan/Jemaah Menteri /Majlis Negeri
Jemaah
Menyatakan tentang syarat-syarat untuk dilantik sebagai ahli Jemaah Menteri

Persamaan   Undang-Undang Tubuh Johor dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu  (ms80)
Kata kunci
Huraian
Teratur
Kedua-duanya merupakan perlembagaan bertulis yang teratur 
Pewaris
Menetapkan keturunan Sultan sebagai pewaris takhta
Islam
Mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi negeri
Melayu
Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat negeri
Syarat
Syarat menjadi raja  berbangsa Melayu /lelaki / beragama Islam
Besar
Raja berhak memilih Menteri Besar 
Pengerusi
Menteri Besar menjadi pengerusi majlis Negeri
Naib
Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja
Dilarang
Sultan /  Jemaah Menteri dilarang   menyerahkan negeri kepada kuasa lain
Jemaah
Ahli Jemaah Menteri mestilah berbangsa Melayu/beragama Islam/rakyat negeri tersebut
Membantu
Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah
Menteri untuk mentadbir negeri dan rakyat    
Setia
Menteri mesti setia kepada Raja dan kerajaan
Halang
Kedua-duanya digubal bagi menghalang British meluaskan kuasa di negeri masing-masing
Berkesan
Menjamin pentadbiran yang berkesan/ memantapkan sistem pentadbiran
Kebijaksanaan
Menggambarkan kebijaksanaan pemerintah

Prinsip demokrasi yang terdapat dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Persekutuan Negeri Sembilan (ms87-88)
Kata kunci
Huraian
Perpatih
Mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Adat Perpatih
Kedaulatan
Kedaulatan di tangan rakyat
Demokrasi
Pemilihan pemimpin mempunyai unsur demokrasi
Melantik
Anak buah melantik Buapak/Buapak melantik Lembaga/Lembaga melantik Undang/Undang memilih Yang Dipertuan Besar
Tertinggi
Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi
Berhak
Namun baginda tidak berhak melantik pembesar
Perundingan
Keputusan yang dibuat  Yang Dipertuan Besar  melalui rundingan dengan Undang
Mutlak
Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak
Agih
Mengagihkan kuasa kepada setiap individu mengikut peringkat
Pemuafakatan
Sistem ini mementingkan pemuafakatan

Kebaikan Adat Perpatih dalam pemerintahan yang diamalkan di Negeri Sembilan (ms 87-88)
Kata kunci
Huraian
Kedaulatan
Kedaulatan di tangan rakyat
Demokrasi
Pemilihan pemimpin mempunyai unsur demokrasi
Melantik
Anak buah melantik Buapak/Buapak melantik Lembaga/Lembaga melantik Undang/Undang memilih Yang Dipertuan Besar
Tertinggi
Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi , namun baginda tidak berhak melantik pembesar
Perundingan
Keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan dengan Undang
Mengagih
Mengagihkan kuasa kepada setiap individu mengikut peringkat
Mutlak
Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak
Pemuafakatan
Sistem ini mementingkan pemuafakatan/ gotong royong dan saling menghormati

Bidang tugas Jemaah Menteri di Kelantan pada abad ke 19(ms84)
Kata kunci
Huraian
Penasihat
Jemaah Penasihat Raja - Bertanggungjawab mengurus perkara dan urusan penting yang bukan rahsia
Istana
Jemaah Menteri Istana -  mengurus istiadat Dirija dan istiadat rasmi di seluruh negeri Kelantan
Keadilan
Jemaah Menteri Keadilan dan kehakiman - Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman
Dalam
Jemaah Menteri Dalam Negeri - Menjaga keamanan negeri
Luar
Jemaah Menteri Luar - Mengurus dasar dan hal ehwal luar negeri
Perbendaharaan
Jemaah Menteri Perbendaharaan - Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul
Peperangan
Jemaah Menteri Peperangan - Menguruskan pertahanan dan kemanan negeri
Mengimarahkan
Jemaah Menteri Pentadbiran dan Mengimarah Negeri- Menguruskan kemajuan dan keamanan negeri.


BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Peranan suruhanjaya Reid (ms125)  
Kata kunci
Huraian
Membincang
Membincangkan  perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Menyusun
Menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Merangka
Merangka sebuah perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang akan merdeka
Isu

Beberapa isu menjadi panduan Suruhanjaya ini termasuklah pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat
raja
Mengambil kira isu kedudukan Raja-raja Melayu
Melayu
Mengambil kira hak istimewa orang Melayu
bangsa
Mewujudkan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
Memorandum
Suruhanjaya ini juga menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak

Ahli jawatankuasa Suruhanjaya Reid .(ms125)         
Kata kunci
Huraian
Reid
Lord Reid (pengerusi),).
Jennings
Sir Ivor Jennings (England),
MCKell
Sir William McKell (Bekas Gabenor Jeneral Australia),
Malik
Tun B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India  
Hamid
Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

Isu yang  menjadi panduan suruhanjaya  Reid . (ms 125-126)
Kata kunci
Huraian
Autonomi
Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
Kedudukan
Suruhanjaya ini mengambil kira isu kedudukan Raja-Raja Melayu.
Hak
Mengambil kira hak istimewa orang Melayu.
Bangsa
Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
Jus soli
Kerakyatan jus soli yang menjadi tuntutan orang dagang tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
Diterima
Kerakyatan Jus Soli  akhirnya diterima oleh orang Melayu dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu.   
Islam
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
Bahasa
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.(ms127)
Kata kunci
Huraian
Persekutuan
Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
Pemisahan
Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
Berpelembagaan
Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara.
Kerakyatan
Tiga jenis kerakyatan diwujudkan.
Kuatkuasa
Secara Kuat Kuasa Undang-undang/ Permohonan / Naturalisasi.
Jus Soli
Prinsip jus soli diterima.
Istimewa
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
Islam
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
TSM
Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
Bahasa
Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.
Agong
Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.
Demokrasi
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen.
MB
Peringkat negeri Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran.  
DUN
Menteri Besar dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

Kepentingan  isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. (ms128-129)  
Kata kunci
Huraian
Demokrasi
Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dibentuk. 
Berpelembagaan
Konsep Raja Berpelembagaan dibentuk.
Sokongan
Mendapat sokongan pemimpin Melayu dan bukan Melayu.
Perpaduan
Mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum.
Keharmonian
Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah. 
Mentadbir
Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara   mengikut acuan sendiri.
Identiti
Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.  
Diketepikan
Perbezaan warna kulit / agama / bahasa  / bangsa diketepikan.

BAB 6: PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Cadangan-cadangan yang dikemukakan  ke arah pembentukan Malaysia.  (ms137) 
Kata kunci
Huraian
Brassey
Lord Brassey mencadangkan Sarawak dan Sabah digabungkan dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
MacDonald
Sir Malcom MacDonald mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
Dato’ Onn
Dato’ Onn mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia kerana akan berlaku penggabungan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Lee Kuan Yew
Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan  Tanah Melayu
Tunku
Cadangan tersebut tidak diterima oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.
Malaysia
Tunku Abdul Rahman akhirnya setuju dengan gagasan Malaysia dan mengumumkan cadangan gagasan Malaysia di Singapura.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia.  (ms139-140)
Kata kunci
Huraian
Sosialis
Lee Kuan Yew bimbang dengan pengaruh  Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura melemahkan PAP
Bimbang
Bimbang akan membantutkan rancangan British memberi kemerdekaan kepada Singapura.
Komunis
Ancaman komunis  menyebabkan Lee Kuan Yew mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Pengalaman
PTM berpengalaman membenteras pengaruh PKM semasa darurat.
Sarawak
Ancaman komunis juga wujud  di Sarawak 
Benteng
Penyertaan Singapura, Sarawak, Sabah ke dalam Malaysia diharap  menjadi benteng menghadapi ancaman komunis
Cepat
Mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei
Merdeka
PBB telah membuat usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.
Stabil
Dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara
Pasaran
Mewujudkan satu pasaran yang lebih luas

