Sunday, January 29, 2012

Bab 1 Tingkatan 5.

BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia
Tenggara
• Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
• Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
• Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)
Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
• Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.


Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh 
Sepanyol di Filipina.
• Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda


Maksud Sistem Encomienda
• Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
• pemerintahnya diketuai encomiendero
Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.
• menjaga keamanan
• mengutip cukai
• mengkristiankan penduduk barangay


Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.
• mengenakan cukai yang tinggi
• mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk


Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia


• pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
• pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
• pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
• pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
• Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
• Belanda menubuhkan dewan tempatan
• dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
• dewan tempatan tiada kuasa perundangan
• Belanda menubuhkan Volksraad
• Volksraad merupakan majlis rakyat


Sistem pemerintahan di Burma sebelum 
kedatangan British

• Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung
• pemerintahan dan pentadbiran diketuai oleh raja
• raja dibantu oleh Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)
Myothugyi menjadi ketua Bandar
Ahmudan menjadi pegawai diraja
Athi merupakan pembesar-pembesar tradisional
• raja menjadi penaung kepada sami Buddha.

Perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh 
British di Burma.


menamatkan pemerintahan Dinasti Kounbaung
• institusi raja tersingkir
• British menghapuskan jawatan pembesar tempatan diperingkat pusat
• British melantik pesuruhjaya tinggi menjadi pemerintah di Burma
• British memperkenalkan sistem undang-undang Barat
• British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan
Burma
• Btitish melenyapkan sistem pentadbiran tradisional Burma
• pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok(pegawai bandaran)
• British menghapuskan fungsi raja sebagai penaung agama Buddha
• British meletakkan undang-undang Barat sebagai penaung agama
• British memperkenalkan majlis Perundangan
• beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabatan perhutanan,kesihatan dan pelajaran.

Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum 
kedatangan Perancis.

• diitadbir oleh sebuah kerajaan pusat
• pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak
• raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan
• setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin
• pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China.
• pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China

Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh 
Perancis di Indochina.

• Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral
• Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
• Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan
• Leftenan dibantu oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
• Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
• kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi
• kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan
• kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga


Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh 
Perancis di Indochina.

• Union Indochinoise merupakan Persekutuan Indochina
• Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
• Persekutuan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904
• Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral
• Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.



Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut 
terhadap sistem pentadbiran Thailand.

• melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
• penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
• Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
• Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
• Penasihat Perancis dalam ketenteraan



Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn 
di Thailand.

• memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan kabinet menteri
• melantik juruaudit dari Britain
• pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan
• memperkenalkan sistem raja berperlembagaan menggantikan raja mutlak
• pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.


***sebenarnya pelajar boleh menyediakan nota ini dalam bentuk jadual perbandingan juga. Lebih memudahkan pelajar untuk melihat perbandingan sebelum dan selepas pengenalan birokrasi barat.