Langkah-langkah yang telah diambil oleh  Persekutuan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia.  (ms149-152)
Kata kunci
Huraian
Lawatan
Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan  ke Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menerangkan konsep dan tujuan penubuhan Malaysia.
Rundingan
Rundingan diadakan antara pegawai-pegawai kanan PTM dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.
JPPK
Hasilnya Jawatankuasa Perunding Perpaduan kaum (JPPK) ditubuhkan di Singapura.
Peranan
JPPK berperanan menerangkan gagasan Malaysia / mengumpul pandangan penduduk / menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
Memorandum
Mesyuarat di Singapura, JPPK mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh kerajaan British.
Cobbold
Tujuan Suruhanjaya Cobbold  meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia / membuat penilaian/ mengemukakan cadangan kepada pihak British
Laporan
Laporan Cobbold - satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia; Satu pertiga  menyokong dengan syarat iaitu kepentingan mereka dilindungi dan satu pertiga  menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia.
Cadangan
Cadangan Cobbold - Perlembagaan Malaysia yang baru berasaskan perlembagaan  Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresen, Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan, Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
JAK
Cadangan Suruhanjaya ini diperincikan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Bincang
JAK juga membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah
Malaysia
Akhir tahun 1962 negeri-negeri terlibat bersetuju dengan pembentukan Malaysia


Bab 7: Sistem Pentadbiran Negara
Fungsi Badan Perundangan (Parlimen) .  (ms 172)
Kata kunci
Huraian
 Menggubal
Bertanggungjawab menggubal undang-undang  bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat

Ciri-ciri Ahli Dewan Negara. ( ms 172 )
Kata kunci
Huraian
Tertinggi
Dewan tertinggi dalam pemerintahan negara
Dilantik
Dilantik tanpa melalui pilihan raya
Senator
Digelar senator
Umur
Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
Tempoh
Memegang jawatan bagi tempoh 3 tahun
Taraf
Taraf senator sama dengan Ahli Parlimen
 Menteri
Boleh dilantik menjadi ahli jemaah Menteri
69
Mengandungi 69 orang ahli
YDA
40 orang ahli dilantik oleh Yang  Dipertuan Agong
Cemerlang
Terdiri daripada individu yang berjasa dan cemerlang dalam bidang professional

Ciri-ciri Ahli Dewan Rakyat. (ms 172 )
Kata kunci
Huraian
Pilih
Dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
219
Dewan Rakyat mengandungi 219 ahli
Parlimen
Mewakili semua kawasan parlimen di seluruh negara  
Umur
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
Tempoh
Tempoh jawatan ialah 5 tahun
Tugas
Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang

Undang-undang di Parlimen diluluskan. (ms 173)
Kata kunci
Huraian
Cadang
Undang-undang dicadangkan oleh kementerian yang terlibat
Gubal
Penggubalan rang undang-undang oleh Peguam Negara
Pertama
Pembacaan Pertama di Dewan Rakyat iaitu pembacaan tajuk sahaja
Kedua
Pembacaan Kedua di Dewan Rakyat dan undang-undang dibahaskan
Ketiga
Pembacaan Ketiga dan dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan kepada Dewan Negara
Pembentangan
Pembentangan di Dewan Negara, proses yang sama seperti di Dewan Rakyat diulangi
Penyerahan
Penyerahan rang Undang2 kepada YDPA untuk diperkenan/diturunkan cop Mohor Negara
Pewartaan
Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang ini dalam Warta Kerajaan

Badan Pelaksana(Eksekutif) (ms 173)
Kata kunci
Huraian
 Kabinet
 Jemaah Menteri atau  Kabinet yang merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan

Tugas Jemaah Menteri (ms173)  
Kata kunci
Huraian
  Dasar
Membuat dasar tertinggi negara  
Gubal
Menggubal  dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara
Ketua
Perdana Menteri sebagai ketua Jemaah Menteri.

Perjalanan kementerian sebagai badan pelaksana (ms173 – 174)
Kata kunci
Huraian
Ketua
Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah kementerian
Peranan
Setiap kementerian berperanan menggubal dasar-dasar kerajaan
Merancang
Merancang/menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial
Menteri
Kementerian diketuai oleh seorang menteri
Dibantu
Dibantu oleh timbalan menteri /setiausaha parlimen/ setiausaha politik   .
Berfortfolio
Menteri yang tidak diberi tugas dalam kementerian dikenali sebagai Menteri Tak Berfortfolio
Tugas
Beliau diberi tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri

Fungsi badan kehakiman di negara kita. (ms 174-175)
Kata kunci
Huraian
Sivil
Berkusa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah
Sahih
Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan
Tafsir
Berkuasa mentafsir perlembagaan negara
Undang
Berkusa mentafsir undang-undang
Sah
Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undang-undang

Jenis mahkamah di Malaysia (ms 174)
Kata kunci
Huraian
Majistret
Mahkamah majistret
Sesyen
Mahkamah Sesyen
Tinggi
Mahkamah Tinggi Malaya
Tinggi
Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah
Rayuan
Mahkamah Rayuan
Persekutuan
Mahkamah Persekutuan

Perlantikan seorang hakim  (ms 176)
Kata kunci
Huraian
Pelantik
Dilantik oleh  Yang  Dipertuan Agong dengan nasihat  Perdana Menteri.
Agong
Urusan Perlantikan, kenaikan pangkat, pelucutan  jawatan di bawah kuasa   Yang di-Pertuan Agong
Dipecat
Hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebab munasabah
Politik
Hakim tidak  boleh   mengambil  bahagian dalam politik

Maksud  pilihan raya  (ms177) 
Kata kunci
Huraian
Memilih
Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah di peringkat persekutuan atau negeri   

Tujuan pilihan raya diadakan (ms177)    
Kata kunci
Huraian
Memilih
Memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri 
Kerajaan
Membentuk kerajaan di peringkat Pesekutuan dan negeri

Pihak yang terlibat  dalam pilihan raya di negara kita (ms177)         
Kata kunci
Huraian
Suruhanjaya
Suruhanjaya Pilihan Raya   
Calon
Calon
Pengundi
Pengundi

Sistem pilihan raya  di negara kita (ms177 -178)            
Kata kunci
Huraian
SPR
Dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Memilih
Memilih wakil rakyat untuk peringkat negeri dan persekutuan
Sulit
Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yng telus dan teratur
Terbuka
 Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusan direkodkan
Menang
Calon mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem  majoriti mudah
Demokrasi
Merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen
Bebas
SPR adalah badan bebas tanpa tekanan dari parti pemerintah dan pembakang
Lantik
Keanggotaan SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Menentukan
Tugas SPR menentukan sempadan pilihan raya
Pendaftaran
Menjalankan pendaftaran pengundi
Kendali
Mengendalikan pilihan raya
Lima
Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali
Ahli
Pilihan raya Umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri serentak seluruh negara
Berasingan
Pilihan raya umum di Sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan
Kekosongan
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlakunya kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
Kematian
Disebabkan kematian / perletakan jawatan / pelucutan jawatan
60
Selepas kekosongan itu pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari di Semenanjung Malaysia
90
 90 hari bagi Sabah dan Sarawak
Kempen
Calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen
Tempoh
Tempoh berkempen antara 7 hingga 15 hari

Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (ms 178  )
Kata kunci
Huraian
Adil
Menjamin pilihan raya yang adil dan bebas
Sempadan
Menentukan sempadan bahagian pilihan raya
Daftar
Menjalankan pendaftaran pemilih
Kendali
Mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil

Proses pilihan raya dijalankan di negara kita   (ms178)                     
Kata kunci
Huraian
Bubar
Pembubaran Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong
Penetapan
Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR
Penamaan
Penamaan calon-calon bertanding
Manifesto
Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding
Kempen
Pelancaran kempen pilihan raya
Tempat
Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR
Kertas
Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon   kepada pengundi di tempat pengundian
Pembuangan
Pembuangan undi.( Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas tersebut ke dalam peti undi)
Pengiraan
Pengiraan undi
Keputusan
Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya


Syarat-syarat sesorang calon bertanding dalam  pilihan raya (ms179-180)                                                                                                                                                           
Kata kunci
Huraian
Warganegara
Mesti warganegara Malaysia
Umur
Berumur 21 tahun
Akal
Sempurna akal
Muflis
Bukan orang yang muflis
Jawatan
Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
Sabit
Tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah
Penjara
Hilang kelayakan sekiranya dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan
Bertanding
Calon boleh bertanding atas nama parti  individu sebagai calon bebas
Kertas
Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

Bab 8 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan

Langkah-langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. (ms 212-213 )
Kata kunci
Huraian
Barnes
Laporan Barnes mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan.
Bahasa
Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah rendah dan bahasa Inggeris peringkat menengah
Tentang
Ditentang oleh masyarakat Cina
Fenn-Wu
Laporan Fenn-Wu  mencadangkan sekolah vernakular Cina dikekalkan
Ordinan
Ordinan Pelajaran mencadangkan dua sistem persekolahan
Permintaan
Pengajaran bahasa Cina dan Tamil disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa.
Razak
Penyata Razak diperkenalkan iaitu sistem persekolahan yang sama

Cadangan-cadangan dalam Penyata Razak 1956 yang kemudiannya   dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.  (ms 213 )
Kata kunci
Huraian
Sama
Sistem persekolahan yang sama
Seragam
Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.
Umum
Sekolah Umum (rendah) menggunakan pengantar bahasa Melayu
Jenis
Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar
Melayu
Sekolah Menengah Melayu menggunakan pengantar bahasa Melayu
Inggeris
Sekolah Menengah Inggeris menggunakan pengantar bahasa Inggeris.
Wajib
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah.

Perkara-perkara yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961. (ms 214 )
Kata kunci
Huraian
Percuma
Pelajaran percuma kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan.
Rendah
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah
Semua
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah menengah.
Islam
Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam.
Bahasa
Bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat 15 orang murid
Peperiksaan
Peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan.

Matlamat sistem persekolahan aneka jurusan yang telah diperkenalkan pada tahun 1965 (ms 214 )
Kata kunci
Huraian
Gagal
Menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
Pelajaran
Menyediakan pelajaran sehingga berumur 15 tahun
Kemahiran
Memberikan pelbagai kursus kemahiran
Mahir
Melahirkan tenaga mahir
Pasaran
Sebagai persediaan untuk pasaran kerja.

Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu  sebagai Bahasa Kebangsaan? ( ms 216 )
Kata kunci
Huraian
Perlembagaan
Menyatakan  kedudukannya dalam Perlembagaan Malaysia
DBP
Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Lancar
Pelancaran “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa”.
Slogan
Memperkenalkan Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”.
Pengantar
Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar
Contoh
Sekolah Alam Shah / Sekolah Sri Putri / Sekolah Sultan Abdul Halim
Akta
Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967
Tukar
Bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris ditukar kepada bahasa kebangsaan
UKM
Penubuhan UKM membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Mahkamah
Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan. ( ms 217 )
Kata kunci
Huraian
Panduan
Panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.
Perpaduan
Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan 
Tunjang
Kebudayaan Melayu sebagai tunjang.
Terima
Unsur budaya lain yang sesuai boleh diterima.
Islam
Agama Islam sebagai unsur yang terpenting.
Peribadi
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
Kualiti
Meningkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian.
Seimbang
Seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

Usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk menjadikan sukan sebagai alat  perpaduan di negara kita  (ms 218 )
Kata kunci
Huraian
Perpaduan
Berperanan sebagai alat perpaduan
Patriotik
Menyemarakkan semangat patriotik
Penyertaan
Penyertaan tidak terhad kepada kaum tertentu sahaja
Peluang
Membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
Sekolah
Peringkat sekolah, sukan adalah aktiviti kokurikulum yang  digalakkan
MSSM
Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia  (MSSM)
Ditubuhkan
MSSM ditubuhkan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan.
SUKMA
Mengadakan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali
Kaum
SUKMA jelas memainkan peranan mengeratkan perpaduan antara kaum

Cabaran yang perlu diatasi untuk mewujudkan negara Malaysia yang maju sepenuhnya menjelang 2020. ( ms 220 )
Kata kunci
Huraian
Bersatu
Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Bebas
Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
Demokratik
Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
Moral
Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika.
Liberal
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
Maju
Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
Penyayang
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang
Adil
Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
Makmur
Memupuk dan membina masyarakat makmur


BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
Matlamat Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara-negara dunia
Kata Kunci
Huraian
Berbaik
Ingin berbaik dengan semua negara .
Keselamatan
Menjamin keselamatan rakyat dan negara..
Kepentingan
Memelihara kepentingan nasional .
Kedaulatan
Mengekalkan kedaulatan negara
Pembangunan
Menggalakkan kemajuan ekonomi.
Keamanan
Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
Kesejahteraan
Peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia

Mana-mana jawapan yang munasabah

Maksud hubungan bilateral  (ms237)   
Kata Kunci
Huraian
 Terus
Bilteral merujuk hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu
Contoh
Contohnya hubungan dengan negara-negara jiran

Maksud hubungan multilateral  (ms237)       
Kata Kunci
Huraian
 Kumpulan
 Multilateral merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan
Contoh
Contohnya ASEAN

Faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia (ms237-239)   
Fakta
Huraian
Faktor sejarah
Hubungan dengan negara luar terjalin sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
Hubungan lebih berbentuk hubungan perdagangan
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Komanwel
Ancaman komunis mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat dan anti komunis
 Faktor ekonomi
Malaysia mengamalkan pasaran bebas
Sejak zaman British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah
Setelah merdeka, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut
Menjelang tahun 1980an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing dari Jepun dan Korea digalakkan
Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan negara-negara membangun dan negara Islam
Meningkatkan pasaran barangan buatan Malaysia
   Faktor politik
Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri
Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
Berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan piagam PBB
Faktor geografi  
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara
Bersempadan dengan kebanyakan negara di rantau ini
Perairan menjadi lokasi utama kapal-kapal perdagangan dunia
Meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia
Faktor demografi
Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam kerana majoriti penduduknya beragama Islam
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel
 Menentang keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan

Dasar luar peringkat pertama memperlihatkan dasar pro-Barat, berbaik- baik dengan negara-negara  jiran dan Komanwel? (ms240)   
Kata Kunci
Huraian
Ancaman
 Ancaman komunis dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.
Pertahanan
Malaysia memerlukan bantuan pertahanan negara-negara Komanwel untuk menyekat ancaman komunis.
Perjanjian
 Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu ditandatangai tahun 1956
Bantuan
British memberi bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana Negara
Jiran
Malaysia menjalankan dasar berbaik-baik dengan negara jiran
Krisis
Disebabkan pernah  berlaku krisis dengan negara jiran
Konfrontasi
Contohnya konfrontasi dengan Indonesia semasa pembentukan Malaysia
Britain
Malaysia bergantung kepada Britain untuk menjaga kepentingan ekonomi
Pasaran
Kerana bergantung kepada Britain untuk pasaran getah dan bijih timah dan pelaburan modal

Menjelang 1970-an dasar luar Malaysia mulai berubah daripada dasar proBarat kepada dasar berkecuali   (ms 241)
Kata Kunci
Huraian
AMDA
Kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA.(Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu)
Britain
Kurangnya pengaruh Britain di Timur.
Vietnam
Pergolakan yang berlaku di Vietnam 
Kuasa
Melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China.
Zon
Matlamat dasar luar Malaysia dengan Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama dengan ASEAN
Komunis
Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis
Contoh
Contohnya China, Jerman Timur dan Vietnam Utara.

Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dasar luar Malaysia lebih memberi penekanan kepada kepentingan ekonomi. (ms 241-242)
Kata Kunci
Huraian
Membangun
Menjalin kerjasama ekonomi dengan negara-negara membangun
Bidang
dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan.
Jepun
Menggunakan model Jepun dan Korea untuk membangunkan ekonomi Malaysia
Pandang
Melalui Dasar Pandang Ke Timur.
Nilai
Penerapan nilai-nilai baik dari Jepun dan Korea
Negara
Dengan negara-negara Afrika Selatan, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.

PEPERIKSAAN BUKAN SATU MASALAH TETAPI
SATU PELUANG.
Semoga anda semua berjaya.